Di Malaysia, kanak-kanak menghabiskan hanya 27% * masa dalam setahun di sekolah dan selebihnya (73%) di rumah atau dalam komuniti.
Oleh itu rumah (ibubapa, keluarga/ penjaga) dan masyarakat mempuyai impak yang sangat besar terhadap perkembangan seorang kanak-kanak.
Banyak kajian ** mendapati bahawa anak-anak yang berjaya dan memiliki tingkahlaku yang positif adalah anak-anak yang mempunyai:
- ibubapa yang menaruh harapan yang tinggi untuk anak berjaya dan berkelakuan baik.
- ibubapa yang menyampaikan harapan tersebut kepada anak melalui komunikasi yang positif.
- ibubapa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan anak dari segi fizikal dan emosi.
Contoh harapan –
“kamu mesti berjaya dalam pelajaran, ye nak.” atau
“kamu mesti berkelakuan baik, ye nak”.
- Harapan (expectation) yang positif hendaklah disusuli dengan galakan, panduan, pelukan, ciuman, pujian, dan ganjaran yang sewajarnya. (Marah sekali sekala biasalah)
- Harapan yang disusuli dengan ugutan, tekanan, melabel, hukuman, perbandingan, dan memperkecil-kecilkan tidak akan membuahkan hasil yang diinginkan.
- Harapan yang tiada susulan juga bukanlah harapan yang positif.
- Harapan mestilah mengambil kira perkembangan individu seseorang anak dan bukannya membuat generalisasi.
IBUBAPA ADALAH PENDIDIK NO.1 ANAK-ANAK.
*Statistik dari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
** RUJUKAN
1. Redd, Z., Guzman, L., Lippman, L., Scott, L., and Matthews, G. (2004). Parental expectations for children’s educational attainment: A review of the literature. Prepared by Child Trends for the National Center for Education Statistics.
2. Fan, X. (2001). Parental involvement and students’ academic achievement: A growth modeling analysis. The Journal of Experimental Education, 70(1): 27-60.
3. Jeynes, W.H. (2005). A meta-analysis of the relation of parental involvement to urban elementary school student academic achievement. Urban Education, 40(3): 237-269.
4. Jeynes, W.H. (2007). The relationship between parental involvement and urban secondary school student academic achievement: a meta-analysis. Urban Education, 42(1): 82-110.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect