Baru selesai workshop “Raising Girls: Perfectionism and Self Esteem”.
Ibubapa perlu tahu bahawa anak-anak perempuan sekarang sangat terkesan dengan pengaruh-pengaruh di media cetak, media elektronik dan lebih teruk lagi di media sosial. Cabaran yang terpaksa mereka lalui berbeza dari cabaran yang dilalui para ibu ketika kecil dulu. Contoh yang paling jelas adalah, anak kecil pun sudah mula mengaitkan kecantikan dengan “berkulit putih” kerana pemikiran mereka sering dihentam dengan mesej tersebut oleh media dan iklan. Begitu juga dengan fenomena Giyomi suatu masa dulu yang ‘viral’ dan menjadi ikutan ramai remaja perempuan.
Bagi ibubapa yang mempunyai anak perempuan yang masih kecil, pembinaan percaya diri (self esteem) dan yakin diri (self confidence) adalah sama penting dengan mengajar membaca, menulis dan mengira.
Apakah ciri-ciri anak perempuan yang mempunyai self esteem yang tinggi?
- menghargai orang lain; tidak menjatuhkan atau memperlekehkan orang lain untuk menaikkan diri sendiri.
- tidak terlalu bergantung kepada persetujuan orang lain, sebaliknya berupaya berfikir dan menyelesaikan masalah dengan sendiri. Ini penting supaya mereka mempunyai prinsip hidup yang kukuh
- tidak mudah dipengaruhi dan mudah berkata ‘tidak’ kepada tekanan rakan sebaya.
- berupaya berkomunikasi dengan baik (menggunakan bahasa yang elok) dan berupaya membentuk perhubungan yang positif dengan orang lain.
- bertimbang rasa namun tegas.
- bertanggungjawab ke atas perbuatan/kesilapan sendiri (tidak menafikan, mencari helah, menipu atau menyalahkan orang lain).
- sentiasa bersedia dan ingin mencuba sesuatu yang baru dan positif, bersedia mengambil risiko dan beristiqomah (persevere), tidak cepat putus asa.
- lebih tabah menghadapi kegagalan dan ujian.
Jika kita inginkan anak-anak perempuan kita mempunyai ciri-ciri tersebut, Jom! Tanamkanlah percaya diri dalam diri mereka.
Biar mereka tahu “it’s ok to be different”. Peranan seorang ayah adalah sangat penting dalam proses ini kerana anak perempuan perlukan ‘role model’ lelaki dalam hidup mereka. Ayahlah yang perlu memikul tanggungjawab itu, bukannya lelaki lain.
(Mothers, feel free to share and tag your daughters’ father)
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy.
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect/