APA YANG GENERASI ANAK-ANAK SEKARANG MAHU?

“Didiklah anak mengikut zaman di mana dia dibesarkan”.

 

Image may contain: text

Pada tahun 2009, sebuah kajian telah dijalankan untuk memahami kehendak, keperluan dan harapan generasi yang lahir dan membesar dalam ledakan teknologi ataupun dikenali sebagai Net-gen (Generasi Internet). (Trapcott, 2009; Trilling & Fadel, 2009).

Kajian ke atas 11,000 generasi muda berusia 11 hingga 31 tahun ketika itu menunjukkan bahawa mereka mengharapkan:

1) Kebebasan untuk memilih dan peluang untuk mengekspresikan pendapat dan identiti individu.
(Dengan kata lain: pendapat mereka perlu diambil kira juga dalam membuat keputusan.)

2) Mempunyai keupayaan untuk mengolah sesuatu supaya bersesuaian dengan citarasa individu.
(Dengan kata lain: kita tidak boleh samakan citarasa mereka dengan kita semasa kecil dulu. Raikan perbezaan)

3) Kebebasan untuk mengkaji dan menganalisa sesuatu isu tanpa menerima bulat-bulat.
(Dengan kata lain: Jangan ditekan keupayaan semulajadi untuk berfikir secara kritis.)

4) Integriti dan keterbukaan dalam interaksi.
(Penjelasan anak remaja saya: Kurangkan formaliti dan birokrasi).

5) ‘Play’, dan ‘entertainment’ diintegrasikan dalam pembelajaran, pekerjaan, dan kehidupan mereka.
(Dengan kata lain: Pengajaran dan pembelajaran perlulah lebih menarik supaya lebih efektif.)

6) Kolaborasi dan perhubungan (social networking) adalah elemen yang penting dalam apa jua yang mereka lakukan.
(Dengan kata lain: Facebook, wassapp, twitter, instagram adalah dunia mereka.)

7) Kepantasan dalam komunikasi, perolehan informasi dan pemberian jawapan ke atas kemusykilan.
(Dengan kata lain: mereka biasa mendapat maklumat dengan segera dan itulah yang mereka harapkan.)

8) Inovasi dan pembaikpulihan ke atas produk, perkhidmatan, persekolahan, tempat kerja dan hidup mereka secara umum.
(Penjelasan anak remaja saya: Perlu ada lebih banyak pilihan dan up-to-date.)

Harapan dan pemikiran mereka perlu difahami dan diambil serius untuk dijadikan panduan bagi ibu bapa, guru-guru (juga sistem pendidikan umumnya), dan agamawan dalam mendidik generasi ini supaya bersesuaian dengan zaman mereka. Tidak semua cara “orang lama” dapat membuahkan hasil yang sama seperti dulu. Celik-celik mata melihat dunia ada yang sudah mempunyai akaun Facebook dan Instagram. Inilah dunia mereka.

Bagaimana pula dengan generasi anak-anak yang lahir selepas 2010 ya?

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s