Beberapa hari yang lepas saya menulis tentang perkaitan antara bermain ketika usia 0-7 tahun dan mendisiplinkan anak ketika berusia 8-14 tahun.
Mendisiplinkan di sini bukanlah bermaksud kita melayan mereka dengan keras seperti penjenayah. Rasulullah SAW sendiri amat berlembut dengan kanak-kanak. Teringat saya akan sebuah hadis (yang diriwayatkan oleh Ahmad, juga Abu Dawud, Ibnu Majah dan Baihaqi) tentang kisah seorang anak yang mencuri buah kurma dari pokok.
Telah menceritakan kepada kami [Mu’tamir], Ibnu Abul Hakam Al Ghifari berkata; nenekku telah menceritakan kepadaku, dia berkata; “Saat masih kecil, aku pernah melempari pohon kurma milik orang Ansar. Hal ini telah dilaporkan kepada Rasulullah SAW. “Sesungguhnya di sini terdapat seorang anak kecil yang suka melempari pohon kurma kami.” Aku pun dibawa ke hadapan Rasulullah SAW . Baginda kemudian bersabda: “Wahai anak kecil, kenapa kau lempari pohon itu?” “Kujawab, ‘Untuk saya makan.’ Sabda Baginda SAW: “Kalau begitu, janganlah kau melempari pohon kurma itu. Makanlah (buah) yang jatuh di bawahnya.” Baginda lantas mengusap kepalaku dan berdoa; ‘Ya Allah, kenyangkanlah perutnya.””
Beginilah di antara caranya Rasulullah SAW melayan dan mendisiplinkan kanak-kanak. Baginda tidak terus menghukum keras seperti penjenayah. Malah Baginda SAW menerapkan elemen ‘problem solving’ dan memberikan alternatif untuk anak tersebut.
Dari kecil lagi anak-anak banyak belajar melalui meniru. Mereka meniru apa saja yang dekat dengan mereka terutamanya kita sebagai ibubapa. Apa pun kesilapan yang dilakukan oleh anak mungkin berpunca dari ‘connection’ kita dengan anak yang longgar ketika mereka kecil dulu. Mungkin kita terlalu sibuk, mungkin kita tidak cukup membelai mereka, mungkin kita tidak banyak bermain dengan mereka, mungkin kita tidak banyak bersembang dengan mereka. Mereka mungkin tidak faham apa yang baik dan buruk dan kita sendiri tidak menerangkan dengan betul tentang nilai dan tingkahlaku positif yang kita ingin mereka amalkan.
Zeynep Biringen PhD, seorang pengkaji dari University of Colorado yang mengkaji tentang komunikasi antara ibubapa dan anak mendapati bahawa ibubapa bercakap dengan anak secara puratanya selama 13 minit sehari. 13 minit itu dipenuhi dengan kata-kata yang negatif sahaja. Ini kajian di Amerika Syarikat. Harapnya kita tidak termasuk dalam statistik ini juga.
Fasa ini adalah masa untuk mendisiplinkan diri kita dan merubah diri kita sendiri kiranya kita tersilap ketika 7 tahun pertama membesarkan anak. Jangan berputus asa dengan anak-anak. Kukuhkan lagi ‘connection’ kita dengan anak. Jelaskan juga peraturan dalam rumah dengan berbincang dengan anak-anak. Ketika usia 8-14 tahun ini anak-anak sudah boleh memberi pendapat mereka sendiri. Bincang dengan anak kenapa peraturan tersebut perlu.
Sebarang ‘hukuman’ yang dikenakan terhadap anak mestilah berkaitan dengan kesilapan yang dilakukan dan bukanlah hanya untuk menyakiti atau menakutkan. Tujuan ‘hukuman’ adalah untuk mendidik. Hukuman yang mendidik perlu disusuli dengan penyelesaian masalah (problem solving).
Tanyalah kepada anak , “Jika kesilapan sebegini berlaku lagi, apakah cara yang sebaiknya untuk bertindak balas?”. Berbincang dengan anak supaya anak tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Ini bukan saja melatih akhlak dan tingkahlaku anak, malah juga mengasah pemikirannya untuk menganalisa situasi dan mencari penyelesaian yang terbaik. Bayangkan betapa tajamnya pemikiran anak-anak yang dilatih untuk berfikir dalam setiap keadaan dan kesilapan yang sememangnya tidak dapat dielakkan dalam hidup ini.
Pokok pangkalnya, disiplinkanlah anak dengan mendisiplinkan diri kita sendiri kerana ibubapalah yang terlebih dahulu menjadi role model bagi anak-anak.
1) Be the role model we want to see in our children.
2) Build a strong connection with our children.
Listen. Communicate.
3) Be firm with rules.
4) Praise and reward them for being good.
3) Make lots of du’a to Allah
4) Connect our children and ourselves to Allah SWT.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy