Adakah anak anda gemar:
*Bergayut di palang besi (monkey bar) dengan kaki di atas dan kepala ke bawah?
*Menjenguk dari bawah meja untuk melihat di sekitar ?
*memerhatikan sesuatu dari paras yang tinggi seperti dari atas pokok atau balkoni apartment? (hati-hati kerana membahayakan)
*Menonggengkan badan untuk melihat sesuatu melalui celah kelangkang?
Dan pergerakan seumpamanya.
SIGNIFIKASI
Skema ini mengajar anak tentang konsep asas ketinggian (height) dan kedalaman (depth) yang penting dalam bidang sains, matematik, pembinaan dan kejuruteraan.
Skema ini dilakukan anak untuk melihat sesuatu objek dari sudut yang berbeza-beza seperti atas, bawah, tepi, belakang, terbalik dan sebagainya.
Jika dikaitkan dengan kehidupan seharian kita, bukankah sesuatu isu atau aspek itu perlu dilihat dari pelbagai sudut terlebih dahulu sebelum kita mencapai sesuatu kata putus ataupun solusi?
Oleh itu apabila kita melihat anak melakukan pergerakan ‘orientation’ ini, janganlah dihalang anak selagi tidak membahayakan dirinya kerana pergerakan ini adalah asas untuk anak berfikir secara kritis dan mengambil kira pelbagai perspektif dan faktor dalam penyelesaian masalah.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect