Ayah cakap A, Emak cakap B.
Abah benarkan gajet bila-bila masa saja asalkan diam. Ibu hendak disiplinkan penggunaan gajet.
Daddy cakap NO, Mummy cakap OK.
Papa benarkan keluar dengan kawan-kawan. Mama suruh duduk di rumah pula.
Abi tak kisah, Umi bising.
Apabila anak-anak mendengar mesej yang bertentangan dari ibubapa, anak-anak akan terpaksa membuat keputusan untuk memilih satu pihak saja. Mereka akan berkemungkinan berpihak kepada yang menyebelahi mereka. Jika kerap berlaku konflik yang sebegini, anak tidak akan hormat pada satu pihak, anak tidak mendengar kata, ibubapa hilang ‘authority’ dan hubungan kekeluargaan menjadi renggang.
IBUBAPA PERLU:
– Konsisten dari anak kecil lagi kerana selalunya cabaran akan menjadi lebih besar apabila anak meningkat usia remaja. Percayalah.
– Duduk berbincang peranan masing-masing sebagai ibubapa.
Contohnya, ayah uruskan soal homework dan ibu uruskan soal gajet dan sebagainya.
– Sebaiknya tetapkan nilai yang sama dari awal lagi supaya tidak timbul konflik yang besar.
– Bagi isu yang perlu perbincangan lanjut, usah membuat keputusan serta merta di hadapan anak untuk elakkan konflik.
– Tetapkan prioriti dalam keluarga.
– Apabila konflik timbul, kekalkan hormat antara satu sama lain.
– Apabila ibubapa saling hormat menghormati, anak-anak juga akan hormat kedua-duanya.
Carilah persamaan antara ibubapa, bukannya timbulkan konflik kerana perbezaan.
Anak-anak memerhatikan kita.
Kata kuncinya adalah komunikasi antara kedua ibubapa.
TALK!
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect