Bacaan santai saya dalam penerbangan.
Santai kerana ia melibatkan isu yang boleh saya kaitkan dengan diri sendiri dan tidak perlu berkerut dahi dan memerah otak untuk memahami konteks.
Istilah Tiger Parent bukanlah bermaksud ibubapa yang garang seperti singa, sebaliknya ibubapa yang terpengaruh dengan pertandingan dan perbandingan dalam masyarakat sama ada sedar ataupun tidak dan akhirnya ‘push’ anak sehingga di luar kelebihan dan kemampuan mereka.
Dalam kajian yang dibuat oleh Aviva ke atas 2000 ibubapa (m.s 137), didapati bahawa pertandingan ini wujud di antara ibubapa dari anak bayi lagi.
‘Breastfed’ ataupun tidak?
Bayi siapa yang paling cepat merangkak?
Bayi mana paling awal bercakap?
Anak siapa paling cepat membaca?
Anak siapa hebat matematik?
Anak siapa paling banyak stimulasi sensori?
Anak siapa banyak aktiviti?
Anak siapa banyak ‘baby equipments’, ‘educational toys’, ‘flashcards’ ?
Kajian yang dibuat oleh Dr Lise Eliot, seorang pakar sains neuro mendapati bahawa stimulasi ke atas bayi ada batasannya. Stimulasi yang melampau akan hanya mewujudkan kekeliruan dan menyukarkan anak untuk fokus.
Semua ini menjadi budaya pertandingan yang tidak sihat yang akan membawa kepada pertandingan dan perbandingan yang tiada kesudahannya apabila anak-anak mula bersekolah.
Sistem pendidikan yang berorientasikan akademik tanpa mengambil kira kelebihan (strength) individu memburukkan lagi gejala ini sehingga mewujudkan permusuhan sesama ibubapa.
BAGAIMANA MENGHADAPI GEJALA INI?
Ibubapa perlu refleksi diri. STOP AND THINK.
Bagaimanakah kita terkesan dengan gejala ini?
Adakah kita juga peserta pertandingan?
Apakah yang kita mahukan untuk anak-anak?
Adakah apa yang kita lakukan mewujudkan ‘connection’ dengan anak-anak?
- Hargai setiap kualiti yang ditunjukkan oleh anak.
- Berhenti membuat perbandingan.
- Berfikirlah di luar kotak. Tidak semua anak cenderung ke arah bidang berkaitan STEM – Science, Technology, Engineering and Medicine.
- Akui kelemahan, kesilapan dan kegagalan yang pernah kita lalui sebagai manusia biasa.
- Selalu bersembang dengan anak tentang kesan buruk pertandingan dan perbandingan yang melampau supaya anak sedar bahawa itu bukanlah budaya yang sepatutnya diamalkan.
Tidak dinafikan semua ibubapa mahukan yang terbaik buat anak-anak.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect