Menurut Dr. Cynthia Keator, pakar neurologi di The John and Jane Justin Neurosciences Center, 60% tenaga pada bulan pertama seorang bayi digunakan untuk menjana aktiviti neural otak.
Kredit Imej: Google
Menurut beliau lagi, jika fizikal bayi tumbuh pada KADAR yang sama dengan pertumbuhan otak bayi, maka berat bayi akan mencecah 77 kg ketika bayi berusia satu bulan.
Begitulah betapa pesatnya pertumbuhan otak bayi.
Jika tiba-tiba anda rasa “cepatnya baby Abah dan Mama membesar”, ketahuilah pesat lagi pertumbuhan otaknya.
Apakah skil keibubapaan yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi yang pesat ketika ini?
- bercakap dengan bayi
- bacakan buku untuk/bersama bayi (bukan ajar bayi baca)
- menyanyi
- membelai, respon
Tidak perlu alat mainan khas, video, youtube, tv ataupun gajet bagi tujuan ini terutamanya bagi yang bawah usia 2 tahun.
Rujuk juga:
Kaedah Mudah Menghubungkan Sel-sel Otak
(Sumber: Center for Brain Health, The University of Texas, 2015)
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect