Children Stress Free Campaign

Kadang-kadang kita lupa apa ertinya menjadi seorang kanak-kanak.
Semasa saya kecil tahun 70/80an dulu, selepas habis mengaji, kami beramai-ramai akan meneroka kawasan sekitar sambil bermain sehingga ke hampir waktu Maghrib. Apabila pulang ke kampung, serata pelusuk kampung dari hutan ke sungai ke sawah kami terokai. Melalui pengalaman inilah saya menerokai minat, kelebihan dan kekurangan saya.

 

Image may contain: one or more people and text

Dunia kanak-kanak sekarang sudah berbeza. Mereka kurang peluang untuk play and explore yang menjadi tugas utama kanak-kanak untuk berkembang dengan sihat, cerdas dan cergas.


Expectation ke atas anak-anak oleh parents dan sekolah dari early years lagi ada kalanya tidak realistik mengikut tahap perkembangan anak-anak. Nature deficit disorder (kurangnya aktiviti luar) menghalang exploration. Gadget menyebabkan sedentary childhood lifestyle.


Penekanan terhadap perkembangan sosial dan emosi juga kurang diberikan menyebabkan anak tidak tahu mengurus emosi. Semua kekurangan ini menyebabkan stress dan ditunjukkan melalui tingkah laku. Tanpa bimbingan dan keprihatinan ibubapa dan orang dewasa lain, stress ini akan membawa ke peringkat remaja dan seterusnya.

Join us in this campaign. Give children their childhood back. Let’s listen and understand more.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Connection

Saya selalu menekankan tentang kepentingan ‘connection’ antara ibubapa dan anak-anak.

“It’s not about the amount of money we have, or the quality time we spent but how much the child feels valued.”

Seorang anak merasa valued apabila kita mencari kelebihannya dan menghargainya. Galakkan anak menggunakan kelebihan dan skil ini untuk membantu ahli keluarga dan menyempurnakan tugasan di rumah, walaupun anak itu masih kecil. This is how a child feels valued in the family. Ini fitrah dan naluri manusia.

 

Salahkah menyuruh anak bekerja lebih keras?

Pendapat seorang anak berusia 10 tahun dalam kajian tentang amalan yang memotivasikan anak-anak.

“it’s weird because just a certain way that teachers say something can make kids feel dumb. So when the teacher says [to those who are not praised], “You have to work harder,” that may make these children feel really dumb and stupid, and they [those children who are not praised] won’t want to learn more.” (voice of a 10 yo).

Salahkah menyuruh anak bekerja lebih keras?

Tidak salah.
Yang salahnya apabila fokus kita hanya pada kekurangan anak tersebut dan tidak langsung melihat kelebihannya.
Gunakan kelebihan anak untuk membangkitkan semangat memperbaiki apa yang perlu diperbaiki. Jika kita asyik highlight kekurangannya dan asyik menyuruh ‘work hard’, anak akan merasakan seolah usahanya yang sedikit selama ini tidak berbaloi.
Pujilah usaha kecil anak untuk menuju ke arah sesuatu ‘goal’. Usaha itu sudah cukup besar buat anak itu.
Jangan dimatikan terus semangatnya dengan hanya memfokuskan pada hasil.

1) Tetapkan ‘goal’.
2) Pantau usaha kecil menuju ‘goal’.
3) Puji usaha kecil tersebut.

Insya Allah anak lebih bersemangat ‘work harder’ untuk mencapai goal tersebut.

Ini juga sepatutnya menjadi amalan ibubapa di rumah.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

 

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Homework Yang Sepatutnya

Salah satu kriteria penting dalam memilih pra-sekolah untuk anak-anak adalah ‘homework’.
‘Homework’ bagi anak-anak pra sekolah sepatutnya adalah:

1) meneroka (explore) diri sendiri dan persekitaran bagi membantu perkembangan kendiri/personaliti/karakter.
2) membina connection dengan ibubapa, keluarga dan masyarakat bagi membina perkembangan sosial, empati, sense of belonging dan responsibility.
3) reading for pleasure (BUKAN buku teks sekolah/worksheet atau buku kaedah belajar membaca) bagi membantu perkembangan pemikiran dari awal lagi.

Sebelum mendaftarkan anak. Tanyalah tentang ‘homework’.

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

 

3 ‘MINDSET’ IBUBAPA YANG PERLU DIUBAH.

3 ‘MINDSET’ IBUBAPA YANG PERLU DIUBAH.

1. SAYA MESTI KAWAL TINGKAH LAKU ANAK SAYA.

SEPATUTNYA: Tanggungjawab ibubapa adalah untuk membimbing tingkah laku anak supaya anak boleh mengawal diri sendiri apabila ibubapa tiada di sisi (Self control). Jika sekarang kita mengawal dengan kaedah kuku besi, belum tentu anak boleh terkawal apabila berada di belakang kita kerana dia tidak tahu cara untuk ‘behave’.

2. HANYA HUKUMAN KERAS DAPAT MEMASTIKAN ANAK TIDAK MENGULANGI PERBUATANNYA.

SEPATUTNYA: Anak belajar dari teladan yang ditunjukkan di rumah dan di persekitarannya. Inilah punca utama salah laku. Patutkah dihukum keras jika dia belajar dari kita dan diletakkan dalam persekitaran yang tidak kondusif?
Anak juga perlukan peraturan yang mengambil kira perkembangan individu anak, konsisten, dan penuh hormat dan empati. Apakah peraturan sebegini ada di rumah?

3. KUASA DI TANGAN SAYA, ANAK SAYA MESTI PATUH.

SEPATUTNYA: Ya betul, tidak dinafikan authority di tangan ibubapa. Tapi selama ini adakah ibubapa membina ‘connection’ yang penuh pelukan, ciuman dan gurau senda dengan anak? Adakah ibubapa luangkan masa dan mendengar perasaan dan masalah anak? Adakah ibubapa bercerita dan bersembang tentang baik buruk sesuatu, dan kesan dan akibat tingkah laku dengan anak?
Jika jawapannya tidak kepada kesemuanya, macam mana anak hendak patuh?

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

 

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Ibubapa mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak-hak anak

Ibubapa mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak-hak anak ketika kecil dan remaja. Adalah menjadi hak anak untuk mendapat keperluan asas seperti makan, pakai, tempat tinggal dan keselamatan. Selain itu anak juga mempunyai hak untuk mendapat didikan dan bimbingan daripada ibubapa supaya anak membesar menjadi seorang Mukmin dan juga Muslim yang bermanfaat kepada dirinya, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya. Berlaku tidak adil dalam pemberian, baik material, perhatian dan membanding-bandingkan juga menjadi sebab utama renggangnya ‘connection’ antara ibubapa dan anak.

Derhaka bukan hanya berlaku pada pihak anak sahaja.

 

Image may contain: text

Buli

 

Tiba-tiba teringat luahan hati seorang ibu tentang anaknya yang dibuli di sekolah. Buli tidak semestinya fizikal, buli juga boleh berlaku dalam bentuk verbal iaitu ejekan, sindiran, memperlekeh, hinaan, dan menghalang orang lain mara ke depan. Pada mulanya si ibu hanya membiarkan anak menghadapi sendiri asam garam alam persekolahan.

“Mungkinkah anak saya overreacting?”
“Mungkinkah saya over-parenting?”

Lama-kelamaan anak sudah mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan dan tidak mahu ke sekolah. Rakan-rakan anak juga mengesahkan yang anaknya sering diejek kerana ‘terlalu skima’.

Si ibu mengambil keputusan untuk melaporkan kepada pihak atasan sekolah dengan harapan pihak sekolah dapat menyiasat. Malangnya jawapan yang diterima oleh si ibu adalah,

“Rasanya puan terlalu manjakan anak puan di rumah. Dia tak tahan cabaran”.

Kecewanya si ibu.

Keluh si ibu, “Saya mendidik anak saya dari kecil supaya beradab, merendah diri, dan berakhlak, berbuat baik dengan semua orang. Malangnya kerana sifat-sifat ‘skima’ ini, dia dibuli. Pembuli dibiarkan, anak saya dilabel manja dan saya dikatakan bukan seorang ibu yang baik.”

Kesudahan kisahnya, doa dan ikhtiar seorang ibu kerana mempertahankan anaknya dimakbulkan Allah SWT. Sejak hari itu ramai yang bersuara tentang masalah buli ‘yang tersembunyi’ di sekolah tersebut. Pihak atasan mula sedar akan virus yang tidak dilihat dengan mata kasar selama ini.

Buli bukannya benda kecil. Buli bukanlah sesuatu yang normal. Buli membunuh jiwa pembuli dan lebih parah lagi yang dibuli. Buli langsung tidak Islamik. Jadi janganlah berkata “Alaa biasalah kena buli. Barulah tough!”. Orang yang berkata begitu juga sakit jiwanya kerana menghalalkan keganasan, penderaan dan penindasan.

 

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

APA YANG GENERASI ANAK-ANAK SEKARANG MAHU?

“Didiklah anak mengikut zaman di mana dia dibesarkan”.

 

Image may contain: text

Pada tahun 2009, sebuah kajian telah dijalankan untuk memahami kehendak, keperluan dan harapan generasi yang lahir dan membesar dalam ledakan teknologi ataupun dikenali sebagai Net-gen (Generasi Internet). (Trapcott, 2009; Trilling & Fadel, 2009).

Kajian ke atas 11,000 generasi muda berusia 11 hingga 31 tahun ketika itu menunjukkan bahawa mereka mengharapkan:

1) Kebebasan untuk memilih dan peluang untuk mengekspresikan pendapat dan identiti individu.
(Dengan kata lain: pendapat mereka perlu diambil kira juga dalam membuat keputusan.)

2) Mempunyai keupayaan untuk mengolah sesuatu supaya bersesuaian dengan citarasa individu.
(Dengan kata lain: kita tidak boleh samakan citarasa mereka dengan kita semasa kecil dulu. Raikan perbezaan)

3) Kebebasan untuk mengkaji dan menganalisa sesuatu isu tanpa menerima bulat-bulat.
(Dengan kata lain: Jangan ditekan keupayaan semulajadi untuk berfikir secara kritis.)

4) Integriti dan keterbukaan dalam interaksi.
(Penjelasan anak remaja saya: Kurangkan formaliti dan birokrasi).

5) ‘Play’, dan ‘entertainment’ diintegrasikan dalam pembelajaran, pekerjaan, dan kehidupan mereka.
(Dengan kata lain: Pengajaran dan pembelajaran perlulah lebih menarik supaya lebih efektif.)

6) Kolaborasi dan perhubungan (social networking) adalah elemen yang penting dalam apa jua yang mereka lakukan.
(Dengan kata lain: Facebook, wassapp, twitter, instagram adalah dunia mereka.)

7) Kepantasan dalam komunikasi, perolehan informasi dan pemberian jawapan ke atas kemusykilan.
(Dengan kata lain: mereka biasa mendapat maklumat dengan segera dan itulah yang mereka harapkan.)

8) Inovasi dan pembaikpulihan ke atas produk, perkhidmatan, persekolahan, tempat kerja dan hidup mereka secara umum.
(Penjelasan anak remaja saya: Perlu ada lebih banyak pilihan dan up-to-date.)

Harapan dan pemikiran mereka perlu difahami dan diambil serius untuk dijadikan panduan bagi ibu bapa, guru-guru (juga sistem pendidikan umumnya), dan agamawan dalam mendidik generasi ini supaya bersesuaian dengan zaman mereka. Tidak semua cara “orang lama” dapat membuahkan hasil yang sama seperti dulu. Celik-celik mata melihat dunia ada yang sudah mempunyai akaun Facebook dan Instagram. Inilah dunia mereka.

Bagaimana pula dengan generasi anak-anak yang lahir selepas 2010 ya?

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Pujilah

Baik di rumah ataupun di sekolah, jika kita tidak langsung ‘acknowledge’ sifat ramah, murah hati, sopan-santun, ringan tulang, sabar, suka membantu, baik hati, resilien, bertanggungjawab, hormat-menghormati, empathy dan bermacam-macam lagi kualiti positif yang tidak diberi markah dan gred dalam peperiksaan, lama-kelamaan anak-anak pun ‘couldn’t be bothered’ dengan kualiti tersebut.

Kualiti tersebut tidak ada nilainya buat anak-anak dan pelajar jika ia juga tiada nilainya buat kita. Apabila karakter yang baik tiada nilainya di rumah dan di sekolah, maka bermulalah kepincangan dalam masyarakat.

Pujilah jika kita lihat anak-anak dan pelajar mempunyai kualiti positif walaupun anak itu bukan pelajar A* dalam peperiksaan ataupun anak itu pernah melakukan kesilapan.
Jangan hanya menghukum bila ada salah laku, bila berbuat baik langsung tidak diendah.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

APAKAH LABEL ANAK (DAN PELAJAR) KITA?

Anak-anak dilahirkan dengan sifat semulajadinya (temperament) yang membezakan setiap seorang daripada mereka. Kadang-kadang apabila kita membanding-bandingkan mereka, secara tidak sengaja kita menggunakan label yang ‘negatif’ sebagai diskripsi diri mereka contohnya malas, kedekut, lembap, lembik, serabut, cemerkap, degil, buas dan bermacam-macam lagi perbendaharaan kata yang negatif yang sudah sebati dalam masyarakat.
Label ini hanya membuatkan diri kita sendiri tertekan dan rasa gagal. Lebih buruk lagi, anak percaya dengan label tersebut dan merasakan diri ‘hopeless’. Berpandukan label-label ini, Konsep diri (self-concept) dibina oleh seorang anak dari awal usia dan terbentuk pada lingkungan usia 5tahun.

Lihatlah ‘temperament’ anak dari kaca mata yang positif. Anak-anak dilahirkan seumpama kain putih. Gunakanlah label yang positif untuk menerangkan tentang anak tersebut apabila berada di hadapan anak dan apabila menceritakan tentang anak kepada orang lain.

CONTOHNYA Tukarkan label:

1) Buas kepada bertenaga.
Kita perlu membantu anak menyalurkan tenaganya ke saluran yang betul. Kalau anak suka memanjat, bawalah dia ke taman permainan atau pusat rekreasi yang sesuai. Jika tidak, sudah tentulah dia melompat atas sofa rumah.

2) Suka berkhayal kepada kreatif.
Tanyalah anak apa yang difikirkan. Mungkin dia memikirkan rekaan atau falsafah yang boleh mengubah dunia. We will never know.

3) Degil kepada ‘assertive’ .
Anak mungkin seorang yang teguh dalam berhadapan dengan cabaran dan mempunyai percaya diri yang tinggi.

4) Kedekut kepada berjimat-cermat.
Mungkin anak mempunyai tafsiran yang berbeza tentang berbelanja dan berkongsi.

5) Pemalu kepada berhati-hati.
Ada sesetengah anak yang suka ‘observe’ orang terlebih dahulu sebelum boleh dirapati.

6) Suka bertekak (argumentative) kepada berpendirian teguh.
Bimbinglah anak dengan adab dan teknik menyuarakan pendapat, mungkin dia boleh menjadi orator/pembahas/pemidato yang baik.

7) Cerewet kepada ada gaya tersendiri.
Kadang-kadang anak juga patut diberi pilihan mengikut ‘taste’ mereka.

(Yang mana satu anak tuan/puan ?)

Ibubapa (dan juga guru) perlu kreatif. Dengan menukar label ini kita sebenarnya melihat kebaikan dan kekuatan dalam diri anak. Anak akan rasa dirinya lebih bernilai dan ‘temperament’ nya boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan dengan bimbingan daripada ibubapa dan juga guru-guru.
Walau apa saja ‘temperament’ anak, tanamkanlah dalam diri anak akhlak yang baik untuk memandu ‘temperament’ tersebut.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect