Anak-anak Adalah ‘Milik’ Masyarakat Juga

Anak-anak adalah ‘milik’ masyarakat juga.

masyarakat.JPG

Anak yang beradab dan berakhlak akan menjadikan masyarakat lebih berintegriti dan berempati.

Anak yang bijak dan pintar akan menjadikan masyarakat lebih mencintai ilmu dan berinovasi.

Anak yang pendiam dan pemalu akan menjadikan masyarakat lebih tenang dan tenteram.

Anak yang aktif dan resilien fizikalnya akan menjadikan masyarakat lebih gagah dan kental.

Anak yang tidak dibimbing, tidak dipandu dan dibiarkan, akan menjadikan masyarakat kucar kacir dan huru hara.

Masyarakat yang kucar kacir dan huru hara akhirnya akan memporak-perandakan keluarga kita juga.

Bagaimana ibubapa mendidik anak akan turut memberi kesan kepada masyarakat.

Mentaliti ‘Anak saya, suka hati sayalah’ memerlukan refleksi yang mendalam.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Advertisements