To err is human. We learn best from our errors.
Apabila anak melakukan kesilapan dan berusaha memperbaiki, berilah kata-kata perangsang,
“I’m proud of you. You made a mistake and you learned something from it.”
Fokuskan pada proses, bukannya hasil sahaja.
Supaya ‘belajar dari kesilapan’ menjadi lebih efektif, anak perlu dibimbing untuk berfikir
1) Apa yang patut dibuat apabila berhadapan dengan situasi ini sekali lagi?
2) Bagaimana untuk mengelak kesilapan yang sama dari berlaku?
Anak kecil juga bijak menganalisa situasi.
Penstrukturan semula otak yang bermula ketika anak berusia 11 tahun, menyebabkan remaja lebih cenderung menggunakan emosi untuk berfikir. Bimbinglah mereka. Bukannya menghukum keras dan memalukan mereka.
Hukuman tanpa ‘problem solving’ bersama-sama anak, tidak membantu anak untuk berubah.
Kesilapan adalah peluang untuk kita lebih rapat dengan anak.
Kesilapan adalah peluang untuk membina skil penyelesaian masalah. KBAT/HOTS bukan hanya skil akademik semata-mata.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect