Harapan Ibubapa

Di Malaysia, kanak-kanak menghabiskan hanya 27% * masa dalam setahun di sekolah dan selebihnya (73%) di rumah atau dalam komuniti.

Oleh itu rumah (ibubapa, keluarga/ penjaga) dan masyarakat mempuyai impak yang sangat besar terhadap perkembangan seorang kanak-kanak.

harapan

Banyak kajian ** mendapati bahawa anak-anak yang berjaya dan memiliki tingkahlaku yang positif adalah anak-anak yang mempunyai:

  1. ibubapa yang menaruh harapan yang tinggi untuk anak berjaya dan berkelakuan baik.
  2. ibubapa yang menyampaikan harapan tersebut kepada anak melalui komunikasi yang positif.
  3. ibubapa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan anak dari segi fizikal dan emosi.

Contoh harapan –
“kamu mesti berjaya dalam pelajaran, ye nak.” atau
“kamu mesti berkelakuan baik, ye nak”.

  1. Harapan (expectation) yang positif hendaklah disusuli dengan galakan, panduan, pelukan, ciuman, pujian, dan ganjaran yang sewajarnya. (Marah sekali sekala biasalah)
  2. Harapan yang disusuli dengan ugutan, tekanan, melabel, hukuman, perbandingan, dan memperkecil-kecilkan tidak akan membuahkan hasil yang diinginkan.
  3. Harapan yang tiada susulan juga bukanlah harapan yang positif.
  4. Harapan mestilah mengambil kira perkembangan individu seseorang anak dan bukannya membuat generalisasi.

 

IBUBAPA ADALAH PENDIDIK NO.1 ANAK-ANAK.

*Statistik dari Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

** RUJUKAN
1. Redd, Z., Guzman, L., Lippman, L., Scott, L., and Matthews, G. (2004). Parental expectations for children’s educational attainment: A review of the literature. Prepared by Child Trends for the National Center for Education Statistics.

2. Fan, X. (2001). Parental involvement and students’ academic achievement: A growth modeling analysis. The Journal of Experimental Education, 70(1): 27-60.

3. Jeynes, W.H. (2005). A meta-analysis of the relation of parental involvement to urban elementary school student academic achievement. Urban Education, 40(3): 237-269.

4. Jeynes, W.H. (2007). The relationship between parental involvement and urban secondary school student academic achievement: a meta-analysis. Urban Education, 42(1): 82-110.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

 

Eh! Anak Ini Gelap Sikit Kan?

Anak Ini Gelap.

Kredit Imej: Google

Amat membimbangkan bila saya menyedari ada anak-anak kecil usia sekolah rendah mengaitkan kecantikan dengan kulit cerah. Ada yang merasakan diri sendiri tidak cantik dan terasing kerana berkulit gelap.

Kanak-kanak secara nalurinya tidak nampak perbezaan warna kulit, baik dari segi kecantikan mahupun dari segi bangsa melainkan jika orang dewasa di sekeliling kerap ‘highlight‘ tentang itu.

The Children’s Body Image Development Study, iaitu kajian longitudinal oleh La Trobe University Australia mendapati bahawa kanak-kanak mula ‘conscious’ dengan imej diri dari usia 4 tahun lagi. Persekitaran banyak mempengaruhi persepsi kanak-kanak.

Lambakan produk pemutihan kulit yang diiklankan dengan agresif bersama tagline yang bertujuan untuk menarik perhatian di media elektronik dan cetak menyampaikan mesej yang tidak sihat kepada kanak-kanak. Tujuan iklan adalah untuk membuatkan kita merasa diri kekurangan supaya kita membeli produk walaupun tiada keperluan.

Orang dewasa juga ada yang tidak sensitif membanding-bandingkan kulit cerah gelap antara anak-anak sendiri atau anak-anak saudara atau anak-anak rakan atau anak-anak jiran atau anak-anak selebriti di hadapan kanak-kanak. Ini menyebabkan runtuhnya keyakinan diri anak-anak kecil yang berkulit gelap (mengikut piawaian kita yang membanding).

“Putih gebu sungguh baby ni…comelnya.”

“Yang si adik gelap dari si kakak kan?.”

“Macam terbakar saja kulit baby ini…hehe”

“Kenapa abang hitam? Adik putih.”

“Anak artis tu comel sungguh, putih merah kulitnya macam mat saleh.”

“Dah tengok anak si fulan? Ya Allah putihnya. Comel!”

“Gelap sikit kan kulit anak kau yang ini.”

“Your daughter so fair one…so pretty.”

“This one the skin is a bit dark right?”

Dengan perkembangan teknologi sekarang ini, muncul pula trend menapis atau ‘filter’ gambar anak yang dimuatnaik ke media sosial agar kelihatan lebih putih, cerah dan gebu. Semoga kita lebih bersyukur dengan kurniaan Allah kepada kita kerana ia semestinya sebaik-baik kejadian.

Terdapat produk yang mensasarkan ibu mengandung yang inginkan anak yang berkulit putih. Ada juga produk untuk dimakan oleh bayi supaya bayi menjadi lebih cerah dan putih. Produk ini juga menggunakan selebriti terkenal bagi tujuan promosi. Alangkah jengkelnya pemikiran.

Berhati-hatilah dengan trend dan budaya yang cuba kita bina dalam masyarakat. Tekanan sudah terlalu banyak terhadap kanak-kanak terutamanya dari segi akademik. Usahlah ditambah lagi dengan tekanan fizikal dan rupa paras yang mengganggu emosi dan meruntuhkan keyakinan diri mereka dari kecil lagi. Jangan biarkan ‘pressure’ di kalangan orang dewasa menjadi gelanggang perbandingan antara kanak-kanak pula.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Sesi ‘0-6 Tahun: Apa Yang Perlu Difahami’.

0-6photo

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua ayah, ibu dan guru-guru yang datang dari KL, Selangor dan luar KL hingga ke Perlis. Alhamdulillah.

Semoga ada ilmu yang bermanfaat yang dapat dipraktikkan untuk mendidik anak-anak yang mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Terima kasih kerana sangat responsif berkongsi pendapat dan pengalaman.
Segala feedback yang telah diberikan amat saya hargai. Terima kasih.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

0-6: APA YANG PERLU DIFAHAMI

0-6poster

“Saya tengok anak kawan saya tu senang saja ikut arahan, anak saya ni susahnya nak dengar kata.”
“Anak jiran saya tu pandai memanjat di playground. Tengok dia rock climbing, jelesnya. Anak saya ni slownyalah alahai.”
“Anak murid yang ini sekali tunjuk saja dah tahu macam mana nak buat. Anak murid sorang lagi tu, tunjuk banyak kali pun tak dapat-dapat.”

Anda biasa dengan dialog dan situasi ini?

Anak-anak seumpama biji benih. Untuk ia tumbuh, mekar berbunga dan sihat berbuah memerlukan cahaya, air, karbon dioksida, baja dan penjagaan yang secukupnya. Tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih. Kurang akan membantutkan dan lebih akan memudaratkan.

Pada usia 0-6 tahun anak-anak menyerap apa saja di sekeliling mereka, baik atau buruk.
Pada usia 0-6 tahun 80% otak terbentuk dan menjadi asas kepada perkembangan seterusnya.
Pada usia 0-6 tahun pembelajaran berlaku paling pesat dalam diri seorang individu berbanding usia lain kemudiannya.
Apakah keperluan penting anak ketika usia ini yang akan menjadikan mereka seorang yang mempunyai karakter, jiwa, intelek, fizikal dan emosi yang sihat?
Bagaimanakah penggunaan teknologi/gajet yang betul oleh anak supaya anak memiliki skil IT dan tidak ketagih games?

Parent Connect membawa bengkel keibubapaan khusus untuk ibu bapa, guru-guru, penjaga malah datuk dan nenek kepada anak-anak berusia 0-6 tahun atau sesiapa saja yang berminat.. Melalui sesi ini sama-sama kita bincang dan fahami keperluan asas penting bagi memupuk perkembangan karakter, emosi, intelek, di samping merai kelebihan individu yang dianugerahkan Allah kepadanya. Memahami cabaran-cabaran dalam membesarkan generasi Alpha.

Jom sertai bengkel keibubapaan
0-6 TAHUN: APA YANG PERLU DIFAHAMI

TARIKH: Sabtu 13 Ogos 2016
MASA: 9.30 pagi – 1.30 petang
TEMPAT: Ara@Gaya Melawati
B4-1-1, Gaya Melawati, Jalan Bandar Melawati,
53100 Melawati, Kuala Lumpur

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Anak Kecil Belajar Fizik?

Tidak mustahil. Tetapi bukanlah dengan menggunakan flashcards semata-mata.

Sejak berkurun lamanya anak kecil (early learners) belajar dengan memerhati, meniru dan ‘bermain’ dengan peralatan yang digunakan. Inilah kaedah yang paling berkesan untuk early learners.

Apabila kita memaksa anak kecil duduk diam mendengar guru mengajar, memberi arahan dan kemudiannya memaksa pula anak memberi pendapat dan jawapan yang ‘betul’ mengikut skima jawapan, proses berfikir menjadi terbantut dan kreativiti terhalang.

Sayang sungguh kerana otak si kecil tidak mendapat stimulasi yang sepatutnya.

fizik

Kita hanya menghasilkan generasi ‘copy paste’ dan tidak berupaya untuk berfikir dengan sendiri apatah lagi berinovasi.

Banyakkan lagi ‘experiential learning’ melalui pengalaman dan refleksi.
Banyakkan lagi projek.
Banyakkan lagi lawatan sambil belajar.
Banyakkan lagi galakan untuk memberi pendapat tanpa skima jawapan.
Inilah kaedah belajar yang efektif untuk si kecil.

Bagi ibubapa pula, apabila pra sekolah anak anda banyak ‘bermain’ dan banyak lawatan sana sini, anda sepatutnya gembira kerana anak kecil anda sedang belajar dengan kaedah yang ‘developmentally appropriate’ iaitu mengikut perkembangan yang sepatutnya.

Tidak mustahil jika anak faham konsep Fizik dari kecil tanpa flashcards dan tanpa buku kerja.

Artikel penuh http://www.nytimes.com/…/what-babies-know-about-physics-and…

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

 

Anak Ini Boleh! Awal Tidak Semestinya Lebih Baik.

Mungkin selalu kita dengar orang berkata bahawa semakin awal kita mulakan sesuatu pembelajaran dengan anak maka semakin efektif pembelajaran itu dan semakin baik untuk anak-anak.

TIDAK SEMESTINYA.

boleh

Setiap anak berkembang pada kadar yang berbeza. Setiap anak mempunyai masa optimal yang tersendiri yang memungkinkan pembelajaran berlaku dengan berkesan. Walaupun lahir pada tahun yang sama, masa optimal ini berbeza dan jangkasama perbezaan adalah berbulan-bulan.

Jika kita memaksa dan mengasak anak dengan sesuatu yang dia tidak bersedia, hanya kerana “anak dia boleh” atau “di FB si fulan dan fulan berbuat begitu dengan anaknya”, maka kita merisikokan masa optimal anak tersebut.

Jika kita terlalu ‘relax’, langsung tiada stimulasi yang sepatutnya ketika masa optimal anak, kita juga memudaratkan perkembangan anak. Anak merasa terlalu rendah diri dan tiada keyakinan diri kerana tidak memiliki skil yang sepatutnya.

Kenali setiap seorang dari anak anda.
Kenali learning style anak.
Kenali temperament anak.
Kenali intelligence anak.
Usah dibandingkan dengan apa yang kita lihat di FB.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

There’s no such thing as someone else’s child

Video ini diilhamkan dari kisah benar seorang anak berusia 9 tahun yang hampir menjadi mangsa penderaan seksual oleh gurunya. Saya berpeluang mendengar kisah itu daripada ayah kanak-kanak tersebut. Mujurlah ayah dan ibunya cepat bertindak kerana anak sendiri bercerita dan merasa tidak kena dengan perhubungan guru dengannya.

Kejadian sebegini bukanlah kisah rekaan atau dongeng. Banyak sudah kisah seumpama ini kita baca di dada akhbar, didengari melalui tv dan dibongkar di media sosial.Read More »

Where do babies come from?

Pernahkah anak atau anak murid anda bertanya
“Where do babies come from” atau “Bagaimana bayi terjadi?”.

Apakah jawapan anda dan bagaimanakah reaksi anda? 🙂

Semua anak saya pernah bertanya soalan ini ketika kecil dulu.
Tidak ada salahnya mereka bertanya kerana anak-anak semuanya bijak dan sangat curious dengan apa yang mereka perhatikan dan dengar di persekitaran mereka.

 

LANGKAH PERTAMA:
Jika anda belum bersedia untuk menjawab soalan tersebut mungkin sebab terkejut atau malu atau tak tahu apa hendak dijawab, minta masa beberapa minit sebelum menjawab (kononnya anda ada urusan tetapi sebenarnya perlu tarik nafas, bertenang dan berfikir terlebih dahulu).

LANGKAH KEDUA:
Tanya anak apa yang dia tahu.
Dengar.

Ini penting kerana pendidikan yang efektif mengambil kira ‘prior knowledge’ atau apa yang anak tahu setakat ini dan bukan hanya ‘bombard’ anak dengan sesuatu yang dia tidak bersedia.
Mengetahui prior knowledge juga perlu supaya kita dapat memperbetulkan persepsi atau pengetahuan yang salah atau kurang tepat.

LANGKAH KETIGA:

Berilah jawapan yang sesuai dengan umur anak (age appropriate).
Usah terlalu ghairah bercerita sehingga terlupa anak baru berusia 4 tahun dan prior knowledge anak hanya minimal atau tiada langsung.

Kisah kejadian manusia ini ada diceritakan dalam Al Quran dan boleh dijadikan panduan. Janganlah jadikan soalan ‘innocent’ daripada anak ini sebagai isu yang ‘taboo’ untuk dibincangkan. Jika kita tidak menjawab soalan anak, dia akan ‘google’ atau bertanya kawan. Jawapan yang diterima dari sumber tersebut belum tentu ‘age appropriate’ atau sesuai dengan nilai kita.

Anda ada pengalaman yang hendak dikongsi?
🙂
Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

 

Checklist Preschool

Checklist sebagai panduan.

preschchecklist

Preschool yang baik untuk anak-anak adalah preschool yang mengolah pembelajaran mengikut perkembangan semulajadi kanak-kanak.

Penting juga untuk ibubapa memahami bagaimana kanak-kanak berkembang supaya kita tidak terlalu menekan anak dengan ‘expectation’ yang bukan-bukan dan tidak realistik.

Bagi yang ingin menghantar anak ke Islamic preschool supaya anak menghafal Al Quran, mahir berbahasa Arab dan sebagainya, checklist ini juga penting. Apa yang perlu kita lahirkan bukan hanyal anak-anak hafiz dan hafizah semata-mata tetapi juga menjadi hufaz Ulul Albab yang boleh berfikir dengan kritis dan kreatif, yang penuh empathy dan juga memiliki skil penting dalam kehidupan.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Middle school years – 11-15 tahun

Setiap anak (setiap ibubapa juga) melalui perkembangan yang berfasa bermula dari lahir lagi. Setiap fasa mempunyai cabarannya yang tersendiri.

11-15

Adakah anda juga dapat mengesan perubahan pada diri anak ketika usia ini? (Middle school years – 11-15 tahun)

Semasa anak sulung saya kecil 20 tahun dulu, saya sering berseloroh “Cepat-cepatlah besar, tak perlu lagi Ummi fikir tentang feeding, potty training, TANTRUM, keselamatan fizikal, school readiness dan sebagainya”.

Ketika itu saya fikir bila anak sudah boleh berlari, menguruskan diri sendiri, sudah boleh 3M, sudah boleh membaca Al Quran, maka tiadalah cabaran besar. Rupa-rupanya cabaran datang dalam bentuk yang berbeza terutamanya apabila bermula usia 10/11 tahun.

Ketika usia ini bukan ibubapa saja yang keliru dengan apa yang sedang berlaku dalam diri anak, anak juga keliru dengan perubahan yang sedang mereka alami. Ia bukan hanya melibatkan hormon seperti yang kita faham selama ini, malah kajian selama 30 tahun kebelakangan ini – kerana kepesatan teknologi perubatan, neurologi, psikologi dan sebagainya-mendapati berlakunya perubahan dan penstrukturan semula dalam otak juga ketika usia ini. TANTRUM, kiranya ada, berlaku dalam bentuk yang berbeza.

Binalah ‘connection’ yang kukuh dengan anak dari kecil, luangkan masa dan amalkan komunikasi terbuka dengan anak supaya apabila kita dan anak masing-masing keliru, kita boleh berkompromi dan cuba memahami antara satu sama lain.
Pelajarilah dan fahamilah Child Development.

Semoga Allah SWT permudahkan.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect