Ibubapa memainkan peranan yang paling penting dalam pendidikan holistik anak-anak, bukannya guru.
Masa anak-anak bersama guru dalam setahun hanyalah 35 jam seminggu selama 40 minggu.
Permuafakatan (school-parent partnership) perlu diwujudkan demi kejayaan anak di sekolah tersebut. Kejayaan bukanlah bermakna memperoleh semua A sahaja. Konsep berjaya sebagai seorang insan adalah lebih luas dari itu.
Jika permuafakatan sukar diwujudkan, jika kata-kata yang keluar dari mulut kita di hadapan anak hanyalah yang negatif tentang sekolah atau guru, mungkin sekolah itu bukanlah yang terbaik untuk perkembangan dan pendidikan anak kita. Usah dilunturkan rasa hormat anak kepada guru kerana permuafakatan itu gagal di satu sekolah. Cari alternatif.
Parents, It’s Time To Stop Undermining Our Kids’ Teachers
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect