Skil Sosial & Emosi

Pendidikan awal bukanlah hanya bertumpu pada kebolehan 3M saja. Memupuk skil sosial dan emosi dari awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk individu yang prihatin, bertimbangrasa, berakhlak, peduli, bekerjasama, mengawal diri, penuh empati, tidak memotong barisan, tidak memaki hamun, tidak membuli, tidak viralkan aib orang dan pelbagai lagi isu sosial.

Peringkat pertama (dari 4) perkembangan sosial emosi adalah ‘self awareness’ iaitu keupayaan untuk mengenali dan memahami emosi sendiri. Bila kita tidak faham emosi kita, bagaimana kita hendak faham perasaan orang lain? Setelah mengenalpasti jenis-jenis perasaan, langkah seterusnya adalah memikirkan dan menilai apakah tindakan yang betul apabila marah, sedih, kecewa dan sebagainya. Apakah alternatif untuk menyelesaikan masalah?

Ini semua bukan ‘common sense’ jika tidak dipupuk dari kecil. Anak-anak datang dari pelbagai background dan pendedahan. Jika perkembangan sosial dan emosi tidak dititikberatkan, ia akan mempengaruhi akhlak dan karakter seorang anak.

Gambar dari buku panduan guru ‘Building Character and Social Emotional Learning Grades Pre-K).

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s