Dua sifat kanak-kanak yang perlu diketahui
1) Egosentrik
Kanak-kanak belum mahir melihat sesuatu dari perspektif orang lain. Mereka andaikan bahawa orang lain melihat, mendengar dan merasa sebagaimana mereka.
2) Impulsif
Semua tindakan kanak-kanak dibuat tanpa berfikir. Bahagian otak yang membantu membuat keputusan yang rasional belum berkembang.
Oleh itu menjadi tanggungjawab orang dewasa untuk mendidik dan membantu kanak-kanak untuk menilai apa yang betul dan apa yang salah.
Menjadi tanggungjawab kita untuk membimbing mereka melihat sesuatu dari perspektif orang lain juga supaya tidak menjadi angkuh dan individualistik.
Buku: Secrets Of Happy Children
Steve Biddulph
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect