Kata orang “Dari mata turun ke hati”. Kata-kata ini sangat releven dalam membina perhubungan yang positif dengan anak-anak.
‘Eye contact’ adalah gerak tubuh yang paling penting dalam membina ‘connection’ dan komunikasi efektif dengan anak-anak.
Salah satu sebab utama kenapa anak tidak mendengar kata adalah kerana apabila memberi arahan atau meminta anak melakukan sesuatu, kita tiada eye contact dengan anak. Sama ada kita hanya memberi arahan dari jauh ataupun memberi arahan sambil membuat sesuatu seperti memasak, membaca, mengemas, menggunakan phone, menggunakan komputer, menjemur pakaian dan sebagainya. Semua ini tiada eye contact yang boleh membina connection ‘dari mata turun ke hati’ anak-anak.
Begitu juga dengan anak, apabila kita meminta anak melakukan sesuatu ketika anak sedang menonton televisyen, membaca, khusyuk bermain, bercakap telefon, menggunakan komputer dan sebagainya, anak juga tidak memberi tumpuan kepada kita kerana tiada eye contact.
Apabila tiada eye contact, itu menunjukkan kita tidak serius. Apabila kita tidak serius, anak juga tidak serius mendengar apatah lagi menurut apa yang dipinta. Apa yang anak lihat dalam mata kita adalah lebih ‘powerful’ berbanding kata-kata yang anak dengar daripada mulut kita.
Eye contact juga membina ‘trust’ antara ibubapa dan anak. Dengan trust ini anak-anak yakin yang ibubapa memberi perhatian, peduli dan mengambil berat tentang anak.
Jadi jika anda seringkali perlu ulang-ulang arahan kepada anak dan anak tetap tidak mendengar kata, mungkin yang pertama sekali perlu diperiksa adalah eye contact antara anda dengan anak kerana eye contact membina ‘connection’ dan ‘trust’ yang amat penting dalam komunikasi yang efektif.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy