Apabila anak minta gajet, kita sediakan kemahuannya kerana kita mahu anak ‘happy’.
Apabila anak bermain ‘game’ tanpa henti, kita diam saja kerana kita mahu anak ‘happy’.
Apabila anak tidur lewat menonton tv hingga lewat malam, kita izinkan kerana kita mahu anak ‘happy’.
Apabila anak melawan cakap kita, kita menangis keseorangan tanpa tindakan kerana kita mahu anak ‘happy’.
Apabila anak boros berbelanja (wang kita) untuk memenuhi kemahuannya, kita biarkan saja kerana kita mahu anak ‘happy’.
Apabila anak tidak cukup berusaha sedangkan kita tahu dia berpotensi, kita redha saja kerana kita mahu anak ‘happy’.Read More »
Anak kecil tidak ‘misbehave’.
Anak kecil tidak ‘misbehave’.
Mereka behave secara positif atau negatif untuk menyampaikan sesuatu.
‘Behaviour’ adalah cara untuk anak berkomunikasi.
Galakkan anak menggunakan ‘perkataan’ untuk menyampaikan keperluan dan perasaan.
“You will not get anything by crying. You will not get anything by screaming. Talk to me. Tell me when you feel better”.
Anak remaja (10 tahun ke atas) memerlukan telinga yang mendengar.
Listen! Listen! Listen.
Ajar mereka perkataan dan tindakan yang positif untuk menyampaikan keperluan dan perasaan.
Be the role model.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy.
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect
Adakah Anda Ibubapa Yang Melahirkan Pembuli?
Video pelajar sekolah sedang dibuli ini sedang berlegar-legar di FB sejak semalam. Kita terlalu kerap disajikan dengan video buli di sekolah-sekolah sekarang ini. Saya khuatir kiranya lama-kelamaan masyarakat menjadi ‘desensitised’ (tidak lagi sensitif) dengan isu buli sebagaimana masyarakat kita menjadikan ‘wrestling’ di kaca tv itu satu hiburan dan menjadikan ‘prank’ dan ‘prank calls’ atau panggilan hangit sebagai satu lawak jenaka.

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, tahun lepas sahaja kes buli di sekolah-sekolah berjumlah sebanyak 3000 kes. Nampaknya buli adalah isu yang sangat serius. Ini tidak termasuk di luar sekolah. Satu kes buli sahaja sudah cukup untuk menunjukkan kerosakan dalam masyarakat, apatah lagi 3000 kes.
Kita sering memfokuskan pada pihak sekolah dan guru yang tidak boleh merotan dan menghukum pelajar yang bermasalah ini. Kita juga sering memfokuskan kepada pelajar dan berharap supaya mereka dimasukkan ke dalam penjara dan rasa bagaimana dibuli oleh banduan yang lain. (Mengharapkan pelajar yang membuli dibuli orang lain adalah satu ironi).
Jangan kita lupa bahawa ibubapa adalah pendidik utama seorang anak. Dalam kes buli sebegini sepatutnya ibubapa juga dibawa ke ‘tengah’.
KAJIAN yang dibuat di University of Warwick pada tahun 2013 mendapati bahawa penerapan ‘problem solving skil’ adalah kaedah yang terbaik untuk mengurangkan kemungkinan anak menjadi seorang buli ataupun menjadi mangsa buli.
Seperti yang saya selalu sebut, problem solving skill bukan hanya untuk subjek matematik sahaja. Problem solving sepatutnya diperluaskan lagi kepada subjek ‘life skill’ di sekolah-sekolah dan di rumah.
Jika berhadapan situasi begini apa yang patut dibuat?
Bila marah, kecewa apa patut dibuat?
Dari peringkat pra sekolah lagi anak sudah menunjukkan keupayaan ‘problem solving’. Usah dimatikan sifat semulajadi ini dengan hanya memfokuskan pada membaca menulis, mengira dan akademik sahaja sehingga melahirkan zombi yang tiada empati.
KAJIAN yang dibuat oleh Batsche dan Knoff pada tahun 1994 mendapati bahawa ibu/bapa kepada anak yang menjadi pembuli mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah yang rendah. Ibubapa ini akan cepat melenting pada provokasi. Anak-anak belajar. Anak-anak meniru.
KAJIAN selama 30 tahun mendapati bahawa keluarga pembuli mempunyai ciri-ciri tersebut:
- Ibubapa yang tidak atau kurang terlibat dalam urusan anak-anak.
- Mempunyai sedikit atau tiada langsung peraturan dalam rumah untuk membimbing tingkah laku anak. House rules sangat penting.
- Jika ada pun, peraturan terlalu rigid dan digunakan untuk menghukum bukan untuk membimbing.
- Ibubapa (dan keluarga) tidak terlibat dalam aktiviti masyarakat.
- Ibubapa yang berantakan dan tiada harmoni dalam keluarga.
- Sikap dan bahasa yang digunakan ibubapa hanya menggalakkan anak menjadi buli secara tidak sedar.
Jika video buli viral lagi di media sosial, ingatlah inilah ciri-ciri keluarga anak yang membuli itu. Bukanlah anak sahaja memerlukan bimbingan, ibubapa juga memerlukan bantuan untuk mengemudi keluarga. Ini bukan isu rotan atau tidak rotan semata-mata.
KBAT, HOTS, problem solving, decision making, rational thinking, critical thinking, taxonomy of thinking, semua ini adalah elemen untuk belajar tentang kehidupan bukan untuk lulus peperiksaan.
Selain itu didiklah juga anak-anak kita menjadi individu yang ‘stand up’ untuk membela kawan yang dibuli. Jangan hanya menjadi pemerhati ‘bystander effect’ dan lebih parah lagi yang menyorak seperti dalam video yang selalu kita tonton.
“It takes a village to raise a child.”
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect
Ciumlah dan Peluklah Anak-anak Sentiasa

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Rasulullah (ﷺ) mencium cucu Baginda Hasan dan Husin di hadapan Al-Aqra’ bin H`Abis at-Tamim. Al-Aqra berkata,”Aku mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak seorang pun pernah ku cium.”
Rasulullah (ﷺ) memandangnya seraya berkata, “Sesiapa yang tidak memiliki rasa rahmat di dalam hatinya tidak akan dirahmati oleh Allah SWT”.
(Sahih al-Bukhari 5997, buku 78, Hadith 28)
Ciumlah dan peluklah anak-anak sentiasa.
Titipkanlah kasih sayang melalui ciuman dan pelukan kita ke dalam hatinya dan jiwanya supaya kata-kata dan perbuatannya penuh kasih sayang, peduli dan empati terhadap orang lain di sekitarnya.
Inilah formula asas dan mudah untuk membentuk generasi yang merdeka dari sifat-sifat yang membinasakan keluarga, masyarakat, negara dan ummah.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-59.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Ugutan
(Screenshot mesej yang dihantar kepada saya, dengan izin pengirim. Terima kasih).

Anak yang dimaksudkan ini berusia 4 tahun. Ugutan itu dibuat oleh guru TASKA anak.
Saya kira guru ini berbuat demikian kerana ingin ‘mendisiplinkan’ anak tersebut. Selalunya itulah sebab/alasan yang diberikan.
Pertama sekali kita perlu faham apa maksud disiplin.
Disiplin bukannya menakut-nakutkan.
Disiplin bukannya menghukum.
Disiplin adalah membimbing.
Untuk mendisiplinkan anak dan murid, kita perlu terlebih dahulu faham perkembangan seorang anak yang merangkumi fizikal, emosi, kognitif, sosial, moral dan spiritual. Kita perlu ada ilmu.
Anak usia ini masih memerlukan bimbingan kerana mereka masih tiada pengalaman. Mereka masih rasa insecure dengan persekitaran mereka dan orang di sekeliling mereka.
Dengan kata mudah, mereka masih belajar.
- Mereka sedang membina persepsi tentang dunia mereka dan orang di sekeliling mereka.
- Mereka juga sedang membina imej diri mereka. Siapa saya? Kenapa saya ada di sini? Apakah sifat-sifat saya?
APAKAH YANG KITA AJAR DENGAN MENGUGUT ANAK BEGINI?
- Kita mengajar bahawa dunia ini penuh dengan hukuman, keganasan, ketakutan, tiada belas, tiada empati.
- Kita mengajar bahawa inilah caranya untuk selesaikan masalah dan untuk mendapat apa yang kita mahu.
Adakah anak kecil ini akan lebih berdisiplin? TIDAK.
Jika dilihat pada screenshot ini, anak ini trauma dan hilang keyakinan diri.
Kaedah ini hanya membuatkan bahagian otak yang berfungsi untuk membuat keputusan, menaakul, dan berfikiran rasional akan ‘shut down’. Disiplin memerlukan bahagian otak ini aktif. Sebaliknya anak jadi takut, anak trauma, tidak boleh berfikir dan tidak boleh belajar.
Lebih buruk lagi jika anak sekecil ini sering ditakut-takutkan dengan neraka dan kata-kata ‘Allah marah’. Ini membuatkan anak takut dan trauma (bukan taqwa) kepada Allah dan tidak boleh ‘connect’ dengan Allah SWT.
DISIPLIN SEPATUTNYA:
- mengajar anak berfikir kesan dan akibat kesilapannya ke atas dirinya, orang sekelilingnya, keluarganya dan masyarakatnya.
- (ini akan) mengajar anak erti tanggungjawab.
- membuatkan anak lebih rapat dengan orang yang mendisiplinkannya bukannya takut dan trauma.
Jika kaedah ini terus menerus diamalkan dalam masyarakat kita, maka tidak hairanlah kita akan melahirkan lebih ramai buli di sekolah-sekolah, pendera isteri dan anak-anak di rumah dan juga pembuli di atas jalan raya.
Guru-guru perlu dilatih untuk memahami Child Development.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect
Mendidik Anak Tanggungjawab Sekampung
Pernah dengar pepatah Afrika yang bermaksud “It takes a village to raise a child”? (Mendidik/membesarkan anak adalah tanggungjawab seluruh kampung)

Hendak membesarkan anak lelaki yang boleh menjadi ketua/imam, bertanggungjawab, resilien, menghormati orang lain, peduli masyarakat, ‘gentleman’, ‘macho’, matang dan bijak bukanlah tanggungjawab ibubapa sahaja malah seluruh anggota masyarakat.
Ibubapa adalah pendidik utama tetapi semua pihak ada peranannya yang tersendiri.
Zimbardo dan Coulombe mengupas tentang kesukaran dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anak lelaki dalam era teknologi yang telah menjadikan mereka kurang ‘jantan’.
Apabila harapan yang diletak terlalu tinggi tetapi mereka tidak dibimbing, tidak diberi galakan, tidak dipuji usahanya dan sering diabaikan kerana mereka ‘gagal’ memenuhi harapan, mereka akhirnya beralih kepada video game dan pornografi yang hanya berada di hujung jari. Di arena itu mereka merasa lebih berjaya, lebih dihargai dan lebih mempunyai kuasa.
Antara saranan penulis (dan olahan saya) untuk memperkasakan anak lelaki:
APA YANG KERAJAAN BOLEH BUAT?
- Kerajaan patut memberi penekanan kepada betapa pentingnya keterlibatan seorang bapa dalam proses membesarkan seorang anak. Ayah adalah role model terutamanya kepada anak lelaki. Bagaimana ayah, begitulah anaknya nanti.
- Bagi yang terpaksa melalui proses perceraian, perlu ada undang-undang (yang dikuatkuasakan dan tegas) yang memastikan si ayah memberi nafkah dan tetap memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai seorang ayah.
- Galakkan lebih ramai lelaki untuk menyertai bidang pendidikan kerana anak-anak lelaki memerlukan role model lelaki di sekolah. Usaha ini memerlukan inisiatif dan imbuhan yang sewajarnya untuk menarik minat guru-guru lelaki dan juga wanita yang berkualiti.
- Lebih serius menangani isu pornografi, pornografi kanak-kanak dan juga penderaan seksual kanak-kanak. Ini semua membinasakan masyarakat terutamanya anak lelaki dan lelaki.
APA YANG SEKOLAH BOLEH BUAT?
- Dalam sebuah kajian yang dibuat oleh penulis (TED Survey) kebanyakan murid lelaki mencadangkan agar sekolah juga lebih menekankan kepada pembelajaran ‘life skills’ yang boleh mengajar mereka menguruskan diri dan menjadi lebih bertanggungjawab apabila dewasa.
- Penekanan harus diberikan kepada keupayaan untuk berdikari, tidak ‘spoon-feed’, diberi kebebasan dan latihan untuk berfikir sendiri dan menggunakan teknik pengajaran/pedagogi yang mengambil kira perkembangan dan cara murid lelaki belajar.
APA YANG IBUBAPA BOLEH BUAT?
- Ayah patut menjadikan tanggungjawab sebagai seorang bapa itu satu prioriti.
- Usahlah menjadi seorang ayah yang terlalu sibuk dari pagi hingga ke malam, menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada ibu, guru dan pembantu semata-mata kerana kesannya akan dilihat apabila anak meningkat remaja.
- Jika ayah gagal ‘connect’ dengan anak lelaki ketika kecil, mereka akan ‘kehilangan’ anak dari usia remaja di mana kehadiran seorang ayah itu sangat penting.
APA YANG MEDIA BOLEH BUAT?
- Perbanyakkanlah rancangan/pesanan yang memperkasakan anak lelaki, yang mendidik mereka tentang nilai tanggungjawab dan peduli kepada keluarga dan masyarakat.
- Kurangkan drama-drama simplistik tentang anak lelaki yang tamat pengajian terus memegang jawatan tertinggi korporat, berbanglo besar, berkereta mewah, berteman wanitakan perempuan tercantik dan terhangat. Berikan gambaran yang sebenar tentang realiti masyarakat supaya anak lelaki kurang berkhayal dan lebih berpijak di bumi nyata.
Jika anda mempunyai anak lelaki dan anak perempuan, begitu juga murid lelaki dan murid perempuan di sekolah, tentu anda sedar akan perbezaan antara kedua-duanya. Cara mereka berbeza, tenaga mereka berbeza, emosi mereka berbeza, dan pemikiran mereka juga berbeza. Ambil kira perbezaan itu untuk mendidik dan membesarkan mereka.
Jangan lupa “IT TAKES A VILLAGE TO RAISE A CHILD”.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect
Sesi 0-6 Tahun: Apa Yang Perlu Difahami di Sandakan Sabah

Terima kasih kepada pihak penganjur OUM Sandakan dan Maman Care dan yang berusaha Puan Shahirla dari Tadika ABS Ibnu Sina Sandakan.
Usia awal kanak-kanak adalah usia memupuk kemahiran berfikir, keyakinan diri, jati diri, sifat kepimpinan, empati, dan keupayaan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Inilah usia optimal untuk memupuk skil-skil penting yang akan dibawa sehingga dewasa. Penekanan yang harus diberikan oleh ibubapa dan guru bukan hanya pada 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja.
Isu buli yang kita lihat hari ini di kalangan anak remaja juga adalah hasil dari didikan (dan kurangnya didikan) yang sepatutnya diberikan ketika usia 0-6 tahun.
Terima kasih kepada semua peserta yang begitu ‘sporting’ memegang watak ketika role play dan juga yang berkongsi cabaran masing-masing.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect
0-6 Tahun Di Sabah
Rajin-rajinlah Bersembang Dengan Anak Kecil Dan Remaja
Video ini untuk panduan semua orang dewasa, bukan guru sahaja.
1) Sejauh mana kita menyantuni kanak-kanak dan juga remaja dalam kehidupan seharian kita?
2) Apabila anak kecil dan remaja berada di kalangan kita ketika kenduri, reunion, ziarah, majlis ilmu dan sebagainya, adakah kita menegur mereka bertanya khabar atau kita layan mereka seperti mereka tidak wujud?
3) Adakah kita hanya bercakap dengan mereka untuk menegur dan memperbetulkan kesalahan mereka?
4) Adakah kita bergurau senda dan bergelak ketawa dengan mereka?
5) Adakah kita mengajak mereka menyertai perbualan kita dan meraikan pendapat mereka?Read More »
Saya Bodoh!

Anak ini didera secara fizikal oleh teman lelaki ibunya yang tinggal serumah dengan mereka. Penderaan fizikal sering membawa kepada penderaan mental dan emosi juga.
Saya tahu ramai yang tidak mendera anak secara fizikal tetapi berhati-hatilah dengan label dan gelaran yang kita berikan kepada anak dan anak murid.
Budak jahat, degil, bodoh, lembab, malas, kurang ajar, bengap, tak guna, gelap, buruk, setan dan macam-macam lagi yang tidak elok disebut dan didengar.
Anak-anak membina ‘self concept’ dari lahir lagi.
Anak membina imej dan persepsi tentang diri sendiri berdasarkan apa yang disebut oleh orang dewasa di sekeliling terutamanya ibubapa, saudara mara dan guru.
Anak dalam kes ini sangkakan namanya ‘Idiot’ kerana itulah panggilan yang sering didengarinya. Walaupun dia mungkin tidak faham apa maksud idiot dan hanya meniru, lama-kelamaan dia akan ‘associate’ perkataan idiot itu dengan sifat dirinya. Begitulah juga dengan panggilan dan gelaran yang lain.
Usahlah ‘memotivasi’kan anak atau anak murid dengan cara yang kasar, memalukan dan menjatuhkan. Usahlah melabel.
Berilah semangat dan motivasi dengan kata-kata dan pujian positif yang kena pada tempatnya dan bersesuaian dengan usaha.
Panggillah anak dan anak murid dengan nama-nama indah yang diberikan kepadanya ketika lahir.
Ceritakan kepada anak apa maksud namanya dan siapakah yang menjadi inspirasi kepada nama yang diberi. Nama Rasul, nama Nabi, nama Sahabah, nama hebat yang tercatat dalam sejarah manusia, sifat yang terpuji, peranan yang dicontohi, bunga yang indah dan wangi, pejuang, pahlawan. Ceritakan.
Insya Allah dia akan tersenyum berbangga.
Usahlah melabel dengan macam-macam.
Kata-kata adalah satu doa.
Ia membina ‘self concept’.
Ia membina keyakinan diri dan jati diri.
Ia membina manusia.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect