Dua amalan yang patut dihentikan oleh ibubapa

Dua amalan yang patut dihentikan oleh ibubapa:

1) Membanding-bandingkan anak-anak. (Comparing)

Setiap anak mempunyai kelebihan, bakat, dan cara yang berbeza-beza. Perbezaan inilah yang tidak mungkin menjadikan anak-anak sama dan serupa sampai bila-bila. Bimbinglah anak menjadi seorang yang berakhlak tidak kiralah walau apa pun personalitinya. Pandulah anak menjadi seorang yang berjaya dengan kelebihan dan kepintaran yang dimiliki bukannya menggunakan kelebihan anak yang lain sebagai kayu ukur. Usahlah dibanding-bandingkan kekayaan atau jawatan anak-anak kerana rezeki yang dikurniakan Allah adalah berbeza-beza.

Love your child unconditionally.
Accept your child the way he/she is.

2) Memalukan anak-anak. (Shaming)

Anak-anak pun ada air muka dan harga diri. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa menjaga air muka anak-anak. Usahlah diherdik dan ditengking anak di depan khalayak. Kesilapan anak-anak usahlah dihebah kepada semua rakan-rakan dan saudara-mara. Didiklah anak untuk memperbetulkan kesilapan. Pada zaman media sosial sekarang, mintalah izin anak jika hendak ‘upload’ gambar mereka di FB, dan insta. Mungkin mereka tidak suka aksi mereka dalam gambar tersebut, mungkin mereka tidak cukup comel dan kacak dalam gambar tersebut, atau mungkin memalukan anak walaupun ibubapa rasa ok saja. Tanya dulu. Memanglah sebagai ibubapa kita ada hak tetapi apa yang dimuatnaik akan kekal selama-lamanya.

Respect your child.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

LIKE US ON FACEBOOK @  https://www.facebook.com/MyParentConnect

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s