Amirul Afiq Sebagai ‘Role Model’

Amirul Afiq, anak muda yang boleh dijadikan ‘role model’ untuk anak-anak kita dalam mengejar impian dan cita-cita.

afiq

Kredit Gambar: Utusan

Cita-citanya hanya satu, ingin belajar di luar negara. Dengan latar belakang keluarga yang tidak harmoni, ayah seorang penagih dadah, kalau difikirkan memang ‘tidak logik’ impiannya itu akan tercapai. Namun dia membuktikan sebaliknya.

APA YANG BOLEH DIPELAJARI DARI KISAH AFIQ?

Afiq mempunyai GROWTH MINDSET.
Individu yang mempunyai growth mindset percaya bahawa intelligence (kepandaian) itu tidak tetap.
Individu yang mempunyai growth mindset percaya walau bagaimana latar belakang diri atau keluarga sekalipun, keadaan boleh diubah dengan usaha dan keazaman.

Saudara-mara Afiq yang menasihatinya mempunyai FIXED MINDSET.

Kata Afiq, “Saya masa kecil dulu hanya mampu mendengar tanpa mampu berfikir. Bila saudara mara tanya UPSR nak berapa? Saya jawab nak 5A.”
“Saya ingat lagi mereka cakap, “jangan ‘target’ tinggi sangat, biasa-biasa sahaja cukup.”

Yalah suruh realistik sikit mungkin sebab keluarga kami tidak pandai.

Contoh kata-kata FIXED MINDSET.
“Jangan target tinggi sangat, biasa cukup.”
“Realistik sikit, keluarga kita tidak pandai”
“Kamu di kelas hujung, kalau kamu dapat A saya makan kasut saya.”
“Tak payah lah study sangat, level kita C saja.”
“Alaa mustahil boleh score Math.”

Kisah Afiq ini bukan tentang bilangan A dalam peperiksaan, tetapi tentang GROWTH MINDSET, usaha dan keazaman.

Syabas anak muda.

Boleh google growth mindset, fixed mindset, Carol Dweck untuk info lanjut.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kabel-saya-ada-di-atas-sana-afiq-1.680992

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Kesihatan Mental Anak-anak

Tidak dinafikan sebagai Muslim pendidikan Aqidah itu adalah penting untuk diterapkan pada anak-anak.
Walau bagaimanapun pembinaan seorang insan juga terdiri daripada komponen fizikal, intelektual, emosi, sosial, dan moral. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk memberikan penekanan yang seimbang kepada semua aspek pembinaan insan.

mental

Kredit: Trauma Network UK

Bukakan minda.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Janji Ditepati

“Kalau menangis ayah tinggal kamu di sini!!”

Dalam amalan dan perbualan seharian kita dengan anak -anak terdapat dua jenis janji yang sering kita buat dengan anak-anak:

  1. Janji hendak memberi ganjaran kepada anak apabila dia melakukan sesuatu yang baik.
  2. Janji hendak menghukum anak apabila anak melakukan kesalahan.

Janji yang tidak ditepati oleh ibubapa bukan sahaja boleh mengelirukan anak-anak malah akan juga membentuk karakter anak itu sendiri.

janji

JANJI GANJARAN

Apabila berjanji hendak memberikan ganjaran kepada anak, pastikan ganjaran yang dijanjikan itu diberikan dan bukan hanya janji kosong. Sebelum memberi ganjaran pastikan ganjaran itu dalam kemampuan kita. Jangan hanya berjanji tetapi kita sendiri tidak mampu dari segi material, tenaga dan masa untuk tunaikan.

Jika kita hendak menjanjikan ganjaran yang mahal, fikirkan dulu adakah kita mampu? Jangan berjanji sesuatu di luar kemampuan kita ataupun terlampau mahal sehingga terpaksa korbankan benda lain yang lebih penting.

Jika kita menjanjikan masa untuk diluangkan dengan anak, fikir dahulu adakah kita mampu peruntukkan masa dan korbankan masa kerja dan rehat kita? Jika kita sibuk sepanjang masa, ‘meeting’ tidak putus, ‘outstation’ ke sana ke mari, jangan berjanji dengan anak.

Jika kita berjanji hendak menolong anak dengan sesuatu tugasan, fikirkan dahulu adakah tenaga yang kita ada mampu untuk mengerjakannya?

Janji yang tidak dikotakan akan mempengaruhi karakter dan personaliti anak juga. Bukankah kita ‘role model’ terbaik anak? Jika kita tidak kotakan janji, berkemungkinan besar anak akan meniru kita. Jangan mengeluh bila tiba hari tua kita nanti anak tidak mengotakan janji-janjinya kepada kita.

JANJI HUKUMAN

Selalu sangat saya mendengar gertak si ayah atau ibu yang hendak merotan anak.

Contohnya:

“Kalau bising lagi ayah rotan”,
“Kalau sebut perkataan macam itu lagi mama cili mulut”.
“Kalau mengamuk mama balik dan tinggal kamu di sini.”

Gertak yang sebegini juga termasuk dalam kategori ‘janji’.
Jika tidak tergamak, jangan janji hukuman yang sedemikian kepada anak kerana lama-kelamaan anak tidak makan saman.

Anak tahu “Eleh! Selalu cakap nak rotan tapi tak rotan pun. Ayah tak marah pun. Jom buat lagi.”
“Tak cili mulut pun, tak ada hal.”

Itulah sebenarnya mesej yang secara kita tidak sedar sampai kepada anak.

Walaupun mungkin hukuman itu adalah sesuatu yang rasional, jangan berjanji jika kita tidak akan tunaikan. Fikirkan dahulu.

Kedua-dua jenis janji ini jika tidak ditepati akan juga menghilangkan hormat anak kepada ibubapa. Mereka tidak akan peduli dengan kata-kata kita lagi.

Dan yang paling penting, dalam mendidik anak dan mendisiplinkan anak, gunalah kaedah yang menanam nilai yang baik dalam diri anak.
Menepati janji adalah satu nilai yang perlu diamalkan dan juga digalakkan dalam agama.

Salah satu ciri seorang Mukmin adalah mereka yang berpegang kepada janji.

“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;”
(Al-Mu’minun 23:8)

Berhati-hatilah dalam berjanji

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Seorang Manusia Paling Kreatif Ketika Berusia 5 Tahun

Kanak-kanak BUKAN ‘mini adults’.

Mereka mempunyai pemikiran dan persepsi mereka yang tersendiri tentang sesuatu.
Pendapat mereka tidak salah, cuma mungkin berbeza daripada kita kerana tahap pemikiran (kognitif) mereka belum sampai tahap pemikiran orang dewasa. Pendapat orang dewasa sendiri belum tentu betul.

stick

Kredit: Wilder Child

Beri mereka peluang untuk meluahkan pendapat kerana itulah caranya untuk mengembangkan pemikiran mereka.

Tahukah anda, kajian mendapati bahawa seorang manusia paling kreatif ketika berusia 5 tahun?

Adakah kita membantu kanak-kanak mengembangkan kreativiti mereka pada usia tersebut atau membantutkannya dengan sistem yang memaksa kesamaan (conformity) ?

Fikirkan.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Bagaimana Memupuk Minat Membaca Anak-anak?

Kepada ayah dan ibu yang kelam kabut mahukan anak cepat membaca, adakah anda juga membudayakan tabiat membaca?

reading

Kredit: David Wolfe

Jika anda sendiri tidak pernah memegang bahan bacaan, maka memberi tekanan kepada anak kecil anda untuk membaca dengan cepat adalah satu bentuk penderaan:

1) Dera fizikal – jika sehingga anak tidak bergerak, tidak bermain, dan tidak cukup tidur kerana dipaksa belajar baca.
2) Dera mental – kerana dipaksa melakukan sesuatu di mana otaknya belum bersedia dengan sepenuhnya.
3) Dera emosi – kerana diberi tekanan melakukan sesuatu yang tiada ‘role modelling’ daripada ayah dan ibu sendiri.

Mahukan tips cepat membaca?

Ramai anak kecil yang berupaya membaca dengan cepat bukan kerana mereka menggunakan produk ABCD atau kaedah XYZ, tetapi kerana di rumah terdapat banyak bahan bacaan yang berkualiti dan ayah dan ibu adalah ‘role model’ budaya membaca.

Easy Peasy.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

‘Parenting’ Bukan Hanya Mengetahui Kaedah ABCD

‘Parenting’ bukan hanya mengetahui kaedah ABCD.

abcdKredit Gambar: Google

Sebahagian dari proses parenting adalah mengetahui faktor persekitaran yang akan mempengaruhi anak-anak kita. Akan tiba satu tahap di mana kuasa persekitaran ini akan lebih berpengaruh berbanding kuasa ibubapa itu sendiri.

Apakah yang ‘cool’ dalam dunia anak kita?
Apakah perkataan yang menjadi ikutan?
Siapakah idola yang menjadi kegilaan?
Apakah lagu dan lirik yang menjadi siulan?
Apakah rancangan TV yang popular?
Apakah mainan yang menjadi rebutan?
Apakah app yang ‘trending’ ?

Tahukah anda jawapan kepada semuanya?
Ini dunia anak-anak yang perlu kita tahu.
Bukan saja remaja, anak tadika pun mudah terdedah dan terpengaruh.

“Didiklah anak mengikut zaman di mana dia dibesarkan.”

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect

Melihat Sesuatu Dari Kacamata Seorang Anak

confused

Melihat sesuatu perkara itu dari kacamata seorang anak selalunya berbeza dari kacamata kita sebagai orang dewasa. Pengalaman, kematangan dan pemikiran mereka belum sampai ke tahap kita. Adakalanya kita perlu meletakkan diri kita setara dengan pandangan mereka, bukannya untuk memberi muka tetapi untuk faham kesukaran dan cabaran mereka dan bagaimana kita boleh mendidik dan membantu mereka.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect