School-Parent Partnership

Ibubapa memainkan peranan yang paling penting dalam pendidikan holistik anak-anak, bukannya guru.
Masa anak-anak bersama guru dalam setahun hanyalah 35 jam seminggu selama 40 minggu.

Permuafakatan (school-parent partnership) perlu diwujudkan demi kejayaan anak di sekolah tersebut. Kejayaan bukanlah bermakna memperoleh semua A sahaja. Konsep berjaya sebagai seorang insan adalah lebih luas dari itu.

Jika permuafakatan sukar diwujudkan, jika kata-kata yang keluar dari mulut kita di hadapan anak hanyalah yang negatif tentang sekolah atau guru, mungkin sekolah itu bukanlah yang terbaik untuk perkembangan dan pendidikan anak kita. Usah dilunturkan rasa hormat anak kepada guru kerana permuafakatan itu gagal di satu sekolah. Cari alternatif.

Parents, It’s Time To Stop Undermining Our Kids’ Teachers

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Egonsentrik & Impulsif

Dua sifat kanak-kanak yang perlu diketahui

1) Egosentrik

Kanak-kanak belum mahir melihat sesuatu dari perspektif orang lain. Mereka andaikan bahawa orang lain melihat, mendengar dan merasa sebagaimana mereka.

2) Impulsif

Semua tindakan kanak-kanak dibuat tanpa berfikir. Bahagian otak yang membantu membuat keputusan yang rasional belum berkembang.

Oleh itu menjadi tanggungjawab orang dewasa untuk mendidik dan membantu kanak-kanak untuk menilai apa yang betul dan apa yang salah.
Menjadi tanggungjawab kita untuk membimbing mereka melihat sesuatu dari perspektif orang lain juga supaya tidak menjadi angkuh dan individualistik.

Buku: Secrets Of Happy Children
Steve Biddulph

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Babysitter dan privasi

Setiap ibubapa ada hak ke atas privasi keluarga dan anak-anak.
Pengasuh/baby sitter/ child care anak anda selalu muatnaik gambar dan video anak anda di Facebook atau Instagram peribadi mereka?
Tidak dinafikan setiap aksi anak walau menangis, meraung, comot, tidak berbaju sekalipun tetap comel. Tetapi tahukah anda siapa lagi yang ‘view’ aksi comel anak anda?
Bayangkan komen-komen seperti “Pelik muka baby ni” atau “Comotnya budak ini, mesti parents dia tak peduli” dan pelbagai lagi andaian dan judgement yang dibuat tentang anda dan anak anda oleh orang yang tidak anda kenali.

“A childcare provider should never share photos and videos of children they are watching on the childcare provider’s OWN social media. And if they feel the need, permission should be granted from the parents.”

5 Rules for the Babysitter Who Posted a Video of My Kid on Facebook

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Yang mana satu?

Yang mana satu?

‘List two’ penting untuk dipelajari tetapi kualiti, karakter dan skil dalam ‘list one’ juga sama pentingnya.
Tiada maknanya ‘list two’ jika sikap dan jiwa anak-anak kosong ‘list one’.
Proses pembelajaran di sekolah harus mengambil kira karakter dan skil selain ABC dan 123.
Pendidikan ibubapa di rumah juga seharusnya menyemai dan memupuk kualiti dalam ‘list one’.

Guru dan ibubapa harus akui (acknowledge) sifat-sifat tersebut jika ditunjukkan oleh anak-anak di sekolah dan di rumah walaupun anak belum pandai ataupun tidak sepandai mana tentang ABC dan I23 (akademik).
Itulah isyarat bahawa they are on the right track.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

ANDAIAN DAN FIKIRAN SAYA

[APABILA KITA BINGUNG DAN MARAH DENGAN PERANGAI ANAK]

ANDAIAN DAN FIKIRAN SAYA:

Saya ibu/ayah yang gagal.
Kenapa anak tak dengar?
Bila dia akan belajar?
Apa parents dan in-laws saya akan cakap?
Saya give up.
Susahnya jadi parents.
Tak tahu apa lagi perlu dibuat. Buntu!
Saya tension!
Di mana silap saya?
Kenapa ini pun saya tak tahu?
Anak saya nakal dan degil.
Anak saya bermasalah.
Anak orang lain ok.
Adakah ini balasan kepada dosa-dosa saya?
Saya stress!

TINDAKAN SAYA :

Cubit.
Rotan.
Mengalah.
Turuti kemahuan-permisif.
Ugut
Abai – suka hatilah nak buat apa pun.
Beri tekanan kepada anak.
Memperkecilkan anak.
Membanding-bandingkan anak.
Berleter tanpa henti.
Jerit kepada anak.
Hukum.
Asingkan diri/anak.

APA SEBENARNYA BERLAKU ?

Anak tidak faham arahan. Perincikan, perjelaskan, bincang.
Kelebihan anak tidak dihargai.
Kita cuma cari kesalahan dan kelemahan anak.
Pendapat anak tidak bernilai.
Anak tidak diberi tanggungjawab.
Anak tidak dibimbing mengawal emosi.
Anak keliru.
Tidak ada peraturan di rumah, anak tidak tahu batas.
Kita tidak konsisten – sekejap boleh sekejap tidak.
Kita terlampau keras dan garang.
Harapan pada anak terlalu rendah/tinggi
Anak tidak tahu, perlu tunjuk ajar
Kita buatkan semua untuk anak.
Anak tiada skil.
Anak merasa rendah diri.
Anak tiada rutin harian.
Kita tidak mendengar hanya bercakap.
Anak ada masalah kesihatan/’disability’.

“PARENTING bukan hanya tentang anak, PARENTING bermula dari kita.”
Adakah kita faham anak sebagai individu?
Adakah kita tahu kelebihan dan kekurangan anak?
Adakah harapan kita terhadap anak adalah realistik?
Fikirkan!

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Apabila Anak Melakukan Kesilapan

To err is human. We learn best from our errors.

Apabila anak melakukan kesilapan dan berusaha memperbaiki, berilah kata-kata perangsang,

“I’m proud of you. You made a mistake and you learned something from it.”

Fokuskan pada proses, bukannya hasil sahaja.

Supaya ‘belajar dari kesilapan’ menjadi lebih efektif, anak perlu dibimbing untuk berfikir
1) Apa yang patut dibuat apabila berhadapan dengan situasi ini sekali lagi?
2) Bagaimana untuk mengelak kesilapan yang sama dari berlaku?

Anak kecil juga bijak menganalisa situasi.
Penstrukturan semula otak yang bermula ketika anak berusia 11 tahun, menyebabkan remaja lebih cenderung menggunakan emosi untuk berfikir. Bimbinglah mereka. Bukannya menghukum keras dan memalukan mereka.

Hukuman tanpa ‘problem solving’ bersama-sama anak, tidak membantu anak untuk berubah.

Kesilapan adalah peluang untuk kita lebih rapat dengan anak.
Kesilapan adalah peluang untuk membina skil penyelesaian masalah. KBAT/HOTS bukan hanya skil akademik semata-mata.

Noor Afidah Abu Bakar

 

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

ARE VALUES TAUGHT OR CAUGHT?

ARE VALUES TAUGHT OR CAUGHT?

“So how do we build the character of a child? My advice is to:
• Teach the meaning of the values
• Enforce acceptable standards of behaviour in line with the values taught
• Advocate the values regularly by reading stories that demonstrate them
• Model the values through your own action and words”

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Membina ‘Connection’

Ayah, ibu dan guru,

capture

Apabila anak sering menguji kesabaran kita, renungkanlah kembali sejauh mana ‘connection’ kita dengan anak.
Adakah kaedah ‘hukuman’ kita ke atas anak merapatkan lagi hubungan kita dengannya atau menjauhkan lagi anak daripada kita?

Sukar untuk kita membantu anak untuk memperbaiki kesilapan, apabila ‘connection’ semakin longgar.
Adalah menjadi fitrah anak untuk diterima.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Perkembangan Sosial & Emosi

Memupuk perkembangan sosial dan emosi yang mantap ketika 8 tahun pertama seorang anak dapat membina ketahanan dirinya ketika melalui ranjau kehidupan apabila dewasa.

 

1) Galakkan anak mengenalpasti emosi marah, sedih, kecewa, cemburu, dan sebagainya yang dirasakan anak.
“Saya kecewa.” Sebutkan.
Jangan diabaikan emosi.

2) Bimbing anak dengan cara untuk bertindakbalas terhadap emosi.
Apa yang sepatutnya dibuat apabila marah atau sedih? Mengamuk? Gigit? Guling-guling? Bad words?
Ini melibatkan soal nilai dan akhlak.
Latih anak dalam pelbagai situasi.

3) Didik anak untuk faham emosi orang lain juga. Apabila kita faham emosi kita (1 di atas) kita juga akan faham yang orang lain pun rasa marah, sedih dan kecewa juga.
Ini namanya empati (empathy).

“And we live happily ever after. InsyaAllah.”

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Menjawab dengan Soalan

Ayah, ibu dan cikgu,

1) Apabila anak bertanya tentang sesuatu, tidak perlu terus beri jawapan yang betul sebaliknya jawab dengan bertanya soalan kepada anak kembali.

Contoh situasi:
Ketika minum ‘pearl milk tea’

Anak: “Kenapa tak boleh sedut air dengan straw ni? Straw ni rosak ke?”

Respon yang patut dielakkan:
“Straw mana boleh rosak. Ada ‘pearl’ tersekat sebab itu tak boleh sedut. Mari sini ibu betulkan.”

Respon sepatutnya
“Kenapa rasanya tak boleh sedut? Cuba adik tengok.”
“Sekarang ni macam mana nak betulkan? Adik cuba.”

Respon sebegini penting untuk menggalakkan pemerhatian, eksperimen, mewujudkan curiosity’ dan melatih penyelesaian masalah.

2) Apabila anak bertanya soalan tetapi ayah, ibu atau cikgu tidak tahu jawapannya,
Mengakulah tidak tahu.
Inilah peluang untuk menunjukkan kepada anak bahawa ‘it’s ok’ jika tidak tahu. Itu normal.
Tetapi kemudiannya beritahu anak yang kita akan cari jawapannya ataupun sama-sama mencari jawapan dengan anak.

Respon sebegini penting untuk menggalakkan sikap ingin mengkaji, sikap ingin menggali ilmu dan juga sifat merendah diri.

Di atas adalah antara panduan dari buku ini untuk membina keupayaan kognitif anak.

Noor Afidah Abu Bakar

Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect