Kredit Gambar: Google
Anak mungkin tidak faham apa yang sedang berlaku di sekitarnya tetapi anak dapat rasa jika ada sesuatu yang tidak kena.
Mungkin kita yang tidak tahu bahawa tekanan yang menyelubungi keluarga kita mempunyai kesan ke atas tingkahlaku anak.
“Hubungan kami suami isteri ada masalah tetapi anak-anak tidak tahu.”
“Saya alami kemurungan tetapi saya berpura-pura gembira apabila anak-anak ada di samping saya.”
“Saya akan hilang pekerjaan, anak-anak tidak tahu betapa tertekannya saya.”
“Kami sudah berpindah ke rumah baru yang lebih selesa tetapi anak-anak tetap kelihatan tidak selesa.”
Jika kita dapat rasa apa yang kita rasa, anak-anak juga punya perasaan yang akan terkena tempias perasaan kita.
Anak mungkin tidak bertanya. Anak mungkin tidak faham tetapi tingkahlaku anak akan menceritakan perasaan mereka.
Jangan ambil ringan kesan emosi kita ke atas anak-anak.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect