Tahukah anda American Academy of Pediatrics menyarankan berat beg sekolah yang digalas sepatutnya dalam lingkungan 10% dari berat badan murid sahaja.
Contohnya jika berat badan murid darjah 3 adalah 30kg, maka berat beg dan isinya sepatutnya 3kg.
Berapakah berat beg anak anda yang sepatutnya?
Banyak negara yang mengikut saranan ini kerana memikirkan kesejahteraan fizikal pelajar.
Jika sakit belakang sering dikaitkan dengan orang tua, berat beg melebihi limitasi sepatutnya akan menyebabkan sakit belakang dari kanak-kanak lagi. Ini akan mempengaruhi perkembangan sosial, emosi dan intelektual murid juga.
Jika sekolah mengikut saranan Kementerian untuk kurangkan homework bagi mengurangkan bebanan beg sekolah, maka ibubapa bertanggungjawab memastikan masa lapang itu diisi dengan aktiviti yang memantapkan fizikal, meringankan tulang, membina minda dan memanusiakan anak-anak. Itu adalah homework terbaik sebenarnya.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect