Apabila anak minta gajet, kita sediakan kemahuannya kerana kita mahu anak ‘happy’.
Apabila anak bermain ‘game’ tanpa henti, kita diam saja kerana kita mahu anak ‘happy’.
Apabila anak tidur lewat menonton tv hingga lewat malam, kita izinkan kerana kita mahu anak ‘happy’.
Apabila anak melawan cakap kita, kita menangis keseorangan tanpa tindakan kerana kita mahu anak ‘happy’.
Apabila anak boros berbelanja (wang kita) untuk memenuhi kemahuannya, kita biarkan saja kerana kita mahu anak ‘happy’.
Apabila anak tidak cukup berusaha sedangkan kita tahu dia berpotensi, kita redha saja kerana kita mahu anak ‘happy’.
‘Happy’ sangat penting kerana ‘stress’ memudaratkan kesihatan fizikal dan emosi anak.
Walau bagaimanapun bukanlah matlamat dan tanggungjawab ibubapa untuk membuatkan anak ‘happy’ sepanjang masa tetapi tidak boleh ditegur dan dibimbing.
Membiarkan anak tanpa rutin, jadual, dan peraturan dan memberikan ‘authority’ kepada anak untuk bebas mengikut kemahuannya hanyalah melahirkan anak yang tidak ‘happy’ dan tidak pernah cukup dalam hidupnya.
Jika matlamat hanyalah supaya anak ‘happy’, anak tidak akan tahu bagaimana untuk mengawal marah, kecewa dan sedih secara positif kerana dia tidak faham apa ertinya perasaan ini. Anak tiada empati.
BAGAIMANA MEMBESARKAN ANAK YANG ‘HAPPY’ DAN BERTANGGUNGJAWAB?
1) Sediakan rutin dan jadual seharian yang produktif supaya amalan akhirnya menjadi ‘habit’.
Tetapkan masa untuk bangun, solat, makan, mandi, aktiviti bebas, bermain, membaca, menelaah, mengaji, menonton tv, menggunakan gajet, dan tidur.
Insya Allah anak rasa lebih selamat kerana hidupnya teratur. Anak juga tidak ketagih gajet kerana masanya terancang
2) Adakan peraturan di rumah supaya anak dapat bezakan yang baik dan yang buruk, yang selamat dan yang bahaya, yang sihat dan yang memudaratkan.
Insya Allah anak akan lebih kritis dan matang dalam membuat keputusan.
3) Galakkan anak-anak membuat ‘house chores’ (kerja rumah) bersama-sama. Menyapu, mem’vacuum’, mengelap, buang sampah, kemas bilik, cuci bilik mandi dan tandas, menyediakan makanan, kemas meja makan, basuh pinggan mangkuk dan sebagainya yang bersesuaian dengan usia.
Insya Allah anak akan menghormati hak dan keperluan orang lain juga dan tidak menjadi individualistik.
4) Bawa anak untuk membantu orang yang lebih miskin, orang yang kurang upaya, dan orang yang memerlukan bantuan.
Insya Allah anak akan mensyukuri kesenangan hidupnya dan mempunyai empati terhadap orang lain.
5) Didik anak untuk peka, peduli dan berani ‘stand up’ kepada rakan dan sesiapa saja yang dibuli, begitu juga kepada golongan, bangsa dan negara yang dizalimi.
Insya Allah anak akan faham bahawa matlamat hidup bukan hanya untuk memenuhi kemahuan diri.
Biarlah anak ‘happy’ dengan menjadi bertanggungjawab terhadap dirinya, keluarga, masyarakat dan agama.
Ini boleh dipupuk dari kecil ketika dia bermain dan belajar Alif Ba Ta, ABC, dan I23.
“The lowest of all pursuits in your life is happiness”.
A mind blowing and powerful reminder by Ust Nouman Ali Khan.
Jika anda mempunyai anak berusia 10 tahun ke atas, dengarlah bersama-sama dengan anak.
Link youtube: https://www.youtube.com/watch?v=mSQh8H1FW_I
https://www.youtube.com/watch?v=drgXjLcrHow
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect