There’s no such thing as someone else’s child

Video ini diilhamkan dari kisah benar seorang anak berusia 9 tahun yang hampir menjadi mangsa penderaan seksual oleh gurunya. Saya berpeluang mendengar kisah itu daripada ayah kanak-kanak tersebut. Mujurlah ayah dan ibunya cepat bertindak kerana anak sendiri bercerita dan merasa tidak kena dengan perhubungan guru dengannya.

Kejadian sebegini bukanlah kisah rekaan atau dongeng. Banyak sudah kisah seumpama ini kita baca di dada akhbar, didengari melalui tv dan dibongkar di media sosial.

Statistik* di Malaysia menunjukkan 9 dari 10 kes penderaan seksual kanak-kanak dilakukan oleh orang yang dikenali dan dipercayai oleh kanak-kanak dan juga keluarga. Kejadian seorang ‘stranger’ menculik anak dari playground dan sebagainya bagi tujuan penderaan seksual adalah rendah. Bukannya tidak ada langsung.

BAGAIMANA ORANG YANG DIPERCAYAI LAKUKANNYA?

Mereka terlebih dahulu membina perhubungan yang rapat dengan anak tersebut dengan sering memberi perhatian, memberi hadiah atau bermain dengan anak. Mereka membina kepercayaan anak terhadap mereka.
Ini dikenali sebagai proses ‘grooming’.
Proses ini mengambil masa yang agak lama dan perbuatan mereka tidak dihidu serta merta.

APA YANG BOLEH IBUBAPA LAKUKAN?

1) Sentiasalah bertanya tentang aktiviti anak di nurseri, babysitter, prasekolah atau sekolah. Tidak perlulah bertanya anak secara ‘direct’ kerana ini mungkin akan mewujudkan paranoia dan ketakutan dalam diri anak yang tidak tahu apa-apa.
Tanya secara ‘indirect’, contohnya “Apa yang adik main di sekolah hari ini?”. Anak akan teruja untuk bercerita. Jika ada ‘watak’ yang dikenali dan dipercayai yang sering bermain dengan anak dan anda rasakan caranya tidak ‘appropriate’, mungkin anda boleh lebih ‘alert’ dan siasat.

2) Bina ‘connection’ yang rapat dengan anak. Amalkan komunikasi yang terbuka. Pemangsa selalunya mengatakan kepada anak,

“Ini adalah rahsia antara kita berdua. Jangan beritahu sesiapa.”

Anak akan menuruti kehendak pemangsa kerana anak sukakan pemangsa yang sering beri perhatian, hadiah dan bermain dengannya.

Berkomunikasilah dengan anak supaya anak tidak melindungi apa-apa ‘rahsia’ daripada kita.

3) Ajari anak ‘safe’ dan ‘unsafe touch’.
Bahagian badan yang manakah yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa.
Bahagian manakah yang boleh disentuh oleh orang tertentu untuk tujuan tertentu sahaja.
Ajar anak.
Jangan malu-malu.

4) Ajar anak YELL, RUN AND TELL atau Say NO, RUN, AND TELL kiranya ada yang cuba menyentuh bahagian tersebut atau melakukan sesuatu yang tidak elok. Jangan takut atau segan.
TELL kepada sesiapa.

Lindungilah anak-anak kita.
There’s no such thing as someone else’s child.

Video ini dihasilkan untuk tontonan dan panduan ORANG DEWASA SAHAJA.
Harap jangan ditayang terus kepada anak-anak kecil.

Sumber video:
Lawati http://www.stopnurserycrimes.com/

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

*Statistik dari Protect and Save the Children (PSC)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s