“You know what? I couldn’t relate to that video.”
Kata Paul (bukan nama sebenar) yang menghadiri sesi parenting di London baru-baru ini.
Kami menonton kisah seorang ayah yang membantu anaknya bangkit dari kegagalan.
Menurut Paul, hubungannya dengan ayahnya tidak rapat. Oleh sebab itulah video itu tidak terkesan pada emosinya walaupun ramai yang mengesat air mata ketika menonton.
Kini apabila dia sendiri menjadi seorang ayah kepada dua orang anak berusia 3 dan 5 tahun, dia tidak mahu membesarkan anak-anaknya seperti ayahnya.
“But sometimes I found myself yelling at my little children to get them do things or stop doing something”. Ucap Paul dengan nada kesal.
Menurut Paul lagi, isterinyalah yang menasihatkan agar dia menghadiri sesi tersebut supaya dia dapat belajar kaedah lain untuk mendidik anak selain kaedah ‘yelling’ yang di’pelajari’nya dari kecil. Bagi Paul itulah yang merenggangkan hubungannya dengan ayahnya.
Panjang lagi luahan Paul sebenarnya tetapi kesimpulan dari perbualan kami,
‘It’s ok’ kalau kita membesarkan anak dengan kaedah yang berbeza dari cara kita dibesarkan JIKA kita rasakan itu lebih sesuai untuk anak-anak kita.
Melakukan sesuatu yang berbeza bukanlah bermakna kita membenci kedua ibubapa yang susah payah membesarkan kita dengan cara mereka.
Anak kita berbeza daripada kita semasa kecil dahulu.
Zaman anak kita juga berbeza.
Apa yang paling mengkagumkan saya adalah kesanggupan Paul untuk menurut kata isterinya agar menghadiri sesi parenting. Dia mengenepikan egonya sebagai seorang suami untuk belajar menjadi seorang ayah yang akan mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan anak-anaknya sehingga dewasa.
Pengalaman adalah guru yang terbaik kita sebagai ibubapa.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect