Dialog ‘cliche’ yang biasa kita dengar dalam drama apabila anak memberontak,
“Ayah dan ibu bekerja siang dan malam untuk beri kesenangan kepada kamu, supaya kamu boleh hidup selesa, apa lagi yang tak cukup?”
Kesenangan fisiologi iaitu makan dan minum, pakaian, tempat tinggal untuk berehat dan berteduh hanya asas saja.
Anak juga perlu cukup:
1) sentuhan, pelukan dan ciuman.
2) ‘boundary’ untuk memastikan keselamatan fizikal.
3) bimbingan supaya anak tahu bagaimana untuk ‘behave’.
4) masa ayah dan ibu.
5) suara untuk komunikasi dua hala.
6) telinga yang mendengar luahan emosi.
7) rasa percaya (trust) kepada/daripada ayah ibu.
8) penerimaan oleh ayah ibu akan kekurangan mereka.
9) kata-kata pujian dan penghargaan atas kelebihan dan kebaikan mereka.
10) diberi tanggungjawab dalam keluarga sebagai tanda mereka bernilai dan ‘belong’.
11) ruang untuk meneroka kelebihan dan potensi diri.
12) peluang untuk menjadi diri sendiri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Cuba-cubalah kita cukupkan.
Semoga Allah redha.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect