Kita biasa mendengar bahawa usia remaja adalah usia di mana anak-anak membina identiti mereka. Sebenarnya identiti dibina jauh lebih awal lagi.
Seorang anak membina ‘self concept’ (konsep kendiri) sejak berusia 5 tahun. Self concept adalah kepercayaan negatif atau positif tentang dirinya sendiri.
Dari mana lagi anak hendak mendapatkan maklumat positif atau negatif tentang dirinya jika bukan dari mereka yang rapat dan berada di sekeliling anak ?
Berhati-hatilah dengan label yang kita berikan kepada anak. Awasilah kata-kata yang kita ucapkan kepada anak kerana anak membina kepercayaan dan identiti melalui kata-kata yang anak dengar tentangnya.
Jika kita selalu sebut anak degil (atau ketegaq cakap orang utara), maka itulah kepercayaan yang dibina tentang dirinya. Dia akan berterusan ‘degil’ mengikut definisi kita.
Label lah anak dengan label yang positif kerana “Kata-kata adalah satu doa.”
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy