Adakah Anda Ibubapa Yang Melahirkan Pembuli?

Video pelajar sekolah sedang dibuli ini sedang berlegar-legar di FB sejak semalam. Kita terlalu kerap disajikan dengan video buli di sekolah-sekolah sekarang ini. Saya khuatir kiranya lama-kelamaan masyarakat menjadi ‘desensitised’ (tidak lagi sensitif) dengan isu buli sebagaimana masyarakat kita menjadikan ‘wrestling’ di kaca tv itu satu hiburan dan menjadikan ‘prank’ dan ‘prank calls’ atau panggilan hangit sebagai satu lawak jenaka.

buli

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, tahun lepas sahaja kes buli di sekolah-sekolah berjumlah sebanyak 3000 kes. Nampaknya buli adalah isu yang sangat serius. Ini tidak termasuk di luar sekolah. Satu kes buli sahaja sudah cukup untuk menunjukkan kerosakan dalam masyarakat, apatah lagi 3000 kes.

Kita sering memfokuskan pada pihak sekolah dan guru yang tidak boleh merotan dan menghukum pelajar yang bermasalah ini. Kita juga sering memfokuskan kepada pelajar dan berharap supaya mereka dimasukkan ke dalam penjara dan rasa bagaimana dibuli oleh banduan yang lain. (Mengharapkan pelajar yang membuli dibuli orang lain adalah satu ironi).

Jangan kita lupa bahawa ibubapa adalah pendidik utama seorang anak. Dalam kes buli sebegini sepatutnya ibubapa juga dibawa ke ‘tengah’.

KAJIAN yang dibuat di University of Warwick pada tahun 2013 mendapati bahawa penerapan ‘problem solving skil’ adalah kaedah yang terbaik untuk mengurangkan kemungkinan anak menjadi seorang buli ataupun menjadi mangsa buli.

Seperti yang saya selalu sebut, problem solving skill bukan hanya untuk subjek matematik sahaja. Problem solving sepatutnya diperluaskan lagi kepada subjek ‘life skill’ di sekolah-sekolah dan di rumah.

Jika berhadapan situasi begini apa yang patut dibuat?
Bila marah, kecewa apa patut dibuat?

Dari peringkat pra sekolah lagi anak sudah menunjukkan keupayaan ‘problem solving’. Usah dimatikan sifat semulajadi ini dengan hanya memfokuskan pada membaca menulis, mengira dan akademik sahaja sehingga melahirkan zombi yang tiada empati.

KAJIAN yang dibuat oleh Batsche dan Knoff pada tahun 1994 mendapati bahawa ibu/bapa kepada anak yang menjadi pembuli mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah yang rendah. Ibubapa ini akan cepat melenting pada provokasi. Anak-anak belajar. Anak-anak meniru.

KAJIAN selama 30 tahun mendapati bahawa keluarga pembuli mempunyai ciri-ciri tersebut:

  1. Ibubapa yang tidak atau kurang terlibat dalam urusan anak-anak.
  2. Mempunyai sedikit atau tiada langsung peraturan dalam rumah untuk membimbing tingkah laku anak. House rules sangat penting.
  3. Jika ada pun, peraturan terlalu rigid dan digunakan untuk menghukum bukan untuk membimbing.
  4. Ibubapa (dan keluarga) tidak terlibat dalam aktiviti masyarakat.
  5. Ibubapa yang berantakan dan tiada harmoni dalam keluarga.
  6. Sikap dan bahasa yang digunakan ibubapa hanya menggalakkan anak menjadi buli secara tidak sedar.

Jika video buli viral lagi di media sosial, ingatlah inilah ciri-ciri keluarga anak yang membuli itu. Bukanlah anak sahaja memerlukan bimbingan, ibubapa juga memerlukan bantuan untuk mengemudi keluarga. Ini bukan isu rotan atau tidak rotan semata-mata.

KBAT, HOTS, problem solving, decision making, rational thinking, critical thinking, taxonomy of thinking, semua ini adalah elemen untuk belajar tentang kehidupan bukan untuk lulus peperiksaan.

Selain itu didiklah juga anak-anak kita menjadi individu yang ‘stand up’ untuk membela kawan yang dibuli. Jangan hanya menjadi pemerhati ‘bystander effect’ dan lebih parah lagi yang menyorak seperti dalam video yang selalu kita tonton.

“It takes a village to raise a child.”

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

 

Mendidik Anak Tanggungjawab Sekampung

Pernah dengar pepatah Afrika yang bermaksud “It takes a village to raise a child”? (Mendidik/membesarkan anak adalah tanggungjawab seluruh kampung)

village

Hendak membesarkan anak lelaki yang boleh menjadi ketua/imam, bertanggungjawab, resilien, menghormati orang lain, peduli masyarakat, ‘gentleman’, ‘macho’, matang dan bijak bukanlah tanggungjawab ibubapa sahaja malah seluruh anggota masyarakat.
Ibubapa adalah pendidik utama tetapi semua pihak ada peranannya yang tersendiri.

Zimbardo dan Coulombe mengupas tentang kesukaran dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anak lelaki dalam era teknologi yang telah menjadikan mereka kurang ‘jantan’.

Apabila harapan yang diletak terlalu tinggi tetapi mereka tidak dibimbing, tidak diberi galakan, tidak dipuji usahanya dan sering diabaikan kerana mereka ‘gagal’ memenuhi harapan, mereka akhirnya beralih kepada video game dan pornografi yang hanya berada di hujung jari. Di arena itu mereka merasa lebih berjaya, lebih dihargai dan lebih mempunyai kuasa.

Antara saranan penulis (dan olahan saya) untuk memperkasakan anak lelaki:

APA YANG KERAJAAN BOLEH BUAT?

  1. Kerajaan patut memberi penekanan kepada betapa pentingnya keterlibatan seorang bapa dalam proses membesarkan seorang anak. Ayah adalah role model terutamanya kepada anak lelaki. Bagaimana ayah, begitulah anaknya nanti.
  2. Bagi yang terpaksa melalui proses perceraian, perlu ada undang-undang (yang dikuatkuasakan dan tegas) yang memastikan si ayah memberi nafkah dan tetap memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai seorang ayah.
  3. Galakkan lebih ramai lelaki untuk menyertai bidang pendidikan kerana anak-anak lelaki memerlukan role model lelaki di sekolah. Usaha ini memerlukan inisiatif dan imbuhan yang sewajarnya untuk menarik minat guru-guru lelaki dan juga wanita yang berkualiti.
  4. Lebih serius menangani isu pornografi, pornografi kanak-kanak dan juga penderaan seksual kanak-kanak. Ini semua membinasakan masyarakat terutamanya anak lelaki dan lelaki.

 

APA YANG SEKOLAH BOLEH BUAT?

  1. Dalam sebuah kajian yang dibuat oleh penulis (TED Survey) kebanyakan murid lelaki mencadangkan agar sekolah juga lebih menekankan kepada pembelajaran ‘life skills’ yang boleh mengajar mereka menguruskan diri dan menjadi lebih bertanggungjawab apabila dewasa.
  2. Penekanan harus diberikan kepada keupayaan untuk berdikari, tidak ‘spoon-feed’, diberi kebebasan dan latihan untuk berfikir sendiri dan menggunakan teknik pengajaran/pedagogi yang mengambil kira perkembangan dan cara murid lelaki belajar.

 

APA YANG IBUBAPA BOLEH BUAT?

  1. Ayah patut menjadikan tanggungjawab sebagai seorang bapa itu satu prioriti.
  2. Usahlah menjadi seorang ayah yang terlalu sibuk dari pagi hingga ke malam, menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada ibu, guru dan pembantu semata-mata kerana kesannya akan dilihat apabila anak meningkat remaja.
  3. Jika ayah gagal ‘connect’ dengan anak lelaki ketika kecil, mereka akan ‘kehilangan’ anak dari usia remaja di mana kehadiran seorang ayah itu sangat penting.

 

APA YANG MEDIA BOLEH BUAT?

  1. Perbanyakkanlah rancangan/pesanan yang memperkasakan anak lelaki, yang mendidik mereka tentang nilai tanggungjawab dan peduli kepada keluarga dan masyarakat.
  2. Kurangkan drama-drama simplistik tentang anak lelaki yang tamat pengajian terus memegang jawatan tertinggi korporat, berbanglo besar, berkereta mewah, berteman wanitakan perempuan tercantik dan terhangat. Berikan gambaran yang sebenar tentang realiti masyarakat supaya anak lelaki kurang berkhayal dan lebih berpijak di bumi nyata.

Jika anda mempunyai anak lelaki dan anak perempuan, begitu juga murid lelaki dan murid perempuan di sekolah, tentu anda sedar akan perbezaan antara kedua-duanya. Cara mereka berbeza, tenaga mereka berbeza, emosi mereka berbeza, dan pemikiran mereka juga berbeza. Ambil kira perbezaan itu untuk mendidik dan membesarkan mereka.

Jangan lupa “IT TAKES A VILLAGE TO RAISE A CHILD”.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Saya Bodoh!

sayabodoh

Anak ini didera secara fizikal oleh teman lelaki ibunya yang tinggal serumah dengan mereka. Penderaan fizikal sering membawa kepada penderaan mental dan emosi juga.

Saya tahu ramai yang tidak mendera anak secara fizikal tetapi berhati-hatilah dengan label dan gelaran yang kita berikan kepada anak dan anak murid.

Budak jahat, degil, bodoh, lembab, malas, kurang ajar, bengap, tak guna, gelap, buruk, setan dan macam-macam lagi yang tidak elok disebut dan didengar.

Anak-anak membina ‘self concept’ dari lahir lagi.
Anak membina imej dan persepsi tentang diri sendiri berdasarkan apa yang disebut oleh orang dewasa di sekeliling terutamanya ibubapa, saudara mara dan guru.

Anak dalam kes ini sangkakan namanya ‘Idiot’ kerana itulah panggilan yang sering didengarinya. Walaupun dia mungkin tidak faham apa maksud idiot dan hanya meniru, lama-kelamaan dia akan ‘associate’ perkataan idiot itu dengan sifat dirinya. Begitulah juga dengan panggilan dan gelaran yang lain.

Usahlah ‘memotivasi’kan anak atau anak murid dengan cara yang kasar, memalukan dan menjatuhkan. Usahlah melabel.

Berilah semangat dan motivasi dengan kata-kata dan pujian positif yang kena pada tempatnya dan bersesuaian dengan usaha.

Panggillah anak dan anak murid dengan nama-nama indah yang diberikan kepadanya ketika lahir.

Ceritakan kepada anak apa maksud namanya dan siapakah yang menjadi inspirasi kepada nama yang diberi. Nama Rasul, nama Nabi, nama Sahabah, nama hebat yang tercatat dalam sejarah manusia, sifat yang terpuji, peranan yang dicontohi, bunga yang indah dan wangi, pejuang, pahlawan. Ceritakan.

Insya Allah dia akan tersenyum berbangga.

Usahlah melabel dengan macam-macam.
Kata-kata adalah satu doa.
Ia membina ‘self concept’.
Ia membina keyakinan diri dan jati diri.
Ia membina manusia.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Membina ‘Trust’ Dengan Anak

Suara jeritan yang kuat memecah keheningan pagi itu di tepi pantai.

“ASYIK CAKAP TAK PANDAI…TAK PANDAI. KALAU TAK BELAJAR MACAM MANA NAK PANDAI?”

trust

Saya berpaling ke arah datangnya suara itu. Semua orang (lebih dari 50) memerhati ke arah seorang lelaki yang sedang mendukung seorang anak yang berusia lingkungan 6 tahun. Anak yang memakai pelampung tersebut menangis dan ketakutan kerana berada dalam air. Beberapa orang dewasa yang berada di keliling mereka (dan mengenali mereka) ada yang ketawa, ada yang kelihatan serba salah dan cuba membantu.

Saya memuji niat si ayah. Beliau ingin mengajar anaknya berenang atau tidak takutkan air tetapi pada pendapat saya caranya sangat tidak kena dan tidak membantu anak untuk belajar.

TRUST vs MISTRUST

Dalam situasi yang sebegitu, amat penting untuk kita mewujudkan TRUST dalam diri anak terlebih dahulu terhadap ayah.

Menengking (yelling) dan memalukan (shaming/humiliating) anak di hadapan orang ramai adalah cara yang terbaik untuk mewujudkan MISTRUST.

Dalam apa jua keadaan, anak perlu yakin bahawa maruah dirinya akan dipelihara oleh kedua ibubapa. Ini adalah hak seorang anak yang menjadi tanggungjawab ibubapa.
Islam sendiri menyarankan agar kita menjaga aib sesama kita, apalagi aib keluarga dan anak-anak. Aib anak yang kecil juga harus dijaga kerana aib tetap aib. Tidak perlu ditengking anak di khalayak ramai untuk menunjukkan yang kita seorang ibu atau ayah yang baik. Itu hanyalah membuka pekung bahawa kita tidak bijak mengurus emosi dan mengawal keadaan.

Bagaimana cara mewujudkan TRUST dalam situasi itu?

1. Sebelum memulakan proses pengajaran, ceritakan terlebih dahulu apa yang akan dilakukan dan ‘what to expect’. Kejutan yang tidak diduga hanya mematikan keyakinan diri anak.

2. Yakinkan anak bahawa:

“Ayah akan pastikan kamu selamat. Percayalah”
(I will make sure you are safe. Trust me!)

“Ayah akan pegang kuat-kuat. Percayalah”
(I will hold you tight. Trust me!)

“Ayah akan jaga kamu, dan kamu perlu mencuba”
(I will look after you, and you would have to try!)

3. Sebut pada anak dengan tegas bukan tengking. (Firm and kind)

4. Sebut pada anak apabila anak tenang, bukannya apabila anak panik dan menangis.

Apabila TRUST ini dibina terlebih dahulu, anak akan lebih yakin untuk mencuba.

TRUST inilah yang akan mewujudkan CONNECTION antara ayah dengan anak.

Hubungan yang terbina dari rasa percaya (TRUST) dan hormat (RESPECT) antara ayah dan anak adalah lebih kukuh berbanding hubungan yang terbina dari rasa rakut dan marah.

TRUST ini juga yang akan mewujudkan CONFIDENCE dalam diri anak.

HUMILIATING (Memalukan)

Bayangkan diri kita dimalukan oleh boss di hadapan rakan sekerja. Apa perasaan kita?
Insaf dan bermotivasi ataupun marah?

Anak-anak juga punya emosi dan perasaan. Mereka juga rasa apa yang kita rasa.

Dengan memalukan anak-anak di khalayak ramai, kita menjadi teladan kepada anak kecil bahawa:

“It’s ok to humiliate someone who is smaller and inferior than you.”

“It’s ok to disrespect others by shaming and humiliating them.”

“It’s ok to laugh at someone who is being humiliated.”

Secara tidak langsung orang dewasa akan mewujudkan generasi dan masyarakat yang tiada empathy terhadap orang lain.

MISTRUST dan HUMILIATION hanya menyebabkan anak membenci sesuatu aktiviti atau ilmu. Ia bukan kaedah mengajar yang efektif.

Oleh itu walau dalam apa jua situasi kita hendak mendidik anak-anak atau murid, kita perlu fikirkan akan kesan dan akibat yang berpanjangan bukan sahaja ke atas pendidikan anak malah juga kepada masyarakat.

Bertegas dengan anak memang digalakkan tapi tak perlulah dimalukan.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Efektifkah Sarkasm Dan Sindiran?

sarkasm dan sindiran

Kredit Imej: Google

Tahukah anda dalam satu kajian yang dibuat selama 6 tahun oleh Glenwright, seorang professor dalam bidang psikologi di University of Manitoba dan Pexman dari University of Calgary, kanak-kanak didapati tidak memahami sarkasm dan sindiran sehinggalah berusia 10 tahun.

Sarkasm merangkumi maksud literal sesuatu yang diucapkan, bahasa badan atau komunikasi non-verbal dan niat orang yang mengucapkannya.

Sebelum usia 10 tahun, kanak-kanak hanya memahami aspek bahasa secara literal, kurang memahami komunikasi non-verbal dan tidak dapat meneka niat seseorang kerana pemikiran mereka belum sampai ke tahap pemahaman seperti orang dewasa.

Apakah Implikasinya?


Oleh itu, apabila meminta kanak-kanak melakukan sesuatu, memberi arahan, ataupun menegah kerana membahayakan, pastikan arahan yang diberikan membawa maksud yang jelas. Jangan menyindir atau sarkastik kerana mereka tidak faham.

CONTOH yang sering kita amalkan:

Apabila anak kecil memanjat (tanpa pemantauan) dan terjatuh, kita berkata:

“Itula…panjatlah lagi…panjat!”. 

Ataupun kita mengucapkan “Terima kasih” kepada anak kerana tumpahkan air kerana kita dalam keadaan penat dan marah.

Anak kecil tidak faham tegahan yang berbentuk sindiran tersebut.

Tidak hairanlah kalau anak kecil tersebut akan terus memanjat dalam keadaan yang tidak selamat dan tidak mempedulikan tegahan kita.

Berilah nasihat dan tegahan dalam bentuk yang literal dan mudah difahami dan diikuti oleh kanak-kanak. Tidak perlu sarkastik.

Ceritakan kepada anak tentang akibat sesuatu perbuatan kerana anak kecil sedang menguasai konsep ‘kesan dan akibat’ sebagai salah satu aspek kognitif/pemikiran.

Sarkasm dengan kanak-kanak hanyalah membuang masa dan menjadikan kita lebih beremosi dengan kanak-kanak jika mereka tidak menurut apa yang ditegah.
Sindiran jika sering diamalkan akan menjadi satu bentuk komunikasi pasif agresif yang tidak berkesan dan akan ditiru oleh kanak-kanak.

“Insanity is doing the same thing over and over again and expecting a different result.”

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Tiga Sebab Utama Menjadikan Anak-anak Sekarang Bermasalah

tantrum

1) Getting Too Much

Anak-anak dimewahkan dengan material yang berlebihan walaupun tidak perlu. Ini bukan hanya masalah orang kaya dan berada. Ramai parents yang bekerja keras siang malam untuk menyediakan keperluan dan kehendak anak-anak masani. Anak tidak akan menghargai material yang berlebihan. Apabila anak tidak menghargai harta benda sendiri, dia tidak akan menghargai harta benda orang lain kerana assume orang lain juga sepertinya. Dengan tidak menghargai harta benda orang lain, dia juga tidak menghormati orang lain dan tidak dapat ‘relate’ dengan permasalahan orang lain – tiada empathy.

Anak-anak juga didaftarkan menyertai terlalu banyak kelas dan aktiviti sehinggakan tiada keseimbangan dalam eksplorasi/refleksi diri sendiri untuk membina karakter. Ada juga anak yang get too much free time (idleness) yang tidak diisi dengan aktiviti berfaedah.

How much is enough?

2) Overnurtured

Parents buatkan semua untuk anak kerana “sayang” sehinggakan membantutkan perkembangan skil yang penting. Contohnya menyusun buku/ jadual sekolah akan melatih anak untuk menjadi organise. Ini adalah skil yang sangat penting sehingga dewasa. Kalau parents yang buatkan, anak-anak tiada tanggungjawab pada diri sendiri. Jika ibubapa buatkan homework untuk anak, anak belajar untuk menipu.

3) Tiada peraturan yang jelas dan konsisten.

Ibubapa tidak boleh mengharapkan wujud “common sense” dengan sendirinya pada anak-anak untuk tahu apa yang baik, buruk, bahaya. Perlu diberitahu apa peraturannya. Perlu dibincangkan apa implikasi perbuatan pada diri dan masyarakat supaya anak nampak gambaran keseluruhannya dan menjadikan anak lebih bertanggungjawab. Tanpa peraturan yang jelas anak akan sentiasa rasa insecure dan membina boundary mengikut ‘citarasa’ sendiri. COMMUNICATE.

Hanya dengan mengetahui sebabnya, kita akan lebih bijak dalam mencari penyelesaiannya. Insya Allah.

Noor Afidah Abu Bakar

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect/