Menjawab dengan Soalan

Ayah, ibu dan cikgu,

1) Apabila anak bertanya tentang sesuatu, tidak perlu terus beri jawapan yang betul sebaliknya jawab dengan bertanya soalan kepada anak kembali.

Contoh situasi:
Ketika minum ‘pearl milk tea’

Anak: “Kenapa tak boleh sedut air dengan straw ni? Straw ni rosak ke?”

Respon yang patut dielakkan:
“Straw mana boleh rosak. Ada ‘pearl’ tersekat sebab itu tak boleh sedut. Mari sini ibu betulkan.”

Respon sepatutnya
“Kenapa rasanya tak boleh sedut? Cuba adik tengok.”
“Sekarang ni macam mana nak betulkan? Adik cuba.”

Respon sebegini penting untuk menggalakkan pemerhatian, eksperimen, mewujudkan curiosity’ dan melatih penyelesaian masalah.

2) Apabila anak bertanya soalan tetapi ayah, ibu atau cikgu tidak tahu jawapannya,
Mengakulah tidak tahu.
Inilah peluang untuk menunjukkan kepada anak bahawa ‘it’s ok’ jika tidak tahu. Itu normal.
Tetapi kemudiannya beritahu anak yang kita akan cari jawapannya ataupun sama-sama mencari jawapan dengan anak.

Respon sebegini penting untuk menggalakkan sikap ingin mengkaji, sikap ingin menggali ilmu dan juga sifat merendah diri.

Di atas adalah antara panduan dari buku ini untuk membina keupayaan kognitif anak.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Fear & Worry

Setiap daripada kita mempunyai ‘fear’ dan ‘worry’ masing-masing, begitu juga dengan anak-anak tidak kiralah kecil atau remaja.

‘Fear’ tidak membantu anak-anak/murid untuk berfikir.
‘Fear’ membantutkan keupayaan anak/murid untuk belajar dengan tenang dan efektif.
‘Fear’ boleh membuatkan anak-anak/murid tertekan.Read More »

Gajet dan Anak-anak

Jika kita rasakan gajet dapat menenangkan anak-anak (kecil dan remaja), dapat mendiamkan anak, dan dapat menghilangkan tantrum anak, maka kita silap. Mereka semakin sukar ditenangkan apabila gajet menjadi babysitter mereka.

‘Technological skills’ adalah keperluan untuk anak-anak era digital ini tetapi kebergantungan yang terlampau kepada gajet untuk ‘menghiburkan’ anak akan mempengaruhi perkembangan fizikal, emosi, kognitif, sensori dan mental mereka.

Artikel yang menarik untuk kita faham kenapa.
Berpada-padalah.

Screentime Is Making Kids Moody, Crazy and Lazy

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Anak-anak Sukakan Cabaran: 4 Tahun & 14 Tahun

PERSAMAAN ANAK 4 TAHUN DAN 14 TAHUN

Kedua-duanya sukakan cabaran.

14vs4

Bagi anak yang berusia 4 tahun, apabila dia tidak dapat apa yang diinginkan, dia mula meragam, protes atau ada yang masih dalam fasa ‘tantrum’.

Bagi yang berusia 14 tahun pula, jika dia tidak dapat apa yang diinginkan, dia akan meragam dan protes juga tetapi mungkin dalam bentuk diam membisu atau dia bersoal-jawab dengan kita.

Pada usia 4 tahun kecenderungan anak adalah untuk bermain dan meneroka (play and explore).

Anak bukan hanya meneroka persekitaran, dia juga meneroka diri sendiri dan orang sekeliling. Dia cuba membina keyakinan diri melalui peluang yang diberikan kepadanya.

Pada usia 14 tahun pula kecenderungan anak adalah untuk mengambil risiko (risk taking). Anak cuba membebaskan diri dari label ‘kanak-kanak’. Dia juga cuba mencari identiti diri dan ruang dalam masyarakat.

Kecenderungan untuk ‘play and explore’ dan ‘risk taking’ bukanlah sesuatu yang negatif.

Untuk menyokong kecenderungan tersebut,kita perlu:

i) Memahami itu adalah sifat semulajadi seorang manusia.

ii) Menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat.

Kedua-dua sifat itu memerlukan pemantauan dan peraturan. Jika kita tidak sediakan persekitaran yang selamat, anak 4 tahun yang ingin ‘play dan explore’ mudah terdedah kepada bahaya. Apabila anak tercedera, kerisauan kita akan menghalang anak dari terus ‘play and explore’. Kecederaan yang sedikit adalah normal.

Jadikan usia 4 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke peringkat ‘risk taking’ ketika berusia 14 tahun. Biar anak belajar mengambil risiko yang bersesuaian dengan usia dari usia awal.

Jika anak biasa ‘explore’ dan tahu apa yang selamat dan apa yang kurang selamat, mereka akan menjadi lebih matang dan berhati-hati apabila berhadapan dengan cabaran. Mengetahui yang baik dan buruk, selamat dan tidak selamat memerlukan bimbingan dan panduan daripada orang dewasa.

iii) Memberikan peluang yang sewajarnya untuk diterokai.

Jika anak 4 tahun tidak diizinkan untuk ‘play dan explore’, kita menekan naluri semulajadi mereka. Inilah yang menyebabkan lebih banyak ‘tantrum’ berlaku kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan tenaga dan menguruskan emosi yang tertekan.

‘Play dan explore’ menyediakan ruang untuk stimulasi otak, cetusan pemikiran, kreativiti, luahan emosi dan juga memupuk skil sosial. Semua ini penting untuk membina perkembangan yang sihat anak-anak. Jika kecenderungan ini ditekan ketika berusia 4 tahun, maka ketika usia 14 tahun anak akan menghadapi kesukaran dari aspek sosial dan emosi.

Walau bagaimanapun jangan sedih dan berputus asa, teruskan menyediakan ruang dan peluang untuk anak 14 tahun kerana otak mereka sensitif pada stimulasi.

‘Neuroplasticity’ otak membolehkan otak untuk mengubah, menyesuai, dan mendawai semula sepanjang umur kita.

iv) Memberikan sokongan pada minat dan kelebihan mereka.

Anak 4 tahun masih meneroka minat mereka. Oleh itu dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman dan persekitaran. Usah biarkan anak terlalu asyik dengan skrin sahaja. Adakalanya anak perlu dibiarkan kebosanan kerana kebosanan dapat menjadikan anak berusaha untuk memenuhi masa dengan aktiviti kreatif dan inovatif.

Bagi anak 14 tahun pula, sokonglah minat dan kecenderungan mereka. Fokuskan pada kelebihan mereka bukannya kekurangan mereka. Jadikan sifat ‘risk taking’ itu satu motivasi diri untuk memperkembangkan bakat dan menggandakan usaha. Jika kelebihan dan bakat tidak dipedulikan, mereka akan menggunakan kecenderungan ‘risk taking’ di saluran yang negatif. Inilah sebabnya remaja mudah terdedah kepada unsur negatif jika tidak dipantau dan dibimbing.

Fahamilah perkembangan setiap anak.

Berikan perhatian dan sokongan yang berterusan dan tidak putus kepada anak walaupun anak telah meningkat remaja dan tidak perlu dimandikan, dipakaikan dan disuapkan lagi.

‘Connection’ dan komunikasi antara ibubapa dan anak-anak boleh membantu anak-anak untuk berjaya.
Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Apa Anak-anak Kita Boleh Pelajari Daripada Anak Muda Bernama Khairul Idham dan Adam Norrodin?

khairuladam

Bukan hanya tentang menang dan tidak menang. Bukan hanya tentang tempat pertama atau tempat ke-11.

1) Khairul Idham mengajar tentang kepentingan menjadi seorang yang berprinsip. Beliau dengan penuh yakin, tanpa malu dan dengan jati diri yang sangat tinggi, mengelak dari semburan alkohol yang menjadi budaya dalam perlumbaan berprestij tersebut. Walaupun beliau melakukannya dengan penuh senyuman dan gelak ketawa tetapi tindakannya itu tegas mencerminkan prinsip yang dipegang sebagai seorang Muslim. Tidak mudah untuk melakukannya apatah lagi di persada antarabangsa yang ditonton oleh jutaan manusia.

2) Adam Norrodin mengajar tentang ‘determination’. Keazaman beliau mencerminkan ‘self confidence’ dan ‘self esteem’ (nilai/jati diri) yang sangat tinggi dalam diri beliau. Beliau juga meletakkan harapan yang tinggi terhadap dirinya sendiri. Mungkin inilah yang mendorong beliau menolak motosikal ke garisan penamat. Luahan beliau di FB, “Jatuh bukan tanda kalah, jatuh adalah tanda untuk terus ke depan.”

Inilah dua orang anak muda yang selayaknya menjadi ikon dan ‘role model’ kepada anak-anak kita tidak kira kecil atau remaja.

It’s not about winning or losing, it’s about character and attitude.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

I am not naughty, I am autistic

Inilah apa yang dirasa dan dilihat oleh kanak-kanak dan individu yang autistik.

“I am not naughty, I am autistic and I get too much information.”

Video ‘Can you make it to the end?’ oleh The National Autistic Society UK sempena World Autism Awareness Day pada 2 April.

Mereka mengalami ‘sensory overload’. Deria mereka mendapat stimulasi yang luar biasa dari persekitaran. Bunyi-bunyian, imej dan ton warna yang biasa bagi mereka yang tidak autistik boleh menjadi luar biasa dan membebankan bagi yang autistik.

World Autism Day Video

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Bengkel Keibubapaan 2: Remaja Berkarisma.

Berakhir sudah Bengkel Keibubapaan 2: Remaja Berkarisma.

Persepsi kita tentang remaja akan menentukan cara kita menjadi parents/guru/pendidik kepada remaja. Di sebalik kekeliruan dan kekurangan mereka, carilah kelebihan mereka dan cungkillah ‘intelligence’ mereka. Pasti ada.

Perbincangan dari Adolf Hitler ke Donald Trump dan Ramlah Ram (ooppss 🙂 ) semoga bengkel ini bermanfaat untuk semua. Terima kasih semua.
Terima kasih NGO UMMI dan Masjid Al Mustaqim Seri Putra sebagai penganjur.

 

Skil Sosial & Emosi

Pendidikan awal bukanlah hanya bertumpu pada kebolehan 3M saja. Memupuk skil sosial dan emosi dari awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk individu yang prihatin, bertimbangrasa, berakhlak, peduli, bekerjasama, mengawal diri, penuh empati, tidak memotong barisan, tidak memaki hamun, tidak membuli, tidak viralkan aib orang dan pelbagai lagi isu sosial.

Read More »

Anak Bermasalah?

Jika kita rasakan anak kita ‘bermasalah’, cuba lihat balik sejauh mana ‘connection’ kita dengan anak, bukannya dengan kuatkan suara dan keraskan hukuman semata-mata. Ini hanya akan mewujudkan ‘disconnection’ yang menyukarkan lagi anak untuk berubah.

Listen! Listen! Listen!

Hidup anak hanya untuk mendapatkan ‘approval’ kita. Jikalau dari kecil lagi yang kita cari hanya ‘kenakalan’, kesilapan, kekurangan anak, anak akan merasa diri tidak bernilai. Anak merasa gagal. Anak tidak merasa ‘belong’ dalam keluarga. Inilah punca masalah di rumah, di sekolah dan dalam masyarakat umumnya.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect