“The study discovered girls aged four are the most curious, asking an incredible 390 questions per day – averaging a question every 1 minute 56 seconds of their waking day.”
Ini kajian anak-anak di UK. Bagi saya anak-anak di Malaysia dan di mana juga tidak ada bezanya. Semuanya bijak kerana sel-sel otak mereka sedang berhubung. Memang keinginan anak-anak meluap-luap untuk bertanya soalan sebab banyak perkara yang mereka ‘wonder.’
‘Wisdom begins with wonder’, kebijaksanaan itu bermula dari sifat ingin tahu.
Usah ambil ringan soalan yang ditanya anak,
“Itu pun nak tanya, takkan tak tahu?” kerana setiap soalan adalah penting bagi anak walaupun remeh bagi kita yang banyak pengalaman dan pengetahuan.
Usah juga dihalang, “Ish..banyak pulak soalan, ayah/ibu sibuk ni.” Kalau letih atau sibuk, minta tangguh dulu jawapan.
Usah juga dizip mulut anak, “Alaa, tak payahlah tanya benda-benda macam ini semua”.
Guru juga, jadikanlah interaksi sebagai komunikasi dua hala. Bukan kita bercakap seorang sampai letih tak ada suara.
Questioning (dua hala) adalah kaedah terbaik untuk memupuk KBAT/HOTS.
Layanlah, kerana jika semasa kecil kita tidak layan, apabila sampai usia remaja (11 tahun ke atas), mereka akan berhenti bertanya. Mereka juga tidak pandai memberi pendapat dan tidak kritis.
Anak akan bertanya Google atau kawan yang sudi melayan dan entah apalah jawapan dan nasihat kawan.
Maka terganggulah ‘connection’ antara kita dan anak.
Mothers asked nearly 300 questions a day, study finds
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
Parent Connect Consultancy
LIKE US ON FACEBOOK @ https://www.facebook.com/MyParentConnect