Kita selalu bertindak reaktif hanya setelah gejala buli berlaku hingga menyebabkan kecederaan dan kematian. Kita seharusnya proaktif menangani gejala buli sebelum ia berlaku.
Anak-anak harus diberi peringatan dari minggu pertama persekolahan lagi.
Adakah anak-anak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya mereka dibuli?
Tahukah anak-anak kepada siapa harus mereka laporkan?
Adakah anak-anak diingatkan akan kesan dan akibat sekiranya mereka membuli?
Pendidikan dan kesedaran tentang gejala buli harus diberikan dari masa ke semasa, bukan hanya setelah ia berlaku.
Jangan ASSUME anak-anak tahu jika kita tidak membekalkan mereka dengan pengetahuan dan panduan.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect/