Setiap contengan anak kecil yang belum boleh menulis ABC mempunyai idea, makna dan ceritanya yang tersendiri. Jika kita menghalang atau menghadkan contengan ini tanpa menunjukkan minat untuk mengetahui apa yang tersirat di sebalik contengan, lama-kelamaan corak pemikiran, idea dan kreativiti anak akan terbantut. Situasi ini akan diburukkan lagi sekiranya kita hanya menyuruh anak-anak menulis ABC berpuluh-puluh atau beratus-ratus kali tanpa apa-apa makna (meaning).
Penulisan (writing) mewakili pemikiran, bukan hanya motor skill.
1) Apabila anak menconteng, melukis atau menulis walau dengan ABC yang tidak betul, tanyalah anak apa maksud di sebalik contengan,lukisan atau tulisan tersebut.
2) Dengar anak bercerita.
3) Tunjukkan minat pada idea anak.
4) Ibubapa/guru kemudiannya tuliskan semula idea anak dengan menggunakan ayat yang sempurna (bukan bahasa sms/wassap/pasar) dan lekatkan bersama contengan/penulisan anak tadi.
Lama-kelamaan anak dengan sendirinya akan bermotivasi untuk menulis dan meluahkan idea kerana usaha dan idea mereka dihargai dan tidak dihalang.
Inilah teknik awal dan mudah untuk memupuk KBAT (Kemahiran Berfikir Atas Tinggi) di kalangan anak-anak.
Sumber:
‘Nurturing Critical Thinking Skills in Young Children Through Literacy.’
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect