Video pelajar sekolah sedang dibuli ini sedang berlegar-legar di FB sejak semalam. Kita terlalu kerap disajikan dengan video buli di sekolah-sekolah sekarang ini. Saya khuatir kiranya lama-kelamaan masyarakat menjadi ‘desensitised’ (tidak lagi sensitif) dengan isu buli sebagaimana masyarakat kita menjadikan ‘wrestling’ di kaca tv itu satu hiburan dan menjadikan ‘prank’ dan ‘prank calls’ atau panggilan hangit sebagai satu lawak jenaka.
Menurut kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, tahun lepas sahaja kes buli di sekolah-sekolah berjumlah sebanyak 3000 kes. Nampaknya buli adalah isu yang sangat serius. Ini tidak termasuk di luar sekolah. Satu kes buli sahaja sudah cukup untuk menunjukkan kerosakan dalam masyarakat, apatah lagi 3000 kes.
Kita sering memfokuskan pada pihak sekolah dan guru yang tidak boleh merotan dan menghukum pelajar yang bermasalah ini. Kita juga sering memfokuskan kepada pelajar dan berharap supaya mereka dimasukkan ke dalam penjara dan rasa bagaimana dibuli oleh banduan yang lain. (Mengharapkan pelajar yang membuli dibuli orang lain adalah satu ironi).
Jangan kita lupa bahawa ibubapa adalah pendidik utama seorang anak. Dalam kes buli sebegini sepatutnya ibubapa juga dibawa ke ‘tengah’.
KAJIAN yang dibuat di University of Warwick pada tahun 2013 mendapati bahawa penerapan ‘problem solving skil’ adalah kaedah yang terbaik untuk mengurangkan kemungkinan anak menjadi seorang buli ataupun menjadi mangsa buli.
Seperti yang saya selalu sebut, problem solving skill bukan hanya untuk subjek matematik sahaja. Problem solving sepatutnya diperluaskan lagi kepada subjek ‘life skill’ di sekolah-sekolah dan di rumah.
Jika berhadapan situasi begini apa yang patut dibuat?
Bila marah, kecewa apa patut dibuat?
Dari peringkat pra sekolah lagi anak sudah menunjukkan keupayaan ‘problem solving’. Usah dimatikan sifat semulajadi ini dengan hanya memfokuskan pada membaca menulis, mengira dan akademik sahaja sehingga melahirkan zombi yang tiada empati.
KAJIAN yang dibuat oleh Batsche dan Knoff pada tahun 1994 mendapati bahawa ibu/bapa kepada anak yang menjadi pembuli mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah yang rendah. Ibubapa ini akan cepat melenting pada provokasi. Anak-anak belajar. Anak-anak meniru.
KAJIAN selama 30 tahun mendapati bahawa keluarga pembuli mempunyai ciri-ciri tersebut:
- Ibubapa yang tidak atau kurang terlibat dalam urusan anak-anak.
- Mempunyai sedikit atau tiada langsung peraturan dalam rumah untuk membimbing tingkah laku anak. House rules sangat penting.
- Jika ada pun, peraturan terlalu rigid dan digunakan untuk menghukum bukan untuk membimbing.
- Ibubapa (dan keluarga) tidak terlibat dalam aktiviti masyarakat.
- Ibubapa yang berantakan dan tiada harmoni dalam keluarga.
- Sikap dan bahasa yang digunakan ibubapa hanya menggalakkan anak menjadi buli secara tidak sedar.
Jika video buli viral lagi di media sosial, ingatlah inilah ciri-ciri keluarga anak yang membuli itu. Bukanlah anak sahaja memerlukan bimbingan, ibubapa juga memerlukan bantuan untuk mengemudi keluarga. Ini bukan isu rotan atau tidak rotan semata-mata.
KBAT, HOTS, problem solving, decision making, rational thinking, critical thinking, taxonomy of thinking, semua ini adalah elemen untuk belajar tentang kehidupan bukan untuk lulus peperiksaan.
Selain itu didiklah juga anak-anak kita menjadi individu yang ‘stand up’ untuk membela kawan yang dibuli. Jangan hanya menjadi pemerhati ‘bystander effect’ dan lebih parah lagi yang menyorak seperti dalam video yang selalu kita tonton.
“It takes a village to raise a child.”
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect