Setiap anak punya seribu kebaikan

Di restoran itu, mahu tidak mahu saya terlihat seorang ayah memukul kepala anak lelakinya yang berusia lingkungan 5 tahun kerana duduk di kerusi yang tidak sepatutnya.

Saya juga terlihat ayah yang sama menarik telinga anak itu kerana bermain dengan sudu dan garfu. Tiada sepatah kata amaran atau nasihat keluar dari mulut si ayah. Hanya hukuman fizikal.

Anak kecil itu diam dan termenung seketika. Dia melabuhkan kepalanya di atas meja. Kemudiannya dia tersenyum melihat adik perempuannya yang duduk di kerusi bayi.
Tanpa disuruh, anak itu bangun mengambil tisu untuk diberikan kepada adik perempuannya yang comot ketika makan.

Tiada terima kasih, tiada senyuman, tiada pujian daripada ayah atau ibunya atas kasih sayang yang ditunjukkan kepada adiknya.

Mee goreng saya terasa pahit.

 

Setiap anak punya seribu kebaikan. Bukalah mata dan carilah kebaikan itu. Usahlah dimatikan jiwanya kerana sering dilihat dan dihukum kesilapannya sahaja.
Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s