Pernah baca tentang William James Vahey?
James Vahey juga seorang guru, sama seperti Richard Huckle (guru Bahasa Inggeris) yang ditangkap dan dibicarakan di UK dan didapati terlibat dengan aktiviti pedofilia melibatkan 200 kanak-kanak di MALAYSIA.
Bezanya Vahey adalah seorang guru di International Schools di serata dunia, yang maklum pelajarnya terdiri daripada golongan berada dan elit.
Huckle pula banyak menyusup masuk di kalangan golongan sosio ekonomi yang berbeza.
PENGAJARANNNYA: Semua kanak-kanak tidak kira kaya atau tidak, menjadi ‘target’ paedophile. Jadi jangan rasa “Anak saya ok, selamat je” maka “why should I bother?”
Kita kena unite. Every child is our child.
Kegiatan Vahey terbongkar setelah 40 tahun apabila ‘pen drive’nya dicuri di sekolah. Dia akhirnya membunuh diri pada tahun 2014 ketika berusia 64 tahun.
MODUS OPERANDI Vahey: (Penting untuk tahu)
1) Bina populariti di kalangan para pelajar dengan menggunakan kaedah mengajar yang berbeza dari guru lain. Menjadi coach basketball.
2) Mengambil hati ‘superior’ dan ibubapa sehingga menerima anugerah guru. Namun sikapnya tidak disenangi oleh rakan sekerja.
3) Menjadi pencetus idea di semua sekolah yang pernah dia bekerja untuk memulakan aktiviti ‘adventure’ dan ‘school trips’ sehingga ke luar negara (maklum International Schools banyak budget). Ketika inilah kegiatannya dijalankan. Walaupun ramai pelajar, dia tidak mahu guru lain ikut. Kalau ada pun seorang sahaja.
4) Dia melalikan pelajar dengan sleeping pills dan kegiatan jijiknya dijalankan ketika pelajar tidak sedar. Tetapi ada kes di mana pelajar merasa pelik apabila bangun memakai underwear kawan dan sebaliknya.
5) Tidur bersama di khemah pelajar. (Guru sepatutnya tidur di khemah/bilik berasingan. Jadi jangan terlalu ‘excited’ dan rasa selamat jika anak tidur sebilik dengan guru ketika trips).
6) Membawa pelajar yang sakit untuk tidur di biliknya kononnya untuk dijaga/rawat.
7) Ada juga ibubapa yang meminta Vahey ‘babysit’ anak lelaki mereka ketika ada urusan. Anak lelaki menjadi mangsa.
(Who would have suspected? He was married with children).
8) Dia mempunyai ‘kabel’ yang kuat. Isterinya adalah Deputy/ Head of School dan lama-kelamaan jadi Head of European Council of International Schools. (Isteri tidak tahu kegiatannya). Jadi, kakitangan yang mengesyaki takut hendak melaporkan.
BAGAIMANA DIA BERMULA?
1) Dia sendiri menjadi mangsa ketika kecil.
(Sebab itulah sangat penting untuk kita aware dan pantau anak-anak kita. Dengan siapa anak kita berada? Siasat penjaga anak-anak kita. Jangan husnudzon (sangka baik) tak kena tempat.
DONT TRUST ANYONE! ANYONE! 90% pemangsa adalah orang yang dikenali anak, bukannnya ‘stranger’. Anak yang menjadi mangsa jika diabai berkemungkinan jadi pemangsa juga).
2) Dia sendiri memulakan kegiatannya ketika berusia 14 tahun ketika menyertai Boys Scout. Dia menyentuh ‘parts’ pelajar lain.
3) Ketika bekerja sebagai guru pembantu ketika berusia 19 tahun (1969) dia didapati bersalah bermain dengan ‘private parts’ pelajar lelaki berusia 7 tahun ketika aktiviti berenang.
BAGAIMANA BOLEH TERLEPAS SELAMA 40 TAHUN?
1) Vahey dipenjarakan dan namanya dimasukkan ke dalam ‘sex offenders’ register pada tahun 1970 apabila dibebaskan.
(Malaysia tiada sex offenders list. How convenient. Kita tiada database mereka yang pernah terlibat dengan sex offence crime dan yang pernah dera kanak-kanak secara seksual. Sigghh!!!. Pelajar Malaysia yang ditangkap di London entah di mana dia sekarang. Jadi sesiapa saja boleh bekerja dengan kanak-kanak di Taska, sekolah, institusi).
Bila ada sex offenders list, majikan boleh merujuk list apabila hendak menggaji pekerja untuk memastikan dia ‘clean’).
Walau bagaimanapun Vahey tidak melapor diri dan tidak menukar alamat apabila pindah. Dia berpindah ke luar negara. Pada tahun 2004 namanya terus lenyap dari ‘register’.
(Ini kesilapan besar di pihak ‘authority’ US).
2) Dia bekerja di Iran, Beirut, Dhahran, Saudi, Madrid, Athens, Jakarta, London dan Nicaragua.
(Orang putih pergi mana-mana pun orang sanjung. Macam Huckle jugak. Jangan taksub sangat).
Selalu-selalulah tanya anak tentang aktiviti sekolah dan juga kegiatan luar sekolah.
Pantau emosi anak. Jika anak tidak suka ke sekolah, baby sitter dsbnya, perlu curious kenapa.
Jika anak cerita tentang sesuatu yang dia tidak selesa, jangan cepat sangat cakap kepada anak,
“Ishh!! Tak baik cakap macam tu tentang cikgu kamu. Berdosa. Takkan dia macam tu.”.
Siasat dulu. Ramai manusia yang ‘sakit’ tak kira apa jawatannya.
Cikgu-cikgu (lelaki dan perempuan) yang suka buat sexual remarks/menggatal sepatutnya dilaporkan kerana ini tanda ‘sakit’. You wouldn’t want your children to be around them.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect