Teringat saya akan Mum and Child event semasa Family Day sekolah anak saya beberapa tahun lalu. Anak saya berusia 5 tahun pada masa itu. Dalam acara ini, anak dikehendaki mencari barang dalam longgokan barang-barang di atas tanah.
Ibu akan membacakan satu persatu barang dari senarai yang diberikan, anak perlu berlari ke longgokan tersebut, cari barang dan kembali semula kepada ibu untuk memasukkan barang tersebut ke dalam bakul berhampiran ibu.
Salah satu barang dalam senarai yang saya ingat adalah ‘book’.
Apabila saya membacakan ‘book’ dari senarai, anak saya terus berlari ke longgokan tersebut. Dia kelihatan tercari-cari buku walaupun banyak buku di situ termasuklah di depan matanya. Anak lain sudah pun berlari kembali dan memasukkan buku ke dalam bakul masing-masing. Agak lama juga anak saya tercangak-cangak di situ. Tanpa membawa buku, dia berlari kembali ke arah saya.
“Kenapa tak ambil book?” tanya saya.
“Whats the title of the book, Ummi?”
“Ambik saja buku apa pun, any book” balas saya.
Dia masih tidak berpuas hati “Tapi semua book ada title Ummi, which book?”.
Kesudahannya, kami tidak menang dalam Mum and Child event tersebut kerana lambat mengumpul barang-barang.
Tidak mengapa, winning or losing does not matter at that age, namun ada pengajarannya dari peristiwa tersebut
Pengajarannya:
Kita hendaklah sebutkan secara jelas dan terperinci apa yang kita harapkan daripada anak-anak.
Anak kecil terutamanya, belum boleh berfikir secara abstrak, mereka perlu arahan yang jelas. Setiap anak mempunyai pemahaman dan persepsi yang berbeza tentang sesuatu arahan.
Anak remaja juga begitu, tafsiran mereka tentang sesuatu mungkin berbeza dari tafsiran kita. Jadi janganlah mengandai (assume) bahawa mereka faham sefaham-fahamnya apa yang kita maksudkan.
Jika arahan atau permintaan kita tidak jelas, sukar untuk anak-anak tunaikan dan ikut. Anak-anak sekarang sangat bijak, adakalanya mereka perlukan penjelasan daripada kita. Ambillah masa untuk menerangkan, bukan hanya berkata “Because I say so”.
Itulah salah satu sebab kenapa anak tidak mendengar kata.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect