Kita selalu kaitkan penerapan skil berfikir dengan sekolah.
Kita sering harapkan tanggungjawab mendidik anak dengan HOTS atau KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dipikul oleh guru-guru.
Tahukah anda ibubapa adalah pendorong utama untuk anak berfikir?
Tahukah anda amalan keibubapaan (parenting styles and practices) boleh memudaratkan proses pemikiran anak?
Ibubapa sering berniat baik hendak membantu, membimbing dan melindungi anak-anak dari kesusahan tetapi tanpa sedar ibubapa telah membantutkan ‘problem solving skil’ anak kerana ibubapa ‘tolong’ selesaikan semua masalah anak.
Rescue trap
Contoh: Apabila ibubapa belikan apa yang menjadi ‘trend’ dan kerana ‘semua kawan ada’, ibubapa menyebabkan anak terlepas peluang untuk belajar menangani dan mengatasi tekanan sosial. Ini juga adalah skil berfikir.
Akibatnya anak menjadi ‘follower’ dan bukannya ‘leader’.
Sepatutnya ibubapa berbincang dengan anak tentang pro dan kontra dan sama ada itu satu kemahuan (want) atau keperluan (need).
Hurried trap
Kajian mendapati bahawa anak yang kebosanan sering menjadi seorang yang kreatif dan inovatif. Tidak perlu terlalu cepat hendak menyelamatkan anak dari merasa bosan. Biar anak meneroka segala bahan dan pilihan yang ada baik di dalam atau di luar rumah untuk mengisi masa yang terluang. Masalah timbul apabila kita menggalakkan anak mengisi kebosanan ini dengan skrin dan gajet semata-mata.
Cuba biarkan anak ‘bosan’ tanpa gajet dan lihat sendiri betapa kreatifnya anak.
Giving trap
Mengajar anak tentang nilai wang dapat mendidik anak untuk bersabar, merancang dan menabung jika ingin mendapatkan sesuatu. Skil ini boleh dipupuk dari kecil lagi.
Jika ibubapa belikan dan sediakan semua, anak tidak akan tahu erti tanggungjawab. Biar anak belajar untuk merancang kerana ini adalah skil yang penting sehingga dewasa.
Jadikan aktiviti berfikir itu sebagai satu ‘lifestyle’ dalam kehidupan seharian dan bukannya hanya untuk subjek Matematik dan Sains di sekolah sahaja.
Sumber:
Parent Connect Library
Teaching Kids to Think: Raising Confident, Independent and Thoughtful Children In An Age of Instant Gratification
Darlene Sweetland & Ron Stolberg
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect