Peringkat usia 8-14 tahun. Disiplinkan anak?

Beberapa jam lalu saya muatnaik satu artikel tentang betapa besarnya impak ke atas anak apabila ibubapa bermain dengannya. Kita sering dengar tentang kepentingan bermain dengan anak ketika peringkat usia anak 0-7 tahun.

Kita juga sering mendengar tentang kepentingan mendisiplinkan anak apabila berusia 8-14 tahun yang seterusnya. Mendidik anak adalah proses yang berterusan dan tidak boleh terputus-putus. Proses mendisiplinkan anak sebenarnya bermula dari peringkat bermain lagi ketika berusia 0-7 tahun.

Bukankah bermain perlu happy dan fun sahaja, bagaimana hendak disiplin? Bukankah disiplin itu keras dan menghukum?

Disiplin maksudnya adalah membimbing, bukannya menghukum. Anak-anak perlukan limit (had) kerana mereka tidak cukup pengalaman untuk tahu apa yang baik apa yang tidak buat mereka. Adanya limit bukanlah untuk mengongkong tetapi supaya mereka boleh bebas ‘explore’ dalam ruang yang selamat untuk fizikal, akal, emosi dan paling penting aqidah mereka.

Ketika bermain mereka belajar skil sosial. Skil sosial melibatkan hubungan mereka dengan orang lain. Mereka juga belajar skil untuk mengawal diri sendiri termasuk ‘delayed gratification’ yang semakin terhakis sekarang ini.

Ketika bermain mereka belajar untuk menghormati orang lain, mereka belajar untuk menunggu giliran, mereka belajar akan adab dan peraturan permainan, dan mereka belajar perspektif orang lain.
Ketika bermain mereka belajar menepati masa (sebab kalau lambat tak boleh main), mereka belajar tentang ruang yang selamat dan tidak, mereka belajar tentang kesan tindakan mereka, mereka belajar cara menyelesaikan masalah yang mungkin timbul.

Secara tidak langsung melalui bermain kita telah pun memulakan proses membimbing (mendisiplinkan) mereka. Bermain bukanlah bermaksud mereka bebas berbuat apa sahaja mengikut kemahuan mereka. Mereka belajar untuk mendisiplinkan diri dan mengawal diri mereka sendiri supaya mereka boleh bermain bersama-sama. Ini adalah proses yang sangat besar untuk menuju ke peringkat 8-14 tahun yang seterusnya.

Jadi bayangkan jika anak tidak bermain ketika peringkat umur 0-7 tahun, skil sosial mereka tidak dipupuk, tidak ada ‘limit’ dalam perbuatan mereka dan kita terus hendak disiplinkan mereka ketika umur 8-14 tahun secara mendadak atau mungkin secara keras, mungkin banyak tentangan yang akan kita terima kerana anak keliru. Apabila mereka sudah biasa belajar mengawal diri ketika berusia 0-7 tahun, proses disiplin ketika berusia 8-14 tahun insya Allah akan lebih mudah.

Dalam buku “Prophetic Parenting” karangan Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh ada disebut bahawa ‘parenting’ adalah’ proses ‘tarbiyah’ iaitu proses yang berlaku secara berperingkat sehingga anak boleh mencapai tahap ‘self discipline’.

Harapnya kita boleh nampak kesinambungan dari usia 0-7 tahun ke usia 8-14 tahun.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s