3 ‘MINDSET’ IBUBAPA YANG PERLU DIUBAH.
1. SAYA MESTI KAWAL TINGKAH LAKU ANAK SAYA.
SEPATUTNYA: Tanggungjawab ibubapa adalah untuk membimbing tingkah laku anak supaya anak boleh mengawal diri sendiri apabila ibubapa tiada di sisi (Self control). Jika sekarang kita mengawal dengan kaedah kuku besi, belum tentu anak boleh terkawal apabila berada di belakang kita kerana dia tidak tahu cara untuk ‘behave’.
2. HANYA HUKUMAN KERAS DAPAT MEMASTIKAN ANAK TIDAK MENGULANGI PERBUATANNYA.
SEPATUTNYA: Anak belajar dari teladan yang ditunjukkan di rumah dan di persekitarannya. Inilah punca utama salah laku. Patutkah dihukum keras jika dia belajar dari kita dan diletakkan dalam persekitaran yang tidak kondusif?
Anak juga perlukan peraturan yang mengambil kira perkembangan individu anak, konsisten, dan penuh hormat dan empati. Apakah peraturan sebegini ada di rumah?
3. KUASA DI TANGAN SAYA, ANAK SAYA MESTI PATUH.
SEPATUTNYA: Ya betul, tidak dinafikan authority di tangan ibubapa. Tapi selama ini adakah ibubapa membina ‘connection’ yang penuh pelukan, ciuman dan gurau senda dengan anak? Adakah ibubapa luangkan masa dan mendengar perasaan dan masalah anak? Adakah ibubapa bercerita dan bersembang tentang baik buruk sesuatu, dan kesan dan akibat tingkah laku dengan anak?
Jika jawapannya tidak kepada kesemuanya, macam mana anak hendak patuh?
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect