Parents The #1 Teacher’ – AlimKids Putra Heights

Alhamdulillah
Terima kasih kepada semua yang hadir ke slot
‘Parents The #1 Teacher’ anjuran AlimKids Putra Heights semalam. A very responsive, participative, and happening crowd indeed. Thank you.

alimkids

Salah satu aspek yang diperbincangkan adalah bagaimana ibubapa dan juga guru perlu menunjukkan teladan yang baik kerana fasa pertama dan paling berkesan untuk pembelajaran adalah meniru. Saya juga menerangkan bagaimana proses meniru berlaku dalam otak.

Ketika slot hampir sampai ke penghujung, seorang anak kecil berusia lingkungan 3 tahun berdiri di hadapan semua peserta sambil meniru gaya saya mengendalikan slot tersebut.
Dia meniru, bukan mengejek.
Apabila semua mata memberi tumpuan kepadanya, dia semakin yakin dan terus meniru.
Ini membuktikan bahawa hanya dalam masa yang singkat, anak kecil sudah boleh meniru, bagaimana pula jika terdedah kepada unsur negatif yang berpanjangan?

Apabila kita memberi perhatian kepada tingkahlaku yang positif, semakin kerap kita akan melihat anak melakukannya.
Sebaliknya jika kita memberi tumpuan kepada yang negatif dan mencari silap sahaja, itulah yang kerap kita lihat pada anak-anak kerana dia mendapat perhatian.

Terima kasih nak, menjadi real life example semalam. 😊

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Seminar Kenali Perkembangan Kritikal Anak Anda

Satu inisiatif yang sangat baik oleh Unit Audiologi dan Unit Pertuturan Hospital Ampang.

 

seminardigitalampang

Seminar yang menghimpunkan Audiologis, Pegawai Pertuturan, Jurupulih Carakerja dan Pakar Psikiatri dari Hospital Ampang dan saya sendiri dari bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Keibubapaan, dianjurkan untuk mendidik ibubapa dan individu yang terlibat dengan kanak-kanak untuk memahami perkembangan kanak-kanak (Child Development).

Setiap tingkahlaku anak ada sebabnya dan mereka bukan sengaja hendak menjadi ‘nakal’ atau ‘degil’ seperti yang selalu kita labelkan.

Anak yang mempunyai isu dari segi perkembangan fizikal – motor kasar, motor halus, sensori, koordinasi, dan perkembangan bahasa dan pertuturan – termasuk pendengaran, akan menghadapi kesukaran dari segi pembelajaran, emosi, sosial dan juga tingkahlaku jika mereka tidak dibantu dari awal.

Dari usia awal, semua perkembangan harus diberi penekanan yang seimbang kerana setiap satu adalah berkait antara satu dengan lain.

Perlu diketahui bahawa penggunaan gajet yang tidak terkawal dan sering dijadikan ‘babysitter’ adalah antara punca utama ramai kanak-kanak sekarang mempunyai isu dari aspek-aspek yang disebutkan.

Pantau dan peka dengan perkembangan anak-anak anda dan dapatkan bantuan kiranya perlu. Setiap anak mempunyai keunikan dan keupayaan yang tersendiri yang harus dipupuk dan dirai.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Forum Tadika Ceria az-Zahrah

forumazzahra

Forum di Klang semalam.

Terima kasih kepada semua ibubapa dan pendidik yang sanggup meluangkan masa pada pagi Ahad untuk hadir.

azzahrah

 

Dalam mendidik anak-anak pada usia awal, apa yang paling penting adalah untuk kita memahami perkembangan kanak-kanak dan juga perkembangan individu anak. Kita tidak boleh menilai anak dengan membanding-bandingkan dengan kemampuan anak yang lain yang kita lihat di FB atau IG, ataupun saudara-mara yang lain.
Jika kita memberi tekanan yang melampaui tahap perkembangan anak tersebut, ia dikenali sebagai intellectual abuse. Walau bagaimanapun jika kita membiarkan terus tanpa stimulasi yang sepatutnya, ia adalah intellectual neglect.

Carilah keseimbangan.

Kita tidak boleh cepat melabel anak-anak sebagai Autistik atau ADHD hanya berdasarkan satu tingkah laku.

Jika anak asyik mengadap gajet dan tidak pandai bersosial jangan terus melabel sebagai Autistik.

Kita perlu membawa anak berjumpa pakar kanak-kanak untuk membuat penilaian yang profesional. Intervensi adalah perlu.

Terima kasih kepada Tadika Ceria Az Zahrah yang menganjurkan forum ini dan telah lebih 20 tahun menyumbang pada bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia ini.
Semoga Allah merahmati setiap titik peluh dan usaha tim TCAZ.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Persediaan Pendidikan Anak-anak Era Digital.

eradig200217

Persediaan Pendidikan Anak-anak Era Digital. Seminar Hingga Ke Syurga.
Alhamdulillah.

Beribu penghargaan kepada pihak penganjur, Langit Ilahi. 
Semoga Allah SWT merahmati setiap usaha dan titik peluh tuan/puan/saudara/saudari sekalian .

Terima kasih kepada semua peserta yang menghadiri dari pagi hinggalah ke slot saya yang terakhir di petang hari. Walau kepenatan tetap ditekuni juga. Semoga ada ilmu dan manfaat yang dibawa pulang dari setiap penyampaian.

Saya menerima banyak mesej daripada peserta-peserta. Maaf jika mengambil masa untuk membalas. Insya Allah saya akan membaca satu persatu.

‘Parenting’ adalah satu perjalanan yang berliku. Kita memulakan perjalanan itu dengan ilmu, doa dan keberserahan kepada Allah SWT. Adakalanya kita mungkin tersilap percaturan, kerana kita tidak sempurna. Teruskan belajar dan didiklah anak-anak mengikut zaman di mana dia dibesarkan.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Apabila Anak Menguji Kesabaran

anakkesabaran

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua yang telah menghadiri sesi “Apabila Anak Menguji Kesabaran”. Yang datang dari KL walau ramalan trafik membimbangkan. Yang datang dari hujung Selangor. Dan juga yang datang dari sejauh-jauh Perlis dan juga dari Melaka. Terima kasih semua.

Semoga bermanfaat untuk semua tidak kira anda belum berkahwin, pengantin baru, menunggu kelahiran cahaya mata, yang sudah pun menjadi ibubapa dan juga guru-guru.

Terima kasih juga atas segala perkongsian pengalaman dan cabaran, pandangan, dan ‘participation’ ketika sesi. Saya juga banyak belajar daripada anda semua. 🙂

‘Feedback’ dan cadangan untuk sesi akan datang amat saya hargai.

“We do not have control over our child’s basic temperament but we can choose to alter our response to him.”
Mary Sheedy Kurcinka

Apabila Anak Menguji Kesabaran 2.0 next insya Allah.
🙂

 

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Sesi 0-6 Tahun: Apa Yang Perlu Difahami di Sandakan Sabah

0-6SDK

Terima kasih kepada pihak penganjur OUM Sandakan dan Maman Care dan yang berusaha Puan Shahirla dari Tadika ABS Ibnu Sina Sandakan.

Usia awal kanak-kanak adalah usia memupuk kemahiran berfikir, keyakinan diri, jati diri, sifat kepimpinan, empati, dan keupayaan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Inilah usia optimal untuk memupuk skil-skil penting yang akan dibawa sehingga dewasa. Penekanan yang harus diberikan oleh ibubapa dan guru bukan hanya pada 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja.

Isu buli yang kita lihat hari ini di kalangan anak remaja juga adalah hasil dari didikan (dan kurangnya didikan) yang sepatutnya diberikan ketika usia 0-6 tahun.

Terima kasih kepada semua peserta yang begitu ‘sporting’ memegang watak ketika role play dan juga yang berkongsi cabaran masing-masing.

 

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Sesi ‘0-6 Tahun: Apa Yang Perlu Difahami’.

0-6photo

Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua ayah, ibu dan guru-guru yang datang dari KL, Selangor dan luar KL hingga ke Perlis. Alhamdulillah.

Semoga ada ilmu yang bermanfaat yang dapat dipraktikkan untuk mendidik anak-anak yang mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Terima kasih kerana sangat responsif berkongsi pendapat dan pengalaman.
Segala feedback yang telah diberikan amat saya hargai. Terima kasih.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

0-6: APA YANG PERLU DIFAHAMI

0-6poster

“Saya tengok anak kawan saya tu senang saja ikut arahan, anak saya ni susahnya nak dengar kata.”
“Anak jiran saya tu pandai memanjat di playground. Tengok dia rock climbing, jelesnya. Anak saya ni slownyalah alahai.”
“Anak murid yang ini sekali tunjuk saja dah tahu macam mana nak buat. Anak murid sorang lagi tu, tunjuk banyak kali pun tak dapat-dapat.”

Anda biasa dengan dialog dan situasi ini?

Anak-anak seumpama biji benih. Untuk ia tumbuh, mekar berbunga dan sihat berbuah memerlukan cahaya, air, karbon dioksida, baja dan penjagaan yang secukupnya. Tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih. Kurang akan membantutkan dan lebih akan memudaratkan.

Pada usia 0-6 tahun anak-anak menyerap apa saja di sekeliling mereka, baik atau buruk.
Pada usia 0-6 tahun 80% otak terbentuk dan menjadi asas kepada perkembangan seterusnya.
Pada usia 0-6 tahun pembelajaran berlaku paling pesat dalam diri seorang individu berbanding usia lain kemudiannya.
Apakah keperluan penting anak ketika usia ini yang akan menjadikan mereka seorang yang mempunyai karakter, jiwa, intelek, fizikal dan emosi yang sihat?
Bagaimanakah penggunaan teknologi/gajet yang betul oleh anak supaya anak memiliki skil IT dan tidak ketagih games?

Parent Connect membawa bengkel keibubapaan khusus untuk ibu bapa, guru-guru, penjaga malah datuk dan nenek kepada anak-anak berusia 0-6 tahun atau sesiapa saja yang berminat.. Melalui sesi ini sama-sama kita bincang dan fahami keperluan asas penting bagi memupuk perkembangan karakter, emosi, intelek, di samping merai kelebihan individu yang dianugerahkan Allah kepadanya. Memahami cabaran-cabaran dalam membesarkan generasi Alpha.

Jom sertai bengkel keibubapaan
0-6 TAHUN: APA YANG PERLU DIFAHAMI

TARIKH: Sabtu 13 Ogos 2016
MASA: 9.30 pagi – 1.30 petang
TEMPAT: Ara@Gaya Melawati
B4-1-1, Gaya Melawati, Jalan Bandar Melawati,
53100 Melawati, Kuala Lumpur

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect