SKEMA: Rujukan Utama:

 

skemafinal

 

Rujukan Utama:

Threads of Thinking: Schemas and Young Children Learning
Cathy Nutbrown – beliau adalah Profesor ECEC saya di UK.

Understanding Child Development 0-8 years.
Jennie Lindon & Kathy Brodie.

Play, Learning and Early Childhood Curriculum
Elizabeth Wood & Jane Attfield

 

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Semua imej latar dari google.

SKEMA 9/9 :TRANSFORMATION (TRANSFORMASI)

sktransformation
Adakah anak anda gemar:

*Mencampur adukkan minuman dan makanan ketika makan?
*Memasukkan pasir ke dalam air lalu mengacaunya?
*Menggaulkan objek yang mempunyai sifat yang berbeza-beza?
*Mencampur warna cat air atau menggabungkan warna pensel warna untuk melihat hasilnya?
*Menghasilkan adunan tepung atau doh?
*Memasak atau membakar setelah mencampurkan pelbagai bahan?

Dan pergerakan seumpamanya.

SIGNIFIKASI

Skema ini mengajar anak tentang konsep transformasi, dan perubahan. Ia juga melibatkan konsep perbandingan, persamaan dan perbezaan. Skema ini dapat menggalakkan anak untuk mengkaji, bereksperimentasi dan mereka cipta sesuatu yang baru.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

SKEMA 8/9: ROTATION (PUSINGAN)

skrotation

Adakah anak anda gemar:*Memerhatikan mesin basuh yang sedang berfungsi? (dengan jarak dan keadaan yang selamat)
*Bermain dengan objek atau mainan yang mempunyai roda?
*Bereksperimentasi dengan objek yang bergolek atau menggelongsor?
*Guling dari tanah tinggi apabila bermain di luar?
*Memusing-musingkan badannya sehinnga pening dan mungkin terlanggar perabot?
*Memutar atau menggolekkan objek yang boleh berpusing?
*Melukis bulatan atau apa-apa objek atau imej yang mempunyai asas berbentuk bulat?

Dan pergerakan seumpamanya.

SIGNIFIKASI

Melalui skema ini anak sedang meneroka konsep saiz, bentuk, pergerakan dan keseimbangan (balance). Apabila sesuatu itu bergolek, anak juga dapat memahami kesan dan akibat sesuatu pergerakan itu dan lebih memahami bagaimana sesuatu objek itu berfungsi.
Skema rotation ini juga dapat memupuk kreativiti anak apabila anak cuba menghasilkan sesuatu tercetus dari asas ‘bulatan’.
Kita juga boleh memperkayakan pengetahuan anak dengan ilmu astronomi yang melibatkan planet-planet yang berbentuk bulat.

 

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

SKEMA 7/9: TRANSPORTATION (MENGANGKUT)

sktransportation

 

Adakah anak anda gemar:

*Membawa atau menggendong banyak barang sekaligus dengan kedua-dua tangan?
*Menjinjing barang-barang dalam bakul, kotak, beg plastik dan sebagainya?
*Mengisi barang ke dalam kotak atau kereta sorong untuk dibawa ke merata-rata ruang di dalam rumah?
*Memindahkan mainan atau objek dari satu ruang ke ruang yang lain? (mungkin ada barang kepunyaan anda yang hilang kerana diubah).
*Menolak anak patung, teddy bear atau rakan yang diletakkan dalam kereta sorong?
*menolak atau duduk atas troli di pasaraya?

SIGNIFIKASI

Skema ini membantu anak memahami konsep berat, jarak dan kelajuan.
Masihkah anda ingat konsep ini yang dipelajari ketika subjek fizik di sekolah dulu?
Oleh itu apabila melihat anak ke hulu dan ke hilir mengangkut atau membawa sesuatu, pupuklah konsep yang disebut di atas supaya lebih mudah difahami oleh anak apabila mempelajari fizik suatu hari nanti.
Mungkin suatu hari nanti anak anda menjadi inventor dalam bidang automatif atau pengangkutan.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

SKEMA 6/9: ENCLOSURE (PENYEMPADANAN)

skenclosure

Adakah anak anda gemar:

*Mengisi cawan atau bekas dengan air atau pasir dan sebagainya?
*Masuk dan bersembunyi di dalam kotak, almari atau laci dan sebarang ruang?
*Bermain hide-and-seek?
*Membina sempadan seperti garisan atau pagar ketika bermain?
*Memasukkan dan mengeluarkan jari ke dan dari dalam mulut?
*Masuk ke dalam terowong atau tong?
*Membina sangkar atau kepungan dengan menggunakan blok binaan?

Dan pergerakan seumpamanya.

SIGNIFIKASI

Skema ini membantu anak untuk memahami konsep ukuran, saiz, ruang, isipadu, perimeter, keluasan dan kapasiti. Adakah badan saya muat dalam ruang ini? Apakah kapasiti kotak ini?
Adakah air dalam gelas ini akan melimpah? Berapa banyakkah yang diperlukan untuk mengisi ruang ini? Adakah rakan akan Nampak saya ketika saya bersembunyi?
Ia juga mengajar anak tentang konsep batasan dan sempadan yang penting itu difahami sebagai seorang individu yang hidup bermasyarakat dan perlu menghormati hak orang lain.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

SKEMA 5/9: TRAJECTORY (TRAJEKTORI)

sktrajectory
Adakah anak anda gemar:

*Melontar objek yang dipegangnya?, 
*Memanjat dan melompat dari atas perabot di rumah atau trampolin?
*Bereksperimentasi dengan air yang mengalir ketika mandi atau di halaman?
*Panjat ke atas pokok atau tempat tinggi dan kemudiannya melompat turun?
*Bermain dengan papan gelongsor di taman permainan?
*Mencampakkan objek dari tempat tinggi?
*Melantun-lantunkan bola?

Dan pergerakan seumpamanya.

SIGNIFIKASI

Tingkahlaku yang kita lihat pada anak ini sebenarnya tidak sia-sia kerana melalui skema ini anak sedang menyiasat tentang pergerakan (movement) dan tenaga (force).
Bukankah ini konsep penting fizik?
Skema ini juga melatih anak menjadi seorang pengkaji yang tidak berputus asa.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

SKEMA 4/9: ENVELOPING (MENYAMPUL)

skenveloping
Adakah anak anda gemar:

*Membungkus alat mainan atau apa-apa objek dengan selimut atau dengan menggunakan tape dan kertas?
*menekup mukanya dengan apa saja kain yang dijumpainya?
*Menyelimuti tubuh badannya dengan selimut?
mewarnakan seluruh kertas lukisan dengan hanya satu warna?
*masuk atau bersembunyi dalam kotak?
*mewarna atau menconteng anggota badan hingga menutupi anggota badan tersebut?

Dan pergerakan seumpamanya.

SIGNIFIKASI

Skema ini mengajar anak tentang konsep ruang, permukaan, sudut, bucu, anggaran (estimation), dan juga simetri.
Canggih bunyinya bukan?
Bukankah ini semua konsep yang kita pelajari dalam subjek matematik?

PERINGATAN
Pantaulah anak supaya dia tidak menekup muka anak atau rakan dengan beg plastik kerana ia membahayakan.
Pantau supaya dia tidak bersembunyi di tempat yang membahayakan.

 

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

SKEMA 3/9: CONNECTING (MENYAMBUNG)

skconnecting
Ingatkah anda kegilaan menghasilkan aksesori dari gelang getah beberapa tahun yang lalu?
Ingatkah anda permainan lompat getah yang popular suatu masa dahulu?
Kedua-dua bentuk permainan ini melibatkan skema ‘connecting’ apabila gelang-gelang getah ini dihubungkan antara satu sama lain.Adakah anak anda gemar:
*Mencuba membuka dan menutup botol?
* Menyambungkan pengepit baju hingga menjadi rantaian?
*Bermain blok binaan seperti LEGO?
*meluangkan masa menyambungkan trek keretapi mainan?
*menyelesaikan ‘puzzle’ bergambar
?
*‘bermain’ dengan selotape untuk menghubungkan atau melekatkan dua objek atau permukaan?
Mencuba pelbagai kaedah untuk mengikat menggunakan tali?

Dan pergerakan seumpamanya.

Selain membina dan menyambung, skema ‘connecting’ juga melibatkan aktiviti ‘separation’ iaitu merobohkan, meruntuhkan atau meleraikan.
Pantaulah anak anda supaya dia tidak mempunyai kecenderungan untuk merobohkan binaan kanak-kanak yang lain hingga menimbulkan konflik.
Anak anda juga mungkin mempunyai kecenderungan untuk meleraikan barang kepunyaan anda. 🙂

SIGNIFIKASI

Skema ‘connecting’ ini penting untuk melatih anak mencari perkaitan antara sesuatu objek, infomasi, situasi atau peristiwa. Ini adalah skil yang penting yang akan digunakan dalam proses penyelesaian masalah dalam kehidupan seorang individu. Skil ini penting dalam bidang sejarah dan juga ekonomi yang memerlukan individu membuat penghubungkaitan antara pelbagai peristiwa dan situasi. Skema ini juga dapat memupuk kreativiti anak.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

 

SKEMA 2/9: POSITION (KEDUDUKAN)

skposition

Adakah anak anda gemar:

*Menyusun alat mainan atau barang miliknya dengan turutan yang tertentu ?
*Mengkelaskan alat mainan atau sebarang objek mengikut kategori tertentu?
*Meletakkan sesuatu objek di atas kepalanya sambal berjalan?
*Mahu supaya lauk diletakkan di tepi pinggan dan bukan di atas nasi?
*Baring di bawah meja atau di mana-mana tempat pelik?

Dan pergerakan seumpamanya.

SIGNIFIKASI

Skema ‘positioning’ ini antara lain melatih anak untuk memahami konsep arah , kedudukan dan keseimbangan (balance) yang merupakan pengetahuan yang penting dalam bidang matematik dan juga geografi.
Apabila anak menyusun objek dengan pola yang tertentu, anak juga belajar tentang konsep pengkelasan yang merupakan konsep asas matematik.
Skema ini juga juga penting dalam perkembangan bahasa dan komunikasi apabila anak berjaya menerangkan tentang kedudukan dan keadaan sesuatu situasi atau objek.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

SKEMA 1/9: ORIENTATION (ORIENTASI)

skorientation

Adakah anak anda gemar:

*Bergayut di palang besi (monkey bar) dengan kaki di atas dan kepala ke bawah?
*Menjenguk dari bawah meja untuk melihat di sekitar ?
*memerhatikan sesuatu dari paras yang tinggi seperti dari atas pokok atau balkoni apartment? (hati-hati kerana membahayakan)
*Menonggengkan badan untuk melihat sesuatu melalui celah kelangkang?

Dan pergerakan seumpamanya.

SIGNIFIKASI
Skema ini mengajar anak tentang konsep asas ketinggian (height) dan kedalaman (depth) yang penting dalam bidang sains, matematik, pembinaan dan kejuruteraan.

Skema ini dilakukan anak untuk melihat sesuatu objek dari sudut yang berbeza-beza seperti atas, bawah, tepi, belakang, terbalik dan sebagainya.
Jika dikaitkan dengan kehidupan seharian kita, bukankah sesuatu isu atau aspek itu perlu dilihat dari pelbagai sudut terlebih dahulu sebelum kita mencapai sesuatu kata putus ataupun solusi?
Oleh itu apabila kita melihat anak melakukan pergerakan ‘orientation’ ini, janganlah dihalang anak selagi tidak membahayakan dirinya kerana pergerakan ini adalah asas untuk anak berfikir secara kritis dan mengambil kira pelbagai perspektif dan faktor dalam penyelesaian masalah.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect