Dalam satu sesi ‘parenting’ yang saya kendalikan, seorang ibu (Puan H) berkongsi kisah anaknya yang tidak lagi melompat-lompat dan memanjat-manjat di atas sofa, terutamanya apabila ke rumah orang. Puan H menyediakan tilam khas untuk anak melompat di rumah. Puan H berpesan dan menetapkan ‘rule’ yang anak boleh melompat selama mana yang anak mahu tetapi hanya di atas tilam tersebut. Semenjak anak berpeluang melompat tanpa dimarah atau dihalang oleh Puan H, lama-kelamaan anak sudah tahu batasannya dan tidak lagi melompat di tempat yang tidak sepatutnya.
Tips:
Apabila kita menyediakan ‘environment’ dan peralatan yang sesuai dengan naluri dan jiwa anak, insya Allah tingkah laku yang memeningkan kita akan berkurang. Sesetengah tingkah laku negatif berlaku kerana kecenderungan dan keperluan semulajadi seorang anak terhalang.
Anak remaja juga begitu. Remaja (usia 11-18) sukakan aktiviti yang mencabar. Mereka adalah risk taker. Sediakan ruang dan peluang untuk mereka melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan sifat semulajadi mereka tetapi dalam batas dan nilai yang betul. Jika mereka dikongkong dan tidak diberi kebebasan untuk memilih dan berfikir dengan sendiri, mereka akan memberontak.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect