APAKAH LABEL ANAK (DAN PELAJAR) KITA?

Anak-anak dilahirkan dengan sifat semulajadinya (temperament) yang membezakan setiap seorang daripada mereka. Kadang-kadang apabila kita membanding-bandingkan mereka, secara tidak sengaja kita menggunakan label yang ‘negatif’ sebagai diskripsi diri mereka contohnya malas, kedekut, lembap, lembik, serabut, cemerkap, degil, buas dan bermacam-macam lagi perbendaharaan kata yang negatif yang sudah sebati dalam masyarakat.
Label ini hanya membuatkan diri kita sendiri tertekan dan rasa gagal. Lebih buruk lagi, anak percaya dengan label tersebut dan merasakan diri ‘hopeless’. Berpandukan label-label ini, Konsep diri (self-concept) dibina oleh seorang anak dari awal usia dan terbentuk pada lingkungan usia 5tahun.

Lihatlah ‘temperament’ anak dari kaca mata yang positif. Anak-anak dilahirkan seumpama kain putih. Gunakanlah label yang positif untuk menerangkan tentang anak tersebut apabila berada di hadapan anak dan apabila menceritakan tentang anak kepada orang lain.

CONTOHNYA Tukarkan label:

1) Buas kepada bertenaga.
Kita perlu membantu anak menyalurkan tenaganya ke saluran yang betul. Kalau anak suka memanjat, bawalah dia ke taman permainan atau pusat rekreasi yang sesuai. Jika tidak, sudah tentulah dia melompat atas sofa rumah.

2) Suka berkhayal kepada kreatif.
Tanyalah anak apa yang difikirkan. Mungkin dia memikirkan rekaan atau falsafah yang boleh mengubah dunia. We will never know.

3) Degil kepada ‘assertive’ .
Anak mungkin seorang yang teguh dalam berhadapan dengan cabaran dan mempunyai percaya diri yang tinggi.

4) Kedekut kepada berjimat-cermat.
Mungkin anak mempunyai tafsiran yang berbeza tentang berbelanja dan berkongsi.

5) Pemalu kepada berhati-hati.
Ada sesetengah anak yang suka ‘observe’ orang terlebih dahulu sebelum boleh dirapati.

6) Suka bertekak (argumentative) kepada berpendirian teguh.
Bimbinglah anak dengan adab dan teknik menyuarakan pendapat, mungkin dia boleh menjadi orator/pembahas/pemidato yang baik.

7) Cerewet kepada ada gaya tersendiri.
Kadang-kadang anak juga patut diberi pilihan mengikut ‘taste’ mereka.

(Yang mana satu anak tuan/puan ?)

Ibubapa (dan juga guru) perlu kreatif. Dengan menukar label ini kita sebenarnya melihat kebaikan dan kekuatan dalam diri anak. Anak akan rasa dirinya lebih bernilai dan ‘temperament’ nya boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan dengan bimbingan daripada ibubapa dan juga guru-guru.
Walau apa saja ‘temperament’ anak, tanamkanlah dalam diri anak akhlak yang baik untuk memandu ‘temperament’ tersebut.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s