Bersama-sama dengan kumpulan pakar dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari pelbagai agensi untuk membincangkan penambahbaikan bagi Kurikulum PAKK Malaysia.
Pendidikan adalah proses yang berpanjangan dan berterusan melibatkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, bukan setakat pandai membaca dan mengira sahaja.
Jika kita ingin melihat proses itu membuahkan hasil yang baik bagi anak-anak kita, ia mestilah melibatkan kerjasama antara Kerajaaan, TASKA/Tadika/Sekolah, pendidik, ibubapa dan juga masyarakat umum.
Semua pihak mesti memainkan peranan masing-masing, bukan hanya mengharapkan keajaiban dari satu pihak sahaja.
Doakan kerangka yang dibincangkan dan akan dibentangkan oleh pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada YB Menteri Pendidikan ini akan diterima baik.
Demi anak-anak kita.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect