Kadang-kadang kita lupa apa ertinya menjadi seorang kanak-kanak.
Semasa saya kecil tahun 70/80an dulu, selepas habis mengaji, kami beramai-ramai akan meneroka kawasan sekitar sambil bermain sehingga ke hampir waktu Maghrib. Apabila pulang ke kampung, serata pelusuk kampung dari hutan ke sungai ke sawah kami terokai. Melalui pengalaman inilah saya menerokai minat, kelebihan dan kekurangan saya.
Dunia kanak-kanak sekarang sudah berbeza. Mereka kurang peluang untuk play and explore yang menjadi tugas utama kanak-kanak untuk berkembang dengan sihat, cerdas dan cergas.
Expectation ke atas anak-anak oleh parents dan sekolah dari early years lagi ada kalanya tidak realistik mengikut tahap perkembangan anak-anak. Nature deficit disorder (kurangnya aktiviti luar) menghalang exploration. Gadget menyebabkan sedentary childhood lifestyle.
Penekanan terhadap perkembangan sosial dan emosi juga kurang diberikan menyebabkan anak tidak tahu mengurus emosi. Semua kekurangan ini menyebabkan stress dan ditunjukkan melalui tingkah laku. Tanpa bimbingan dan keprihatinan ibubapa dan orang dewasa lain, stress ini akan membawa ke peringkat remaja dan seterusnya.
Join us in this campaign. Give children their childhood back. Let’s listen and understand more.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy