Ada Apa Dengan Kotak?

Video ini mengingatkan anda kepada anak anda?
Anak anda lebih berminat bermain dengan kotak berbanding isinya?

Anak-anak saya juga suka bermain dengan kotak ketika kecil dulu. Malah di rumah kami sentiasa ada ‘stok’ kotak pelbagai jenis dan saiz, sebagai permainan anak-anak.

APAKAH KESERONOKAN YANG DIBERIKAN OLEH KOTAK?

1) Kotak memberi ruang kreativiti dan imaginasi untuk anak-anak. Mereka boleh mencipta apa saja dengan kotak. Kotak dapat membawa mereka ke mana saja tempat yang mereka bayangkan apabila ‘dinaiki’ sebagai kenderaan.

2) Kotak yang boleh disentuh, dilihat, dilipat, dipijak, dipanjat, diguling, disepak, diconteng, dipakai, err…dikunyah, memberi pengalaman sensori kepada anak-anak.

3) Kotak yang menyediakan ruang untuk dimasuki oleh anak mengajar anak tentang ‘spatial awareness’.
Anak belajar tentang perbandingan saiz diri berbanding objek, belajar tentang kedudukan, belajar tentang jarak, dan juga tentang isipadu. Inilah yang mendorong anak untuk masuk keluar kotak, merangkak ke dalam kotak, pakai kotak, panjat kotak dan sebagainya.

4) Kotak membuatkan anak merasa selamat dan selesa seolah-olah dipeluk dan diapit, apabila anak berada di dalamnya.

5) Kotak yang digunakan untuk bersembunyi ketika bermain ‘hide and seek’ memberi otonomi kepada anak kerana memiliki ruang untuk dirinya sendiri.

6) Rekaan dari kotak yang diakui, dilayan, dipuji dan dipamirkan oleh ibubapa membangkitkan keyakinan diri dan percaya diri dalam diri anak-anak.

Kebaikan bagi ibubapa pula, semua perkembangan ini dapat dipupuk dengan kos yang minima.
Tidak perlu berbelanja besar untuk sebuah kotak.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

 

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Guru Pertama

Sebelum anak mula bersekolah, guru pertama anak adalah kita.
Guru bersilih ganti di sekolah, guru tetap anak adalah kita.
Setelah anak tamat belajar, guru kehidupan anak adalah kita.
Sehingga ke nafas akhir kita ataupun anak, guru yang terakhir anak adalah kita.

Tiada insan lain yang memikul tanggungjawab mendidik anak sepenuhnya melainkan kita.
Itu adalah satu anugerah.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

DULU DAN SEKARANG

Dulu
Pisang diambil di pokok belakang rumah saja. Ia kemudian digoreng untuk makan petang. Makan kosong begitu saja atau mungkin dicicah gula atau sambal kicap.

Sekarang
Pokok pisang pun tidak ada dalam kawasan rumah.
Pisang goreng kita beli.
Bukan pisang goreng kosong, ada cheese, susu pekat dan coklat lagi. Bahan mewah semuanya (dan tidak menyihatkan).

Dulu
Petang lepas sekolah, lepas mengaji, terus hilang merayap pusing kampung, tangkap berudu, panjat pokok, terjun sungai.
Sebelum Maghrib pulanglah semua umpama camar pulang ke sarang.

Sekarang
Hendak benarkan anak keluar pun takut.
Cerita jenayah sana sini.
Pemandu laju macam pelesit.
Seharian di sekolah, bebanan ke atas otak sudah cukup meletihkan.
Sudahnya anak di rumah saja menatap skrin.

Dulu
Rancangan TV bermula pukul 5 petang. Tamat pukul 12 malam.
Tapi selalunya lepas tamat Drama Minggu Ini atau Opah atau PJ Holding pukul 9 malam, kita terus siap untuk tidur.
Rancangan kartun hanyalah Scooby Doo, Woody Woodpecker, Road Runner, Tom and Jerry dan Tweety.
Rancangan bola sepak hanyalah Road To Wembley.
Rancangan hiburan hanyalah Mekar Sejambak atau Hiburan Minggu Ini.

Sekarang
Jam berapa sekarang pun anak sudah ‘lost’ sebab TV beroperasi 24jam.
Jika tidak boleh tidur anak dibiar tengok TV. Bila anak tengok TV anak terus aktif tidak boleh tidur.
Rancangan dan siaran pula ‘lost’ jadinya sebab terlampau banyak.

Dulu
Apa yang ‘trending’ dalam dunia kanak-kanak dan remaja Amerika lambat sampai ke pengetahuan kita.
Ambil berbulan jugalah TV hendak siarkan. Semuanya rancangan tertunda, tiada ‘live’ .
Mereka pun tidak kenal kita.
Mereka kata kita tinggal atas pokok.

Sekarang
Apa yang anak-anak Amerika buat semuanya anak kita tahu serta merta dengan penuh terperinci, tiada yang tertinggal.
Apa stail yang ‘in’?
Apa game yang terbaru?
Apa yang cool?
Semuanya boleh tahu dengan sentuhan saja.

Dulu
Tiada komputer, tiada gajet.

Sekarang
Saya, anda dan ramai anak tidak boleh hidup tanpanya.

Jadi
Kepada orang dewasa dan tua yang berkata,

“Dulu saya buat itu ini, dilayan begitu begini, dihukum begitu begini… saya ok saja jadi orang jugak”,

Cuba fikir kembali adakah persekitaran anda dan anak-anak sekarang sama 100%?

Jika banyak yang sudah berubah,
maka mentaliti dan kaedah mendidik juga perlu berubah mengikut kesesuaian zaman.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

LUAHAN SEORANG IBU…

Si Ayah sering memberikan telefon pintar miliknya kepada anak kerana anak suka bermain ‘game’ menggunakan telefon ayah. Ayah berniat baik, ayah hanya ingin melayan kerenah anak. Anak kecil sifatnya sentiasa ‘curious’ dan sentiasa ingin ‘explore’.
Ayah terlupa yang ayah ada banyak grup whatsapp.
Ayah terlupa dalam grup whatsapp ada ahlinya yang suka kirimkan video dan gambar lucah. 
Ayah terlupa memadamkan bala tersebut sebelum diberikan kepada anak.

Mujur ibu syak, mujur ibu perasan.
Ibu bertanya apa yang sedang anak lakukan di bawah kain yang menyelimuti tubuh itu?
Anak terkejut kerana ibu ternampak.
Anak mula bercerita.

Cerita anak kepada ibu, dia selalu teringat-ingat video ‘mengarut’ yang ditontonnya dalam telefon ayah. Kata anak yang petah berbicara itu, dia selalu minta ampun dari Allah tapi dia tidak boleh lupa video-video tersebut.
Tiga tahun lamanya bayangan-bayangan itu berlegar di fikiran anak yang tidak berdosa itu.

Anak kecil itu mengaku kepada ibu dia sering melakukan ‘benda mengarut’ kepada dirinya sendiri berpandukan video-video ‘mengarut’ yang ditonton di telefon ayah. Dia meniru apa yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan dalam video tersebut. Anak kecil ini mengaku pernah menggunakan pensil ke atas dirinya.
Itulah yang dilakukan di bawah selimut.
Anak kecil ini belum lagi memasuki usia sekolah rendah.
Anak ini hanya berusia 6 tahun.

Ayah ibu…
Keluarlah dari grup whatsapp yang sebegini jika anda sendiri bukanlah orang yang sebegitu.
Biarlah hilang kawan asalkan hidup kita sekeluarga sering diredhai Allah.
Biarlah hilang kawan asalkan anak kita terpelihara dari kebejatan dan kehinaan ini.

Ayah ibu…
Pantaulah penggunaan gajet anak-anak. Anak-anak sifatnya suka meneroka.
Game akan ada pop up nya
Youtube akan ada ‘suggestion’ nya
Whatsapp akan ada syaitannya
Anak bijak akan ‘click’. Entah ke mana anak akan dibawa kemudiannya.
Inilah punca segala bala.

Sedarlah ayah ibu.
Beringatlah.
Pantaulah.
Kasihanilah anak-anak kita.

(Ibu tersebut mengizinkan saya berkongsi kisahnya untuk dijadikan teladan oleh ayah dan ibu yang lain. Sama-sama kita berdoa supaya Allah SWT memelihara anak ini dan mensucikan akal dan fikirannya dari kekotoran tersebut).

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

SAYANGKAN ANAK ‘TALIPINGGANGKAN’.

Sayangkan anak bukan hanya peluk cium gomol dan beri kesenangan material.
Sayangkan anak juga menuntut ibubapa berbuat apa sahaja untuk memastikan keselamatan fizikal mereka.

Jika ibubapa memiliki gajet yang canggih, sentiasa upgrade telefon bimbit, mampu bayar TV satelit tiap-tiap bulan, maka tidak ada alasan untuk tidak membeli car seat untuk anak.

Anak menangis tidak mahu duduk?
Anak-anak yang berjaya duduk atas car seat semuanya begitu. Tetapi lama kelamaan mereka OK sebab ibubapa tidak mengalah. Ibubapa terpaksa keraskan hati kerana mereka tahu itu hanya sementara. Ibubapa tersebut berfikir jauh mahukan anak selamat. Ibubapa tersebut tahu ajal dan maut di tangan Allah tetapi mereka perlu berusaha untuk pastikan keselamatan anak.

Sebaiknya anak yang baru lahir terus letak atas car seat. Itu fasa paling mudah dibentuk. Anak besar wajibkan pakai tali pinggang. Jadikan itu peraturan keluarga. Kereta tidak akan bergerak selagi tidak ikat atas car seat dan tidak pakai tali pinggang.

Dalam insiden yang disebut dalam artikel ini, kereta bergerak perlahan kerana kesesakan lalulintas tetapi anak tetap terpelanting apabila dihentam dari belakang.
Dalam satu insiden yang serupa, kedua-dua anak selamat kerana duduk atas car seat.

Ada ibubapa yang ingin berkongsi success story letakkan anak atas car seat untuk panduan bersama?
Silakan. 😊

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Kekuatan anak-anak

Kekuatan anak-anak dapat dilihat dalam pelbagai bentuk

1) Kekuatan bakat dalam bidang seperti muzik, sukan, masakan, penulisan, seni dan sebagainya.

2) Kekuatan mental seperti ketajaman memori untuk menghafal fakta, ‘details’ dan ayat-ayat Al Quran.

3) Kekuatan sosial seperti suka membantu, ramah, baik hati, pemurah, prihatin dan peduli.

4) Kekuatan pengetahuan tentang contohnya dinosaur, pengangkutan, komputer, angkasa, batu batan, fesyen.

5) Kekuatan akademik seperti matematik, sains, sejarah, bahasa.

Carilah kekuatan yang ada pada setiap anak supaya anak merasa diri bernilai dan dapat menyumbang kekuatan mereka untuk masyarakat kelak.

Setiap anak adalah unik.

Tahukah anda di mana letaknya kekuatan anak-anak anda?

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

APABILA AYAH DAN IBU TIDAK SEPENDAPAT

Ayah cakap A, Emak cakap B.
Abah benarkan gajet bila-bila masa saja asalkan diam. Ibu hendak disiplinkan penggunaan gajet.
Daddy cakap NO, Mummy cakap OK.


Papa benarkan keluar dengan kawan-kawan. Mama suruh duduk di rumah pula.
Abi tak kisah, Umi bising.

Apabila anak-anak mendengar mesej yang bertentangan dari ibubapa, anak-anak akan terpaksa membuat keputusan untuk memilih satu pihak saja. Mereka akan berkemungkinan berpihak kepada yang menyebelahi mereka. Jika kerap berlaku konflik yang sebegini, anak tidak akan hormat pada satu pihak, anak tidak mendengar kata, ibubapa hilang ‘authority’ dan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.

IBUBAPA PERLU:

– Konsisten dari anak kecil lagi kerana selalunya cabaran akan menjadi lebih besar apabila anak meningkat usia remaja. Percayalah.
– Duduk berbincang peranan masing-masing sebagai ibubapa.
Contohnya, ayah uruskan soal homework dan ibu uruskan soal gajet dan sebagainya.
– Sebaiknya tetapkan nilai yang sama dari awal lagi supaya tidak timbul konflik yang besar.
– Bagi isu yang perlu perbincangan lanjut, usah membuat keputusan serta merta di hadapan anak untuk elakkan konflik.
– Tetapkan prioriti dalam keluarga.
– Apabila konflik timbul, kekalkan hormat antara satu sama lain.
– Apabila ibubapa saling hormat menghormati, anak-anak juga akan hormat kedua-duanya.

Carilah persamaan antara ibubapa, bukannya timbulkan konflik kerana perbezaan.
Anak-anak memerhatikan kita.

Kata kuncinya adalah komunikasi antara kedua ibubapa.
TALK!

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

 

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

SALAHKAH MEMANJAKAN ANAK?

Ibubapa sering diingatkan (atau diugut) supaya jangan beri muka kepada anak-anak sehinggakan kita mengabaikan terus keperluan anak untuk dibelai dan dilayan dengan lemah lembut.
Sebagai manusia, anak-anak mempunyai keperluan emosi. Mereka bukan hanya perlu merasa selamat secara fizikal, emosi mereka juga perlu selamat dan tenang.
Keperluan emosi ini menuntut supaya mereka dilayan seperti manusia. Anak-anak yang berkembang dan membesar sebagai orang dewasa yang sihat jiwanya adalah mereka yang diberi perhatian sejak kecil. Perhatian inilah yang membentuk resilien atau ketahanan jiwa dalam diri mereka.

Kita juga sering dikritik supaya jangan memanjakan anak.
Sebenarnya anak-anak yang tidak dimanjakanlah yang hidup tanpa ’empathy’ dan tidak peduli dengan perasaan dan kesusahan orang lain kerana perasaan dan kesusahan mereka tidak pernah dipedulikan. Mereka tidak pernah dimanjakan.

Yang menjadi masalah bukanlah memanjakan anak.

Apa masalahnya?

Kita perlu jelas bahawa yang mendatangkan masalah adalah ibubapa yang PERMISIF.
Ibubapa yang permisif membiarkan anak-anak berbuat sesuka hati tanpa batasan (limit and boundary).
Ibubapa yang permisif adalah ibubapa yang tidak ada ‘authority’ ataupun tidak memperbetulkan tingkah laku anak-anak.

Kita perlu memanjakan anak dan berlemah lembut dengan anak kerana mereka manusia yang punya keperluan emosi. Pada masa yang sama kita perlu juga tetapkan batasan dan peraturan untuk membantu anak-anak membuat keputusan dengan berpandukan nilai yang sepatutnya.

Banyak pengajaran dari video pendek ini. Tontonlah.

“Harshness yields nothing. The home needs to be an atmosphere of benevolence.”

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

GENIUS AULAD WORKSHOP.

It gave me great pleasure to have the opportunity to conduct a workshop and be amongst Genius Aulad’s lively, bubbly, enthusiastic, engaging, responsive and eager-to-learn team of Principals, Owners, and Practitioners.

Komunikasi dengan anak-anak di institusi pendidikan bukanlah hanya untuk memandaikan mereka dengan membaca, menulis dan mengira sahaja. Komunikasi yang positif seharusnya dapat membina 
1) self esteem (penghargaan diri)
2) self confidence (keyakinan diri)
3) cooperation (kerjasama)
4) motivation (motivasi)
5) empathy (empati).

Semoga ibubapa juga faham tentang perkembangan dan keperluan anak-anak pada usia awal.

Terima kasih tim Genius Aulad.
May Allah ease your journey in bringing out the best in children.

Image may contain: people sitting, table and indoor
Image may contain: 1 person, indoor
Image may contain: 1 person, sitting, table and outdoor
Image may contain: 5 people, people sitting