Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Parent Connect Consultancy (Parent Connect) adalah sebuah syarikat jururunding keibubapaan bertujuan melatih dan membimbing ibubapa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka mendidik anak-anak. Parent Connect memfokuskan pada pendidikan keibubapaan yang menyeluruh berasaskan kajian ilmu (research) dan pendidikan. Dengan latarbelakang pengalaman dan pendidikan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di beberapa negara, saya ingin mengajak para ibubapa mewacanakan pendidikan anak-anak daripada perspektif ilmu melalui seminar-seminar dan sesi-sesi bengkel.
Bagi yang tidak mengenali, saya adalah seorang ibu kepada tiga orang anak remaja. Latar belakang saya adalah di dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (‘Early Childhood Education’). Kajian Sarjana (Masters) saya di United Kingdom memfokuskan kepada;
- ibubapa sebagai pendidik utama anak-anak
- penerapan pemikiran kritis (critical thinking) di dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak melalui penulisan (writing), bacaan (reading) dan talk (perbincangan)
- kerjasama antara ibubapa dan sekolah
Minat saya dalam bidang pendidikan dan keibubapaan ini berputik apabila banyak terlibat dengan aktiviti sekolah dan komuniti ketika menetap di Australia. Walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dan Kewangan (‘Accounting and Finance’) dari United Kingdom, kerana minat ini saya mengikuti pengajian Diploma dalam bidang Psikologi Kanak-kanak (‘Child Psyhology’) dan Penjagaan Kanak-kanak (‘Child Care’) ketika menetap di Australia.
Saya juga mendapat pentauliahan sebagai ‘Certified Positive Parenting Educator’ daripada organisasi Parent Practice yang berpusat di London, UK. ‘Positive Parenting’ memberi penekanan kepada pembinaan perhubungan positif (connection) antara ibubapa dan anak-anak dalam membentuk keluarga yang saling hormat-menghormati dan bekerjasama dengan berlandaskan nilai-nilai yang positif.
Parent Connect ditubuhkan di London, United Kingdom pada tahun 2014 dan mula beroperasi di Kuala Lumpur mulai bulan Ogos 2015. Parent Connect membawa modul keibubapaan berteraskan nilai (value) dan empati (empathy). Asas modul adalah “CONNECTION”, yakni hubungan antara ibubapa (dan guru) dan anak-anak dari segi spiritual, emosi, intelektual, dan sosial.
* Sebarang jemputan ke program/bengkel/ceramah/temuramah boleh ditujukan ke FB Parent Connect
Semoga Allah redha.
Noor Afidah Abu Bakar (Pengasas dan Konsultan)
Parent Connect Consultancy (PG0363996-A)
Saya nak temuramah Dr esok @ lusa
30.9/1.10 boleh ker? Apa prosedur nak jumpa ya..address pejabat@ no telefon utk dihubungi ader tak utk tujuan temuduga Dr
LikeLike