Sayangkan anak bukan hanya peluk cium gomol dan beri kesenangan material.
Sayangkan anak juga menuntut ibubapa berbuat apa sahaja untuk memastikan keselamatan fizikal mereka.
Jika ibubapa memiliki gajet yang canggih, sentiasa upgrade telefon bimbit, mampu bayar TV satelit tiap-tiap bulan, maka tidak ada alasan untuk tidak membeli car seat untuk anak.
Anak menangis tidak mahu duduk?
Anak-anak yang berjaya duduk atas car seat semuanya begitu. Tetapi lama kelamaan mereka OK sebab ibubapa tidak mengalah. Ibubapa terpaksa keraskan hati kerana mereka tahu itu hanya sementara. Ibubapa tersebut berfikir jauh mahukan anak selamat. Ibubapa tersebut tahu ajal dan maut di tangan Allah tetapi mereka perlu berusaha untuk pastikan keselamatan anak.
Sebaiknya anak yang baru lahir terus letak atas car seat. Itu fasa paling mudah dibentuk. Anak besar wajibkan pakai tali pinggang. Jadikan itu peraturan keluarga. Kereta tidak akan bergerak selagi tidak ikat atas car seat dan tidak pakai tali pinggang.
Dalam insiden yang disebut dalam artikel ini, kereta bergerak perlahan kerana kesesakan lalulintas tetapi anak tetap terpelanting apabila dihentam dari belakang.
Dalam satu insiden yang serupa, kedua-dua anak selamat kerana duduk atas car seat.
Ada ibubapa yang ingin berkongsi success story letakkan anak atas car seat untuk panduan bersama?
Silakan. 😊
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect