Merujuk kepada penulisan AISHAH, SYUKOR & UMAR beberapa hari lalu, apabila membaca komen-komen, saya dapati ada netizen yang membanding-bandingkan kecerdasan adik Aisyah, Syukor dan Umar. Mereka banding kecerdasan yang mana lebih ‘rare’.
Adakah lebih rare bermakna lebih baik?
Rare adalah sesuatu yang subjektif.
Ternyata ada yang tidak faham konsep atau tidak ‘get the point’.
Ada juga yang menulis bahawa orang yang menghafal Al Quran lebih baik dari semua kecerdasan. Saya kenal ramai hafiz dan hafizah (mereka yang menghafal Quran), ya mereka memang hebat. Masha Allah. Selalunya individu yang menghafal Quran tidak membuat kenyataan yang mengangkat diri sendiri sebegini.
Mereka yang menghafal Quran juga memiliki salah satu atau lebih dari satu kecerdasan yang 9 itu.
Saya yakin ada di antara anak-anak bertiga ini juga sedang berusaha menghafal Al Quran.
Tidak ada yang lebih rare atau lebih baik.
Semuanya hebat dengan cara yang tersendiri.
Cukup-cukuplah membanding-bandingkan.
Saya terpaksa padamkan komen yang toxic dan tidak ‘get the point’ yang ditulis di hantaran kelmarin.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect/