Usai sesi keibubapaan beberapa hari lalu, seorang Ibu bertanya saya, “Puan kenapa saya tidak melalui cabaran dengan anak-anak sepertimana yang disebut dan dilalui oleh orang lain? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan keluarga saya?”
Setiap keluarga melalui cabaran yang berbeza-beza. Ada di antara cabaran yang diceritakan kepada saya oleh ayah dan ibu tidak saya lalui, ataupun apa yang saya lalui tidaklah seberat cabaran mereka. Saya juga yakin banyak cabaran yang saya lalui tidak dilalui oleh ibubapa yang lain.
Ini kerana:
- Latar belakang kita berbeza.
- Pemikiran kita berbeza.
- Gaya hidup kita berbeza.
- Sosioekonomi kita berbeza.
- Dinamik keluarga kita berbeza.
- Gaya keibubapaan kita berbeza.
- Prioriti kita berbeza.
- Anak-anak kita berbeza-beza.
Semua faktor ini menentukan jenis cabaran dan seberat mana cabaran yang akan kita lalui dengan anak-anak.
Apa yang penting, sebagai suami isteri dan sebagai ayah dan ibu, tetapkan matlamat keluarga dari awal.
Apakah karakter atau sifat yang ingin kita lihat ada dalam diri anak-anak?
Apakah yang patut kita lakukan untuk mencapai matlamat ini?
Apakah yang patut kita lakukan BERSAMA-SAMA dalam menghadapi cabaran dengan anak-anak?
Tanggungjawab mendidik anak tidak terletak di bahu seorang saja.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.( Al-Baqarah: 286).
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect/